bertukarr……Ting… akulah puteri gunung ledang yang digila-gilakan oleh Sultan Melaka. hahaha…..*oke dialog tu takde langsung dalam cerita ni*
Dek kerana hasutan daripada Azwan Hashim peminat no satu Dato CT tu dan ahli setia SITI ZONERS..kelas kau aku promote kau ngan siti zoners lagik. aku telah mengajak My Cinta pi tonton dan menang filem terbaru terbitan KRU Studios iaitu MAGIKA.

Pengarah Filem MAGIKA, Edry Abdul Halim
Waktu tengok trailer aku terasa nak tengok tu sebanyak 50%. bila aku tengok seorang member si Syahman duk updet facebook dengan segala macam dialog dalam Magika, keinginan melonjak 70%. bila Azwan plak sama 2 kali 5 macam Syahman…aku terus teruja dan jadi 98% nak tengok. *eh mana pergi 2% lagik? sukati aku la nak bagi berapa peratus pun kan?*
jadi semalam tanpa dirancang terus berdesup jumpa My Cinta. wohaa…bestnye dapat jumpa dia. hahahaha…lain plak. tapi semalam dia tak berapa sihat. so tak happening sangat. nak gi makan pun tak sempat. pas tengok wayang pun terus balik je. cian dia ek..hari ni pun kurang sihat lagi. semoga cepat sembuh ye sayang.
Sape belum tengok trailer MAGIKA…meh layan dulu trailer dia.
Sinopsis :
Mengisahkan dua beradik iaitu Ayu dan Malik yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta. Malik ni cenggeng sket kalau citer pasal mak dia. sebab eh mak dia meninggal dunia kerana dermakan buah pinggang kat dia. jadi dia ni merajuk lari pi duk kat hutan time maghrib. Ayu ni pun pi la cari dia. sampailah dua beradik ni termasuk dalam dunia magika. ala-ala dunia bunian la kan..kena sorok dek bunian. sebab tu jangan kuar time-time maghrib ni pi hutan.
Dunia Magika sangatlah pelik dengan bermacam-macam orang kat situ. Ada Puteri Gunung Ledang yang gemok, Nenek Kebayan dengan jamunya yang beramuankan air mata budak, Orang Minyak, Pak Pandir, Badang..eh..ramai lagi la. Bermula nya bila Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan. JAdi Ayu nak selamatkan adik dia, dia terjumpa dengan Badang. so Badang ni la banyak tolong Ayu untuk dapatkan Malik semula. MAcam-macam orang yang Ayu jumpa dan macam-macam pengalaman yang dia dapat.
Ending dia…?? happy Ending la. Malik terselamat. apa da…
Komen best dari aku :
- Lagu-lagu yang ada dalam MAGIKA memang best dan sedap di dengar. aku palingggg suka yang M. Nasir nyanyi. walaupun 2 baris je…tapi aku suka dengar. “Nak kemana kamu bertiga, Jangan sampai bangunkan Naga”. Lirik tu memang best for me. hehe..

