• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for September, 2010

psst…korang ade pinjam duit PTPTN tak?

Sep20
2010
6 Comments Written by Sekilas

aku ade. tapi aku lum start bayar lagi.

ada baca paper? ade tengok berita kat tv. dorang dah upset dah tu. dengarnya thaun depan akan ada pindaan dan kerajaan akan mewajibkan potongan melalui gaji untuk peminjam yang liat membayar duit PTPTN tu. issh…kalau orang tu dah keje. kalau idok camne?? payah ler camni.

Aku memang nak bayar pun, tapinya dah tiap-tiap bulan asik lupa jerk..satu hal. pastu ade je nak guna duit tu ke hal lain. ni ha nak mngumpul buat bayar road tax kete. naa..tu la, sape suh pakai kete lagi? kan dah kena bayar road tax, kena bayar duit repair kete, kena service kete, kene tukar minyak itam, kena itu ini bla bla bla..ingat dah ade kereta ko dah kaya? kayap lagi ade la. duit minyak lagi..ala kassimmmmm….

nasihat aku mari ler kita pakai motor jerk. aku nak beli motor jugak ni..kalau korang nak donate…selalu2 la singgah blog aku. tu pun kira donate jugak tu. menaikkan pendapatan Nuffnang aku yang tak seberapa tu. nak kumpul duit kawen lagi. ala..kecian la kat aku. belajar dah 5 tahun…ni baru nak keje. gaji kalau besau takpe gak leh terus kawen kan.

korang dah kawen best la..hohoho….!

dah dah..ni ape ni citer pasal kawen. so aku rasa aku akan mula membayar duit ptptn bulan depan. korang tolong ingatkan aku yek! ala bayar rm50 pun jadilah ye tak?

sekilas : hutang jangan tak bayar oiitt….sok mati sape nak jawab?

Posted in Isu Semasa, me - Tagged duit pinjaman, kahwin, kereta, PTPTN

Raya dulu dan sekarang lain =(

Sep19
2010
10 Comments Written by Sekilas

Dulu,

Aku mesti dapat kad raya. tiap-tiap tahun okey! semua pakat tanya alamat masing-masing. nak hantar by pos la katakan. baru la surprise sket. kalau tak pos pun, by hand. time kat fakulti kawan-kawan sibuk duk tukar-tukar kad raya. syok pulak rasa terima kad raya. lagi best dapat kad raya yang jenis ada kartun-kartun tu, macam- macam cerita.


credit pic : sini

Sekarang,

Aku dapat satu je. tu pun dari Cinta Hati ku. mujur dia mahu teruskan tradisi. hahaha! dah takde kad raya dari kawan-kawan lagi. office aku pun lagi advance, kad raya by pos pun ade..kad raya elektronik kat laman web pun ada.  takde dah kawan-kawan tanya alamat, (agaknya dah hafal kot alamat aku) takde dah aku nak gantung kad raya kat rumah sebagai penghias di hari raya. semua pakat hantar pakai SMS je…guna blog…paling ketara, thru fesbuk jer. memudahkan kata orang. tapi perasaan menerima tu tak sama macam kad raya yang original kan?

Dulu,

Ramai je budak-budak datang dari rumah ke rumah. (aku ler tu) pakar ramai-ramai ngan jiran tetangga pi raya rumah macik tu pacik ni, atuk tu nenek ni…muka slumber okey!! pacik macik tu dari tak kenal pun leh kenal..ni anak sape? cucu sape? dan betnya dapat duit raya la…baru rasa meriah sket hari raya dengan kehadiran budak-budak.tahun ni ada gak bebudak raya rumah aku tapi skali round jela. budak tu kata ” haa…air warna merah. dari tadi kitorang asik minum air oren jer” aku gelak dalam hati kot!! hehehe….

