Sedih? nak nanges guling-guling? rasa diri semakin hari semakin meningkat umur? rasa diri tak cantik, tak ensem? rasa miskin, hina, kurang upaya???
jangan…jangan rasa seperti itu. Sebab kebahagiaan bukan hadir melalui perkahwinan sahaja. bukan kerana cinta manusia semata kita bahagia. Adakah mereka yang berkahwin itu benar-benar bahagia? hmm….doa kita agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat kerana kita juga inginkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Jangan menidakkan lumrah manusia di dunia ini.
Ada seorang teman yang memberi pandangan mengenai hal ini tatkala aku pernah menulis blog sekitar tahun 2008 dahulu. dah lama…tiba-tiba daku selak dan ingin berkongsi dengan korang apa yang disampaikan kepada aku.
kawan kita kawin,kita ???
saudari,
salam. memang kadang2 kita terasa bila kawan kita kawen dan kita tak kawen2, apalagi melihat kebahagiaan org lain bersama kehidupan baru yg mungkin lebih teratur dari dulu, bagi saya, ia terletak pada diri, mengatur langkah mengubah kepada yang lebih baik, pernah satu ketika dahulu sy merasai pengalaman yg sama, mungkin berada di tempat org tidak menyakitkan dari berada di tempat sendiri, tapi sekurang2nya sy pernah merasa apa yg awk rasa, satu pengalaman yang mengembirakan tetapi sakit utk dikenang, kalaulah ubat itu manis, mesti ramai yg sudi menelan mentah2 tanpa ada rasa sangsi adakah ubat itu pahit, manis kelat atau masam. Menjalankan hidup bukan mudah, ia seperti meniti pada arus jambatan yang hanya tinggal tali utk bergayut, pada yang handal dan punya pengalaman, pasti titian seraut tali itu bagai jambatan yg senang di lalui, hari demi hari, pergi dan pulang menggunakan tali yang sama, tapi pada mereka yg pertama kali, atau mungkin kali kedua melaluinya, pasti keraguan meresap di dalam hati dan cubaan utk mengelak titian itu.
saudari,
bekas kekasih sy yg menetap di Ulu Yam kini telah masuk anak ke-3 dan melalui hari2 yang bahagia bersama keluarga barunya itu, perkenalan sewaktu zaman belajar dan melalui hari2 bersama amat menggembirakan, tetapi kalau bukan jodoh utk bersama, mati hidup semula pun dia takan jadi milik kita, yang pasti, kita tidak mati kerananya dan dia akan hidup seperti biasa, yang membezakannya adalah kebahagiaan yg dikecapi si dia dan si kita, kalaulah kesempurnaan hidup ini diberi sama rata, tentu tiada rasa kesyukuran dan kebahagiaan yang baru kita rasa, sesungguhnya, hidup penuh liku, onak duri dan pancaroba, terpulang pada kita utk mencari cara melaluinya, utk mengelak sesuatu yg buruk perkara yg baik, tetepi meluinya dalah lebih baik demi menempuh hari2 mendatang dengan lebih bersedia. Dan kalau kita tahu apakah keburukan atau malapetaka yg bakal kita lalui, tentu kita bukan manusia, kerana insan bernama manusia, yg sudi memikul beban dan tanggungjwb sbgai khalifah, tentu saja ada cabarannya, akui bahawa hidup kita telah di tentukan, baik yg datang berupa seribu wajah suka dan duka.saya masih seperti ini, berjalan sendiri dan tidak punya insan yang bertahta di hati, hidup bukan utk kecewa, tetapi kekecewaan itu mengajar erti utk hidup. jika ditakdirkan suatu hari sy punya insan tersayang, pastinya bukan kebahagiaan yg sy cari, tapi keserasian yg utama, kerana dari satu hati yang luhur pasti wujud kebahagiaan tanpa dicari, kalau org pernah kata “sayangilah org yang menyayangi kita” tapi sy pula menambah “serasikah org yang serasi dgn kita”?
soal kawen bukan kerja kita, dan bukan juga kerja Tuhan, ia telah di tentukan, hanya tanggungjwb utk berkahwin dan kejadian alam yg lumrah seorg manusia itu harus berpasangan utk melaraskan naluri hakiki seorg manusiawi yg lain. Di situlah kesempurnaan akan terjadi. hayati istilah perkahwinan dan ia berbeza dgn istilah kebahagiaan.