- Aku suka watak Bendahara Puteri Gunung Ledang yang dilakonkan oleh Sabri Yunus. Scene dia mungkin satu tu je. tapi waktu mula-mula dia muncul tu pun aku dah gelak. Pastu Bendahara kecek Kelantan okey! Dialog dia memang lucu. korang patut rasa ia lawak, sebab My Cinta gelak ye. dia tu susah sket nak gelak dalam wayang. serius je tengok…citer kartun pun serius. *sebab tu nak tengok citer kartun takleh ajak dia*
- Bawang merah dan bawang putih memang pilihan yang tepat! first2 tengok My Cinta kata “eh kembar ke dorang” bukan la..itu kan Sharifah Aleya & Sharifah Amani. dorang berdua memang nampak cute skali. hehehe…
- Logik..bicara soal logik…korang kalau tengok cerita Alice Wonderland ke? Harry Porter ke? logik ke? takkan la kan..tapi sebab dia movie, aku percaya semuanya dalam cerita tu. Maknanya apa…? maknanya jalan cerita dia di atur dengan baik. walaupun mungkin la ada satu dua babak yang korang rasa “lar..takkan macam tu pun..” contoh la. Tapi Karya Edry ini bagi aku memang bagus dan ia satu langkah abru dalam dunia perfileman kita sekarang.
- Effect? CGI? haa…kalau bab-bab ni kita dah boleh tengok hasil kerja KRU before diz ngan Cicakman. kali ni ia lebih menarik. Penggunaan warna dalam filem ni la kekadang leh buat orang konpius sket. kejap warnanya terang, kejap kekuningan. aku tak pasti sama ada ia memang nak tunjukkan beza warna tu ataupun ia terjadi kerana kesan khas/ teknik CGI yang nak digunakan untuk filem ni. Yang menarik bagi aku ialah babak Maya Karin yang diklon banyak kali kat sungai tu, Jambatan kat Tasik Chini dan first transformasi M. Nasir nak jadi Naga tu. mula-mula tu memang nampak real. tapi sayang dapat kejap je efek camtu. tetiba terus jadi Naga.
- Lawak! yes…filem ini boleh buat kroang ketawa. Watak Orang Minyak, watak Hang Tuah and the geng, Of course Bendahara, Mahsuri, dan ramai lagi la yang boleh buat korang gelak.
- Kesemua pelakon dalam filem ni semua yang bagus-bagus dan popular di dalam industri. walaupun…ye..Walaupun…hanya satu babak je dorang lakonkan. tapi dorang lakonkan dengan baik. terutama untuk Vanida Imran, Adibah Noor, Norman Hakim, Nabil dan M. Nasir. My Cinta kata “Lar sekejap je watak dorang” ye..sekejap sayang. tapi sekejap itu pun berbaloi bukan untuk movie ni. oh ye..lagi-lagi Maya Karin…nampak macam takde function jer dia dalm filem ni…tapi sebab dia lawa..aku layan kan aje. hahaha…

Komen yang tak best bagi aku :
- aku suka watak Badang. ala-ala romantik gitu. tapi sayangnya watak ini dibawa oleh Mawi. aku fikir mungkin ada lagi pelakon lain yang lebih sesuai. tapi agaknya tak ramai yang boleh menyanyi kot. lagi suara Mawi for me ..best la. *dulu kan aku minat mawi..hahaha*
- Aznil. Watak Pak Pandir shud be lawak la kan. memang lawak watak dia. tapi Aznil suka macam berlakon over acting tau. entah la..mungkin kot pengarah suh wat camtu. kalau pengarah suka nak wat camne. tapi aku tak suka. boleh? *dalam cicakman pun aku tak gemar sangat dia lakonkan profesor Klon tu*
- Kenapa mesti bapak Malik (Jalaludin Hasan ) pun menyanyi…hahaha…suara dia langsung tak best. but nice try.
- Rasanya kalau tak tunjukkan arwah mak Malik pun takpe. biar lah misteri sikit. tapi mungkin sebab nak bagi semangat kat Malik, penulis skrip kena keluarkan watak tu. oh ye, mak Malik adalah lakonan Ogy Ahmad Daud yang berlakon sebagai Puan Khatijah.
- Maya Karin memang takde function. tapi sekali lagi takpe. Dia cantik. hahahaha!
okeyla…itu ajer review dari aku. time aku tengok semalam kat eCurve…memang ramai gile orang. penuh ye panggung wayang tu. bangga kejap sebab korang semua sokong filem Melayu. Walaupun begitu daku berikan 8 /10 untuk filem ini. Kalau korang kata cerita ni tak logik….ada aku kisah! cerita kalau nak logik buat realiti TV la.
Tiada yang mustahil dalam MAGIKA kalau kita berimaginasi. pewiiitt!
credit : gambar cilok kat sini
sekilas : admire kat M. Nasir boleh? hahaha













