Aku ada 4 orang anak buah lelaki dan 9 orang anak buah perempuan. *ape kena mengena dengan tajuk entry ni ek?*

so…dari dorang kecik, kalau nak gi tandas buang air kecil, aku selalu sound suh duduk mencangkung kalau nak kencing. Kalau kencing berdiri jer mula la kena cubit ke, kena marah ke…konon akulah seorang maksu yang garang! hohoho…

Lagi-lagi kalau pompuan. cepat je kang kena marah ngan aku. hihi..sebab ape aku tak tahu. hahaha! sebab yang aku tahu memang kencing je kena cangkung..kalau berdiri, ko kencing bersepah le nanti. kalau lelaki tu takpela. dorang ada ‘saluran panjang’ yang boleh di edjas mana nak pergi kan. kalau pompuan sangatlah selekeh kau kalau korang ni kencing berdiri.

jadi aku cuba mencari-cari apakah hukumnya kencing berdiri. sebab sian kat anak buah aku asik kena marah je ngan aku. hahaha…sok nanti anak aku sendiri tak tahu ler camne ye tak.

sebenarnya, TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:

Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalamsahih Sunan al-Tirmizi)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah R.A. daripada Nabi S.A.W.:

Maksudnya: “Adalah baginda (S.A.W.) mendatangi kebun milik satu kaum, lalu baginda kencing secara berdiri.”

Hadith ini dengan ucapan ‘Aisyah di atas tidak saling menafikan antara keduanya, ini kerana dari dua hadith di atas dapat difahami Nabi S.A.W. kencing berdiri disebabkan tenpat tersebut tidak memungkinkan baginda duduk atau boleh juga difahami hadith daripada Huzaifah itu menjelaskan kepada orang ramai yang kencing berdiri itu bukanlah suatu perbuatan yang haram.

sumber : [Bin Sahak]

haa…jadi tidaklah HARAM kencing berdiri itu. tetapi disunatkan kita ni kencing secara duduk atau mencangkung. so takyah beriye sangat nak pi cubit anak buah tu kalau depa kencing berdiri. hakhak!

sekilas : dulu time sekolah rendah pernah tak tahan nak kencing,masuk je toilet tak sempat cangkung kot..hahaha!

6 Responses to “Hukum Kencing berdiri”

Leave a Reply