Before this aku ada buat blog under wordpress. Bila dah beli domain, blog itu macam aku tak usik-usik la. tapi masih ada komen-komen baru yang datang, dan aku akan selalu update komen-komen tu. walaupun entry tak update dah, tapi aku jenguk-jenguk jugak blog lama aku tu.
Dalam salah satu entry ada lah seorang pembaca ni bertanya hal rumah tangga kat aku. al maklumlah, aku ni mana pernah kawen. jadi takde pengalaman dan tak tahu nak balas apa kat komen dia tu. Komen beliau adalah seperti berikut :
…sesetengah suami mengatakan ‘ABANG CARI DUIT JEE UTK ANAK2.KEJA2 RUMAH N JAGA ANAK..2 KEJA AWAK LA’..suami apa eh cam ni..geram btl dgn suami mcm ni..pas 2 tak prihatin langsung dgn family..n yang paling menyakitkn hati bla c istri membebel sikit..’JANGAN BANYAK CAKAP LA.. AKU TAK DE HUTANG DGN FAMILY KO..AKU BAYAR KO CASH TAU’.Macam mana nk menghadapi suami spt ini?
dah macam pakar kaunseling rumahtangga plak bila kakak ni duk tanya aku. soalannya macam mana nak menghadapi suami seperti ini. tapi mungkin dari segi pembacaan aku melalui pengalaman orang yang dah berumahtangga ni, masalah akak ni masih boleh di selesaikan. Suami itu tak bersalah sebenarnya, cuma cara dia bersuara itu kelihatan tegas. mungkin dalam keadaan marah dan penat…keluarlah ayat-ayat macam tu.
Aku teringat blog Hamka yang aku baca ada cerita pasal suami yang tak membantu membuat kerja-kerja rumah ni. Kata Hamka, kenapa mesti marah suami yang tak buat kerja rumah. Duduk goyang kaki, baca surat khabar dan tengok TV tanpa memikirkan penatnya isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah. Wahai isteri-isteri, cukup baik suami-suami awak tu tak duduk melepak kat luar rumah, kat kedai kopi, berpeleseran dengan wanita lain dan melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang best di mata isteri. Bukankah bagus suami tu duduk dirumah di depan mata kita dan kita tahu apa yang dibuatnya?
Adalah di kalangan lelaki ni kata, sebenarnya jauh di sudut hati mereka, mereka kasihan melihat isteri-isteri ni buat kerja. dalam pada baca surat khabar di jelingnya isteri yang memasak di dapur atau mengemas rumah. nak tengok betapa gigihnya si isteri. Pasti ada terselit kasih sayang dan perasaan simpati dalam diri mereka. janganlah berprasangka yang bukan-bukan. Waktu di rumahkan untuk sang suami berehat-rehat. konon lah!
dan seperti biasa, mana-mana lelaki pun tak suka kalau perempuan membebel. hihi….My Cinta pun tak suka kalau aku membebel kat dia. itu belum kawen. kalau dah kawen camnelah gamaknya aku membebel nanti. harap-harap dia tabah menghadapinya..ahaks! Kalau boleh dikurangkan bebelan tu adalah lebih baik. daku pun sedang cuba praktis untuk takmo memanjangkan cerita dengan membebel. boleh?
suami kan penat balik kerja, cari duit, bagi nafkah zahir dan batin setiap malam. hahaha..jadi fahamilah suami. ada satu kisah di zaman Nabi yang rasanya semua orang dah tahu.
Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorangsuri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu haritelah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta jasabaik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembanturumah.
Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milikbaginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.
Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.
Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya : “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yangkamu minta siang hari tadi?”
Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklahdia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.
Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesahdalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.
Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walauseberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami,walau setinggi mana sekalipun darjatnya.
Betapa besarnya pahala seorang isteri yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa keluh kesah. Semoga ini juga dapat membantu aku dan para isteri yang lain.
Bukan itu aje ada juga hadith-hadith mengenai khidmat isteri ini kepada suami. antaranya ialah
- Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
- Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
- Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
- Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
- Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
- Isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun,
- Isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
- Isteri memasak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka,
- Apabila menjemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari.
Betapa bestnya menjadi isteri. huhuhu….Jadi, wahai kakak, redhalah dengan segala tugas-tugas di rumah sebagai isteri. dan berdoalah agar suami akak menjadi suami yang taat kepada perintah Allah. Kepada suami kakak tu tadi, takyah ler sampai mengherdik mengeluarkan kenyataan serupa itukan. Isteri itu tempat untuk dimanja dan dibelai. bukan diherdik. sama-samalah kita menjadi suami isteri yang diredhai Allah swt. *eh macam lah aku dah kawen. hikhik*
sumber maklumat :google dan blog hamka
sekilas : ingin Khidmat kaunseling rumah tangga : hubungi saya! hihi








pergh..da macam ustazah dah dengar..btw..jawapan dan ulasan yang baik..banyak input2 yg sahih..semoga dapat sampai kt org diluar sana..cume tajuk entry kureeeng sesuai dgn isi nye..huhu
> jgn pandai ckp je sudah la..kenala amalkan juga..uhuk3..
akii ahmad,, tajuk kdg2 amik dr isi je. malas nak pikir. huhu. klu baca tajuk mesti org teringin nk tgk entry kan. so tajuk memainkan peranan. tq krn mjadi pembaca setia hihi…
bagusnyer kau nie.ko kawin dgn aku lah mcm nie..^___^
Terkini:
1.Lupe Sampai Tak Ingat
2.Beeppp..Beeppp….Beeppp
fahmie, mslhnya aku nak kawen dgn org kat atas komen kau tu..miahaha…
kekeke.. betul tu.. suami sudah penat kerja seharian..:D
kerja kosong, kamu ni sudah kawen ke belum??
ni sejak bila jadi ustazah ni? lama dah tak jenguk blog ko….hihihihi
Kancilbiru, sejak kau dah tak jenguk blog aku la. terus aku tukar profesion..hihi..yela, aku ni blog picisan…sipi2 je nak tengok. sob’sob’
subhanallah, indahnya menjadi seorang wanita. kita kena berbangga kan jadi seorang wanita ni? beruntung sangat, itu pun jika kita tau dan pandai menghargainya lah kan?
*mode: tak sabar nak jadi seorang isteri* ;p
julietdeorange, dan dan tak sabar kan…hrp2 dpt jd isteri yg diredhai Allah.