Tell me why?? why i have to be part of ChurpChurp??
Sape-sape yang belum tahu ape itu ChurpChurp meh aku story mory sket kat korang, ChurpChurp merupakan salah satu syarikat pengiklanan yang korang boleh sertai sekiranya korang nak mengiklankan contest, produk, perkhidmatan, event dan sebagainya melalui TWITTER. Memandangkan semua orang mampu memiliki akaun Twitter ni, jadi ia merupakan salah satu medium yang terpantas untuk mengiklankan sesuatu perkara. Sebagai pengiklan, ia pasti memberi publisiti dari segi pemasaran dorang kan? so macam mana dengan kita pulak? kita jugak mampu untuk meraih keuntungan sekiranya kita menyertai ChurpChurp dan menyebarkan maklumat seperti yang diminta oleh pengiklan. kalau tepat maklumat kita, maka kita akan mendapat bayaran berdasarkan task dan follower kita di Twitter.
Nampak tak betapa besarnya pengaruh laman sosial kepada sesuatu produk/perkhidmatan. sebab tu sekarang korang tengok Facebook korang tu penuh je dengan gambar-gambar yang ditag. salah satu strategi pemasaran la tu. Tapi dengan Twitter ia lebih mudah dan cepat.
Nak paham lagi korang mungkin boleh tengok slide kat bawah ni atau nak senang lepas baca entry ni korang gi je laman web ChurpChurp.
Okey, berikut adalah sebab-sebab utama kenapa korang-korang yang sedang baca entry aku ni, termasuk yang belum baca (yang mana lepas ni korang kena bagitahu diorang semua) kenapa kenapa dan kenapa korang harus menjadi ‘ahli keluarga’ ChurpChurp.
1. Reward / Hadiah / ganjaran

[Gambar]
yeah…sape takmo reward beb! adik aku yang kecik pun tahu nak reward tau. *okey itu statement tipu, aku takde adik* hoho…maksud anak buah aku, adik-adik korang, budak-budak..apetah lagi yang sudah dewasa ini.. ChurpChurp menjanjikan ganjaran kepada anda SEKIRANYA anda melakukan tugasan mengikut arahan yang diberikan. Senang cerita, kau buat, kau dapat! What you give you get back! wah kelass gitu nak mengayat korang ni.
2. Easy / Mudah

[Gambar]
ape yang easy nye dik nun oiiit. Ha..easy la ni, task/ tugasan yang diberikan dalam ChurpChurp tersangatlah mudah. Korang baca content yang diberikan dan masukkan KEYWORD/KATA KUNCI utama/penting ke dalam task korang dan submit. lepas tu, korang dapat la reward yang aku cerita kat atas tadi.
3. Semua orang boleh sertai.

[Gambar]
Haa…asalkan korang tahu guna intertnet, pandai membaca, pandai menaip sudah memadai untuk melakukan tugasan ini. kenapa aku kata semua orang boleh sertai? sebab sekarang hampir semua orang dah ada account Facebook/Twitter. Anak buah aku…cis, jual nama anak buah lagik…Anak buah aku yang usia 7-8 tahun pun ade facebook. membuktikan, luasnya pengaruh Facebook dan Twitter yang mana lebih banyak follower korang lebih banyak lah ganjaran yang bakal korang miliki. menarik bukan??
4. Aktiviti
Jangan tak tahu dik nunn semua….Korang ingat, ChurpChurp ni kedekut macam sesetengah pengiklan? takde maknanya, dorang kalau boleh nak selalu mendekati ‘ahli keluarga’. Maka dengan itu, korang juga boleh menyertai aktiviti ChurpChurp seperti menonton wayang [ChurpChurp Preview Screening - Alpha and Omega] dan [ChurpChurp Premiere Screening – When in Rome] dan aktiviti terbaru iaitu [Fly Kite Day]. Lepas ni entah macam-macam lagi aktiviti-aktiviti yang menarik.
Korang tak terlambat lagi untuk menyertai ChurpChurp ni. Mudah, menarik, dan boleh mendapat ganjaran! jadi apa tunggu lagi lekas-lekas mendaftar di ChurpChurp supaya korang dapat menikmati segala aktiviti dan ganjaran yang diberikan.
Jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama dia dikebas orang! ewaahh….macam nak rebut anak dara orang plak. Maklumat lanjut pergi sahaja ke laman web ChurpChurp. Kat situ korang leh tahu lebih banyak lagi.
aPe?? ko ingat aku cakap kosong je ke…aku pun salah seorang Churper okey!
Ini adalah pendapatan yang aku dah perolehi setakat ini. aku pun baru je join ChurpChurp ni.

sikit?? eleh…itu aku,kalau korang yang meman rajin tweet-tweet tu…atau banyak follower, lagi banyak korang dapat? dah rasa teruja ke belum??? pergilah mendaftar sekarang.
sekilas : Rezeki ada di mana-mana, tugas kita berusaha mendapatkannya.









pergh banyaknya akak collect.ni yg smgt adik nk join
ye adik comel…rasa nak pukul je adik ni sebab comel sgt.
Ada juga join..senang dan mudah untuk mendapatkan income..
Pejuang Kesenian Extreme, bagusla dah join…nanti ajak awan2 lain plak join k.
yang penting follower kena ramai.
Noridah, betul tu. lagi ramai follower lagi banyak income yang mungkin kita dapat.
sangat menarik!!… aried dah cuba!! Memang berbaloi dan sebenarnya ada cara khas untuk tingkatkan earning chuprchurp ini!! Mari baca tips tingkatkan earning churpchurp…