Waaah….dah macam surat menjawab masalah cinta pulak bila si dia itu menggunakan kata ganti saudari. Aku setuju dengan beberapa point beliau. Teman ni banyak memberi semangat kepada aku. banyak memberi nasihat, berikan aku ketawa dalam sedih. tapi selama aku mengenali dia, aku tak pernah bersua muka dengannya, tak pernah mengetahui siapa dia. tidak tahu nama sebenarnya. tidak tahu asal usulnya. tidak pernah ketahui apa-apa. yang aku ketahui hanyalah pengalaman hidup dia! oh misteri nusantara betul.
Untuk pengetahuan kalian, teman ini seorang wanita. kang ko ingat dia gay pulak kan ada teman lelaki. hihihi….
Jadi kepada teman-teman lain yang rasa sedih bila tengok kawan2 kawen..apetah lagi ex-gf ko atau ex-bf ko kawen…ala…takyah dikenang-kenang. jalani je hidup seperti biasa. kita ada family, kawan-kawan yang mampu berikan kegembiraan kepada kita. yang paling penting, kita ada Allah. Dia Maha Mengetahui segalanya. Ko Ada masalah, ko rindu dendam, sunyi sepi…ko cakap je dengan Allah. Allah Maha Mendengar! banyak-banyakkan masa untuk bersama denganNya. InsyaAllah, segalanya akan baik dan tenang.
sekilas : lunch hari ini nasi impit dan rendang ayam. jom makan!








hohoho! best baca ayat dia. aku setuju. kalo dah jodoh tu, ko lari ke mana pun akan tetap jumpa dia balik ^_^ insyaAllah…
jom kahwin he…23x
ya Allah..sukanya aku baca..aku selalu rasa down sebenanya bila cerita pasal kawen,.pasal jodoh…nampak aku ok..tp dalam aku sorang je yang tahu..walaupun aku selalu cakap nak kawen tahun depan.sebenanye tu macam nak sedapkan hati aku jek..huhu doakan jodoh aku cepat sampai
dee, kan…ade macik sy, smp umur 40 thn baru berjumpa jodoh. dgn ex-bf dia yg lama. Tp ex-bf dia tu dh pernah kawen la. siapa tahu jodoh kita kan?
Bro Framestone, jom jom!! bro datang time norfa kawen dgn aki nnti. hehehe…
cikhelena, mesti ko dh rasa diri ko tua kan..miahaha…aku doakan kau cpt temu jodoh. jgnkan ko, utk aku2 skali aku doa. =D
insya’lah bro akan dtang he..23x bila la tue ek
aku tacing tau tak bila ko bukak topik ni…
wahahaha
betul ckp sis hel.. ai pun slalu down bile pk.. ade 2 tahun lg nak study tp umur dah 24 ;’( bf pun takde.. ohh sadisnye.. kalau ade lelaki hensem baca komen ni, tolong ngorat ai pls. keh keh keh
mari berusehe cari jodoh.. buat advertising… yg ada teman kene trus kekalkan kebahagian dan tolak ansur..
Sky0ne, eh aritu ade awek nk ngorat kau. kau nak tak? hihihi
intanurulfateha, skrg ramai yg kawen muda, tu yg kite trasa bila dah usia mcm tu tak kawen2 lagi. jodoh2 masing2… tu brader skyone single lagik. hihi
farhan yusof, ko dh buat advertising ke belum? ke dah ada calon dah ni… =P
aiyaa terkandas mase tragedi oktober…x da rezeki..
nopa, ni kes aku gak ler. form 1 knl, bkwn bese, then lps 12 thn bf aku luah prsaan kat aku. aku ckp rupenyer org yg syg dgn aku dkt je…ralat gak ler dia lmbt bgtau tp alhamdulillah skrg smua dh tlerai.ni dlm proses knl ati ke ati lak. yela, ms kwn dl juz kwn. x la knl ati budi dgn rpt sgt