Sekarang,

ramai je orang duk tutup pintu. budak-budak pun takut nak pergi beraya. kekadang memangla niat bebudak ni nak kutip duit raya. kita pulak pasanglah niat lain, beramah mesra, bersikap terbuka, mengeratkan silaturahim…mungkin la tuan rumah takde duit raya nak bagi bebudak…takpe, bagi jela masuk, jamu air makan kuih. takde rugi mana nye la. takkan budak tu nak maki kita pulak tak bagi duit raya. dulu lagi la, mak akub agi 50 sen je..janji ikhlas ye tak?

Dulu,

aku rasa meriah sangat…sebab zaman kecik-kecik aku dulu dapat berkumpul ramai-ramai kat kampung dengna sepupu sepapat yang agak ramai. dapat kira duit raya sama-sama dan challenge sape dapat kutip lagi banyak. dapat main bunga api kat kampung, pasang pelita. sehari atau dua hari sebelum raya dah duk kampung tolong macik kemas rumah. seronok kot!

sekarang,

ramai macik-macik dah meninggal dunia, sepupu semua dah besar-besar dah kawen beranak pinak pun ader. jadinya, kampung pun sunyi sepi takde orang tua.  balik kampung pun dah boleh pergi pagi balik tengah hari dah. kalau dulu sampai bermalam la kat kampung. skarang takde lagi nak bermalam bagai. takde sape balik kampung berkumpul. tiada lagi aktiviti bergambar pakai baju raya warna sama dengan sedara mara lain. =( aku teringat raya-raya yang lepas.

Korang macam mana? ada perubahan? best ke tak raya korang kali ni…aku bagi pandangan aku jer..raya bagi aku yang tak semeriah dulu. lain orang lain pandangan kan?

sekilas : dulu aku dpt duit raya, skrg aku kena bagi duit raya..hihihi

Posted in family, masyarakat, me - Tagged hari raya, suasana hari raya

perkembangan terkini 9 Syawal

Sep18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Hari ini Sabtu!

Esok Ahad!

Lusa Isnin = Kerja !

Kerja = Malas!

Malas sebab dah cuti lama!

jadi…………………………………

Jom bermalasan sampai lebam!!

sekilas : masih dalam mood raya…!

Posted in merapu - Tagged cuti, malas

Syawal ke-6 : kunjungan dari keluarga si dia

Sep17
2010
15 Comments Written by Sekilas

ehem ehem…!

Aku takde war-warkan lagi kan pasal ni? hoho..mana taknya, aku nak update blog pun jarang-jarang la hai. takkan semua benda nak announce dulu kan. kang tak jadi kang…lebih-lebih plak.

Mari nak bercerita. Hari Selasa lagi Cinta hati dah tanya, “mak ade ke hari Khamis.” aku jawab “takde sebab mak kata nak keluar dengan angah n family pergi beraya.” so Cinta hati tukar plan …dia kata nak datang dengan keluarganya hari Rabu malam. iaitu syakawal ke-6. hambek ko! satu family nak dtg.

memula aku cakap ngan mak, dia nak datang. mak kata…ala goreng mee jela. pastu mak tanya berapa orang. aku jawab 4 orang..sebab ingat abah dia takde skali. last2 jadi 5 orang…mak kata..ha masak special untuk boyfriend ko! wah…special ke mak. setahun sekali je mak masak camtu. huhu…

Akhirnya mereka telah selamat sampai pun menziarahi kami sekeluarga. first time family dia datang berkunjung. kunjungan hari raya yer. takde apa-apa yang istimewa lagi. tapi aku klasifikasikan ia sebagai istimewa jugak. sebab first time! hehehe…

Dan sebenarnya dalam sibuk aku cuba menjadi anak dara paling sopan dan ayu di hadapan future in law tu, abang aku (angah) telah merakam saat-saat itu dengan menangkap gambar tetamu-tetamu istimewa itu. cis!! kalau tahu maka lagi menjadi ayu la aku kat situ. hoho…

so..layan gambar jela sekeping dua kat bawah ni…malu la nak tunjuk bebanyak! *blushing*


Time ni dah hidang air panas tuk tetamu…dari kiri Abg si dia dan isteri, Ibunya, si dia, dan abahnya. =)


Okey sila lihat, daku cuba menjadi wanita melayu terakhir!! huahuahua…tengah hidangkan makanan buat tetamu. malu la weh!!


