Taubat yang dilakukan dengan menepati syarat-syaratnya, Insya-Allah akan diterima Allah swt. Demikianlah janji-janji Allah kepada mereka yang bertaubat. Firman Allah swt yang bermaksud :

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Di antara syarat-syarat Taubat adalah :-

a. Segera meninggalkan dosa tersebut

b. Menyesal dengan apa yang telah berlaku

c. Bertekad tidak akan kembali kepada perbuatan tersebut lagi.

[Gambar]

Seseorang itu hendaklah meninggalkan dosa tersebut ‘kerana Allah’ dan bukan atas sebab-sebab yang lain.

Akan tetapi, manusia itu lemah. Walaupun ada yang sudah bertaubat berkali-kali dengan mematuhi syarat diatas, ia masih lagi melakukan dosa tersebut. Manusia itu dikelilingi oleh musuhnya, malah, dirinya sendiri cenderung kepada hasutan-hasutan syaitan. Syaitan itu mengalir didalam tubuh manusia seperti darah, dan manusia itu hidup didunia yang menambat hatinya. Hanya dengan rahmat Allah swt sahaja yang dapat membantunya melawan musuh-musuh ini.

Pintu Taubat sentiasa di terbuka. Abu Hurairah ra. berkata :-

“Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit disebelah barat, Allah akan menerima taubatnya” [Riwayat Muslim, #2703].

Nabi bersabda dalam hadith yang lain :

“Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama-mana nyawa belum sampai ke lehernya”

Ingatlah, bahawa berfikir bahawa Allah swt tidak akan mengampunkan dosa-dosa seseorang itu adalah seperkara yang salah. Allah swt sentiasa akan menerima taubat hambanya. Malahan didalam sebuah hadith yang panjang didalam Kitab Riyadhussolihin juga menceritakan bahawa seorang yang telah membunuh 100 orang juga diterima taubatnya oleh Allah swt.

Syaitan akan berusaha mengasut manusia melakukan dosa, dan bagi mereka yang sudah terlanjur, Syaitan akan berkata : Allah swt tidak akan mengampunkan dosa engkau lagi!!

Usahlah seseorang itu berputus-asa dengan pengampunan Allah swt. Hendaklah sentiasa manusia itu memohon ampun kepada Allah swt dan bertaubat kepadanya.

[Gambar]

Aku percaya antara kita pasti ada yang pernah melakukan kesilapan sama ada dosa-dosa kecil mahupun dosa-dosa besar. Dan aku sentiasa percaya Allah itu seringkali melihat setiap perbuatan kita, mengetahui gerak hati kita, niat kita dan segala perbualan kita juga dapat di dengar. Aku juga percaya Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

Aku juga seperti kamu, dia dan mereka. Seringkali alpa, dan melakukan dosa. Setiap kali itulah aku tak akan lupa untuk memohon kepada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa aku, kamu dan mereka. Semoga kita berupaya menjadi seorang muslim/muslimah yang diredhai Allah. Nak masuk syurga tak?? nakk…!! (jawablah seperti anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa) ..hihi…

sumber [sini]

sekilas : InsyaAllah!! semoga aku dimurahkan rezeki dan dapat menghindari segala dosa. Amin!

2 Responses to “Pintu Taubat itu sentiasa terbuka, InsyaAllah!”

Leave a Reply