*tgk muka aku.. serius tu*

time ni abah dia duk borak-borak dan mengimbas kembali kejadian aku buka puasa kat rumah dorang. kisah bibik tula..huhu..malu plus plus! korang leh baca kat sini kisah bibik tu.


cara-cara menuang air dengan sopan. hakhak!!

mak kata “amboi, dorang datang cecantik ko pakai” ..cantik ke mak?? baju kurung je kot! hehe…malu berganda!! larikkkk…..

okey udah2 ler tu..banyak lagi gambar. malu nak tunjuk! abang aku dok snap2 tanpa aku perasan…cis2 tak aci…kalau tahu amik gambar reramai. haha…maklumlah aku kan sibuk control ayu! =P

naseb baik masing-masing ramah terutama abah dia. meriah sikitla pertemuan malam itu. Huhu…dorang pun makan dengan berseleranya, alhamdulillah.

tak lama sangat pun duk borak..pas makan dorang pun nak bergerak balik, sebab ada rumah lain nak singgah. sementara tunggu si dia amik kereta…berhenti kat depan pagar rumah. nampak pokok belimbing tu ditegur-tegur, mak pun bagi la kat dorang. memang banyak giler…daripada biar jatuh gugur camtu jerk baik bagi orang kan?

lepas je dorang balik, bertungkus lumus la daku mengemas dapur. penat oit…dari siang tu lagi ade tetamu. so semuanya lancar!! nanti kitorang plak nak berkunjung rumah si dia. kata kak sham ” disebabkan dia bawa SEMUA adik beradik dia datang. so kita pun bawa SEMUA adik beradik kita datang rumah dia” hahaha….pdhal adik beradik dia 2 orang je kot! hikhik…tunggu kedatangan kami.

sekilas : sebenarnya aku masih malu…hihihi

Posted in cinta, family, me - Tagged hari raya, My Cinta

Kita beroleh BE yang ke-4…!!

Sep16
2010
4 Comments Written by Sekilas

hehe…Alhamdulillah. baru je updet pasal BE aritu kat entry ini. alih-alih nengok earning, ade BE yang baru. Rezeki dari Allah. Thanks to Nuffnang jugak ye. ..

Hari tu ade 3 BE, now dah tambah lagi satu. syukur sangat-sangat. aku harap ia sebagai permulaan di bulan Syawal ini untuk aku kutip duit raya setelah habis duit aku duk bagi kat bebudak tahun ini. ade rezeki lebih, tak elok plak tak kongsi-kongsi dengan orang kan. InsyaAllah, kalau lebih lagi rezeki daku buat giveaway atau contest eh…

terima kasih gak kat korang yang singgah selalu kat blog ni. tanpa korang sebagai pembaca, BE ni pun takde kot. hehe…

sekilas : hari ni aku bakal senggugut!

Posted in me, Nuffnang - Tagged Buffered Earning

Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Sep16
2010
2 Comments Written by Sekilas

Malaysia Boleh!! cewah! semangat terus pagi-pagi ni.

harus semangat…selain daripada menyambut Hari Malaysia…aku juga akan menyambut tetamu-tetamu kat rumah ni. so kena bersemangat sikit. kejap lagi nak gi beli ayam ikan lagik. hari-hari le gamaknya gi membeli. asik abis jerk! kata mak “kalau duitnya banyak, boleh je bagi makan macam2′ yela mak..kita bagi apa yang termampu jek.

eh..melalut plak. kan aku nak tulis pasal Hari Malaysia.

Hari Malaysia adalah hari cuti! :p hehe…Hari Malaysia adalah hari penubuhan negara kita ni..Malaysia. bukan Malingsia mahupun Indonesia atau Pakistan dan sewaktu dengannya. MALAYSIA negaraku tercinta. *patriotik kejap*

Pada 16 September setiap tahun sebenarnya memang Hari Malaysia. tapi kita tak pernah cuti pun. lagi plak, kita lagi syok sambut Hari Merdeka. Tapi kali ni kerajaan telah mewartakan Hari Malaysia sebagai cuti umum. pada yang dapat bercuti, YEAH!!! yang kena kerja juga YEAH!! sebab korang dapat gaji lebih kerja hari cuti umum. berbaktilah kepada kedua ibu bapa dan negara. hehehe…

Kesimpulannya :

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Sonang cito, 16 September cuti umum!

*sumber cilok dari sumijelly.com*

SELAMAT HARI MALAYSIA!

ini Bendera Malaysia, bendera negara aku ye! korang jangan nak bakar-bakar lagi! :(

credit pic : sini

haha…cerita Hari Malaysia pun nak cilok dari kakak sendiri punya blog.! ini salah satu promosi. sape2 lum tahu sape kakak aku, leh jenguk sumijelly.com k. hahaha!

wokeylah…daku mahu bersiap-siap untuk membeli belah barangan dapur. kalau korang nak singgah rumah aku, call la dulu yer! takut kang aku takde rumah ker kang…sesia je datang. sebab korang datang mesti nak jmpa aku kan kan kan…bukan nak makan kan? :p

sekilas : hari ni dah Khamis!! seriau rasa nak kojo Isnin ni.

Posted in Isu Semasa, me, peristiwa - Tagged 16 September, Hari Malaysia

BE yang terbaru. Alhamdulillah.

Sep14
2010
5 Comments Written by Sekilas

Tadi check account Nuffnang nak tengok analytic jerk. lama dah rasa tak tengok earning, tengok-tengok ader BE yang terbaru. Alhamdulillah. mungkin rezeki di hari raya. harap-harap eraning pun mencanak lah yer.

BE aku takdelah banyak cam sesetengah blogger yang lain. takat ni ada 2 yang aktif, masuk yang terbaru jadilah 3. Terima kasih Allah, terima kasih Nuffnang. rezeki jangan di tolak ye tak.

sekilas : Aku tengah tunggu Masayu and the gang datang rayo ni…mano tah dorang ni ha…

Posted in Nuffnang - Tagged Buffered Earning

Terbaru : Mangsa disembelih ?

Sep14
2010
4 Comments Written by Sekilas

Ya Allah..giler kejam?

terbaca berita kat Metro Online ni pasal perkembangan terbaru Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain. Rupanya berkemungkinan besar, pembunuh telah mengelar leher ke-empat2 mangsa sebelum dibakar menjadi abu.

Mengucap panjang weh…kejam rasanya kejadian tersebut. Kenapa tergamak dorang ni nak buat macam ni. Malu betul anak bini dorang yang terlibat ni. Mengucap panjang aku. Mesti ahli keluarga mangsa semuanya terkejut dan sedih dengar berita ni.

Suspek! sumber dari metro dan utusan

Dalam sidang akhbar kelmarin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin memberitahu empat mangsa berkenaan dipercayai diseksa, dibelasah, selain ditikam menggunakan senjata tajam oleh sekumpulan penjenayah hingga mati berlumuran darah.

itu antara yang aku baca kat metro tadi…KEJAM! bongok ! Aku berdoa semua orang yang terlibat dengan pembunuhan kejam ni di bawa ke muka pengadilan.

Kisah lain.

Tahniah kepada Norman dan Memey kerana dah pun selamat bertunang. elok lah dikahwinkan cepat. ye tak? Dan Abby pun diharapnya takdelah nak menyimpan dendam ke pe ke kan/. Norman tu tetap bapak kpd anak2 Abby. Aku takdelah nak berpihakl mana2… dah jadi pun mcm2 hal, lepaskan jela rasa amarah tu. buka buku baru.


Tahniah sekali lagi buat Norman dan Memey!

Posted in Artis, Isu Semasa - Tagged Datuk sosilawati dibunuh, memey dan norman berkahwin, Norman dan memey

Berita terkini : Datuk Sosilawati mati dibunuh?

Sep12
2010
6 Comments Written by Sekilas

benarkah? benarkah apa yang aku baca di paper? kalau tak kerana Faizal dan AnakPerak dok cerita kat twitter, aku pun tak tergerak nak tengok paper hari ni. yela, pagi ni aku nak gerak ke kuala pilah.

Ya Allah, mengucap panjang aku baca kisah ni. Apalah dugaan yang menimpa keluarganya dan lain-lain mangsa?

Semoga ia tidak benar…kerana masih dalam siasatan polis.

Kejam betul mereka yang tak berperikemanusiaan ni. mesti ni semua kerana duit dan harta dunia. Tak bawa ke kubur la…

Mintak dijauhkan segala yang buruk amin.

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

sumber : utusan

sekilas : takut dengan keadaan dunia skrg.

Posted in Isu Semasa - Tagged Datuk sosilawati dibunuh, surat khabar

1 Syawal yang indah buatku

Sep11
2010
4 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah…kita dapat menyambut Hari Raya lagi. jadi sambut dengan serba serbi kesederhanaan. owh kelas gitu ayat.

Walaupun tahun ini tidak SEMERIAH tahun lalu sebab adik beradik aku smeua takdek pegi beraya rumah mertua masing-masing..tapi daku tetap gembira jua SEPERTI selalu. cewah…ayat nak mention baik punye.

Semalam memang super duper penat…bukan sahaja penat melayan tetamu, tapi sebelum itu terlalu penat mentedarah di rumah sanak saudara. maunye tidak, asal makan je Paktam mesti ajak aku. orang lain takmo di ajaknye dulu. jadi, aku makan jela. Ops! sorry gamabr beraya rumah orang takdek sebab kamera henpon abis bateri, dan bestnya ayah aku plak tinggal henpon kat rumah. apa punye kebetulan  korang jua tak dapat saksikan aku membasuh kereta dengan memakai baju raya di rumah orang! hahaha…ada kisahnya.

Di pagi raya semestinya aku sudah bangun seawal subuh. selalu pas subuh tidur balik. hihi..tapi di hari raya harus mandi sunat terus….dan bersiap memakai baju baru..yeah!! kemudian makan sikit. kemas2 ruang tamu sket. dan bersiap sedia ke MAsjid Pandan Indah untuk tunaikan solat sunat hari raya. Ramai ko….penuh parking. ayah terpaksa parking kete berlapis2..dan aku stndby no tepon di dashboard utk di hubungi kalau dorang nak keluar awal.

Dengar khutbah dalam 5 minit pastu keluar masjid. hehe…Sampai rumah masa untuk bermaaf-maafan…kalau dulu duk terima duit raya dari abang2 dan kakak2 ku. tapi nyatanya mereka tiada..malah daku pula kena berikan pada kedua orang tua ku. oh bangga kejap! dan terus mengucap sebab takbur. sabor jela.

Ini adalah suasana di pagi raya ku…kami hanya bertiga!!


Lepas je amik gambar ni..terus mms kat adik beradik yang lain..hehehe. konon2 kitorang bertiga je di pagi raya. balik cepat la wehhh


Mak dan ayah…ape hal mak sengetkan bahu tu…

Terpaksa di crop sebab mak amek gambar senget. hahaha…thanks mak!


Mak kata ” boleh tak mak pandang kamera?” hahaha…itu yang tersenyum tu.

SELAMAT HARI RAYA DARI AKU SEKELUARGA!!

sekilas : mahu pergi beraya..bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in family, me - Tagged hari raya
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress