• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for August, 2010

Tahniah : Jufiza dapat first baby!

Aug25
2010
4 Comments Written by Sekilas

yeah….Jufiza adalah kawan sekolah aku. dulu sebelum kawen dia duduk kat kuarters Balai Polis Pandan Indah. dekat je ngan rumah aku. Time takde Balai Bomba lagi dekat jalan ikut belakang nak gi rumah dia.

Aku pernah update cerita pasal perkahwinan dia kat sini — Kahwin Jufiza

Now dia sudah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi yang comel bernama Muhammad Firman. Hari Ahad lepas, aku dan  2 orang kawan sekolah ada pergi melawat baby dia. sorry jue, time ni sengkek sket. tk dapat beli hadiah baby. Lagipun chemy ada wakilkan kitorang. hihi….aku tak ingat bila dia lahir..tapi akta Jue dia semapt puasa 2 hari jerk..hohoho…gasak ko nak menggantinya jue.

Mempersembahkan anak lelaki Jufiza….

Muhammad Firman bin Muhammad Yunus

Geram kau tengok bibir budak kecik ni…geram je aku rasa. nak pinjam je bibir dia nak cubit2..cium2..hehehe…

Amacam ada gaya tak aku jadi ibu-ibu…? hihi…

Time jue kahwin, kitorg datang sama-sama..time jue dapat anak pun datang sama-sama jugak. Sebelah kiri tu Afiza sebelah kanan Chemy. korang bila nak kawen weh..?

Apa-apa pun tahniah buat kawan aku ni. moga-moga makin murah rezeki dia dengan kehadiran anak pertama ni. Syukur!

sekilas : bila turn aku pulak eh? haha..kawen pun belum lagi.

Posted in friends, peristiwa - Tagged baby, new born

Giveaway : Mencari pengunjung bertuah lagi!!

Aug25
2010
16 Comments Written by Sekilas
*entry gedik dan melekat kat sini sampai nombor bertuah terlepas.

*UPDATE : 26.08.10

*UPDATE : Kita dah ade pemenang!! Tahniah kepada NoorAfzan

Disebabkan hari itu takde seorang pun yang tinggalkan link dan bagitahu aku yang dorang jadi pengunjung bertuah yang ke 7878…maka aku adakan lagi sekali untuk engkorang..hoho..

hadiahnya masih sama, topup RM10 MAXIS SAHAJA! kalau takde maxis sila bagi no kawan2 korang dan aku topupkan. nanti korang claim la kat dia eh…sebab aku ade maxis je ni. =)

baiklah pengunjung bertuah kali ini adalah yang ke ………..

8686

8989

Syarat-syarat masih sama :

sila capture nombor tersebut, kemudian buat entry pasal cakap korang dah dapat capture. then tinggalkan link kat komen.

kalau takde blog leh pergi kat sekilass page di facebook dan upload gambar yang korang capture tu. pastu bagitahu kat komen korg dh upload. so kenala ‘like’ dulu kot tak camne nak upload. email tidak akan di layan. sekian terima kasih.

korang leh rujuk kat entry ini untuk tengok screen capture camne k.

so good luck korang!

sekilas : kalau takde, kena up kan nombor lagi ni.. =)

Posted in giveaway - Tagged pengunjung bertuah

Penunjuk perasaan Indonesia pijak bendera kita oiit!!

Aug24
2010
7 Comments Written by Sekilas

baca paper tak? baca tak? baca tak?

huissh! aku rasa nak marah jer. tapi bulan puasa jadi aku kaber marah tu. hari ni kerja aku duk baca paper pepagi. maklumlah nak beli paper pemalas…ade internet ape la gunanya kan?

tadi baru terbaca satu artikel kat utusan online penunjuk perasaan Indonesia pijak bendera kita dan baling najis kat kedutaan kita kat sana.

Tujuan dorang buat macam tu sebab tak puas hati kita tangkap polis dorang yang tangkap nelayan kita. giler la dorang ni. kita tangkap polis dorang tu pun bukan kita seksa. kita layan baik lagi pun kan kan…*aku back up polis Malaysia ni. aku harap polis kita memang beri layanan baik la kan.

paling best, bila kita tangkap  3 orang penunjuk perasaan dorang…keadaan jadi kecoh dan statement dorang ape … ‘kalau tak lepaskan orang dia, nanti nak usir rakyat Malaysia kat sana’…

Wooo…ini sudah lebih…kat sini lagi ramai kot rakyat Indonesia yang cari rezeki..yang cara halal ada cara haram pun ade….berani pula nak usir-usir kita dari sana. tak sedar lagi tu time dorang kena bencana alam, Malaysia banyak bagi sumbangan.

Mula la aku nak jadi patriotik ni..lagi-lagi nak sambut hari Merdeka ni kan. Tension plak aku baca pasal ni. kita pernah ke duk pijak bendera dorang, dan conteng-conteng. baling taik ke ape ke? berhemahla sikit kalau nak tunjuk perasaan pun. melampau betul la dorang ni. dah lah muka semua ganas-ganas…aku nak duk negara sendiri pun jadi takut tau kalau terserempak ngan dorang ni.! tak tahu di untung tau. kalau kita ni halau rakyat negara dorang kat sini..memang suci bersih je pandangan mata aku ni.

tapi kita takde masalah pun macam dorang tu, bagi chance lagi dorang cari rezeki kat negara kita. berdamailah wahai rakyat Indonesia, tak perlu la melampaui batas. kita negara sesama Islam. perjuangkan Islam lebih baik dari benda-benda mengarut ni.

kalau nak baca berita lanjut boleh klik kat utusan ni.

sekilas : menyampah ai tau..

Posted in Isu Semasa - Tagged bendera Malaysia, Rakyat Indonesia pijak bendera Malaysia

Jangan main mercun!! Tak paham lagi ke?

Aug24
2010
4 Comments Written by Sekilas

sana sini meletop! putus jari, kudung tangan, melecur muka..merata-rata tempat dah jadi..tak serik2 lagik.

Mak ayah mana tak amik tahu perkembangan anak ni. tegas sikit la! biar garang janji anak-anak tu selamat. nampak je anak-anak try cuba test main mercun piat je tinga tuh. kalau tak sampai hati jeritkan ajer…hissh!!

yang budak kecik tu satu hal la.munkin la tak paham ape sangat kan…yang dah besar panjang, besar gedabak, dah sunat, dah beranak pinak tuh….tak gheti-gheti lagi ke?

aku ingat tahun ni takde la kes psl mercun ke bunga api ke dan sewaktu dengannya. ini ada jugak. terpampang kat surat khabar. tak paham-paham lagi ke bahayanya mercun ni?

yang siap buat stor mercun kat rumah tu pun lagi la. dah terkorban budak kecik yang tak bersalah. nyawa tak boleh tukar ganti tau! aku sedih plus geram betul la dengan dorang ni!

dah dilarang jual mercun, edar mercun ke segala macam bahan letupan, still lagi buat. korang tahu tak korang yang menjual yang membuat tu dapat tempias kepada kematian dan kecederaan orang lain. korang la puncanya!

aku nampak sape-sape main mercun, aku jerit kat situ jugak!

laporan berita metro :

BERBALUT...Mohd Haziq cedera dua jari tangan kanan akibat terkena mercun ketika bermain bersama kakaknya Nurin Imani yang turut cedera di lengan kiri.
BERBALUT…Mohd Haziq cedera dua jari tangan kanan akibat terkena mercun ketika bermain bersama kakaknya Nurin Imani yang turut cedera di lengan kiri.

KOTA BHARU: Tindakan berani seorang murid prasekolah menyalakan mercun botol ditemui ketika bermain bersama adik perempuannya di kawasan rumah mereka membawa padah apabila dia melecur di muka akibat letupan mercun itu dalam kejadian di Kampung Bilut Banggul dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa, Raja Afzan Raja Zakaria, 6, bersama adik perempuannya, Raja Hayati, 5, bergegas pulang ke rumah sambil meraung kesakitan apabila mukanya cedera teruk.

Ibunya yang dikenali sebagai Che Nab, 30-an, kemudian meminta bantuan sepupu anak saudaranya, Eddy Sofian Li, 21, untuk membawa anak ketiga daripada enam beradik itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan.

Menceritakan kejadian itu, Eddy berkata, kejadian yang menimpa sepupunya itu disedari ibu mangsa apabila anaknya pulang ke rumah dalam keadaan melecur di bahagian muka sambil menangis kesakitan.

sekilas : dulu aku main bunga api je tau! *okey aku tipu!

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged mercun, surat khabar

Pertemuan bukan kali pertama.

Aug23
2010
20 Comments Written by Sekilas

Test…test…

okey naseb baik boleh taip. hihi

Hai, selamat hari Isnin. Monday Blues ke kalian? harap-harap idok ler. kerja banyak lagi nak setel ni. kang tak raya korang kang. *merujuk pada diri sendiri juga.

Apakah cerita seronok dan beronok-ronok.? hahaha! hampeh je kancilbiru kata siput bronok.

Seperti yang kalian maklumkan daku tak dapat join buka puasa bersama bloggers lain di Setiawangsa pada Sabtu yang lepas. Ini adalah kerana daku mendapat jemputan berbuka di Meru, Klang. apakah jemputan tersebut?

Jemputan berbuka puasa oleh ibu Cinta hatiku. hoho..maka Meru itu adalah lokasi rumah beliau. jam 4 petang, cinta hati sudah datang jemput di rumah. before pergi tu, runsing pala otak nak pakai baju aper. kalau pakai baju kurung kang, nampak sangat ayu *prasan k* kalau pakai jeans kang, tak sopan. kalau pakai seluar slack..nampak mcm nak gi keje. hahaha…

aku siap jugak pakai baju kameja dan slack. tapi last minute terus tukar baju kurung. itupun lepas cinta hati kata dah sampai kat sekolah. hambek ko! terus capai baju kurung dan gosok dengan cergasnya.

Dia sampai je, daku dah tunggu di luar. oh time ni mak tak tahu kita nak buka kat rumah dia. kita cakap kita buka dengan dia je. segan nak cakap. hahaha…

dari jauh dia duk senyum simpul dalam kereta. suka ke perli? masuk je kereta dia cakap   “bagus..bagus!” pastu asik cakap cantiknyee…hai..tak penah tengok orang pakai baju kurung ke yang oii..

tapi hakikatnya cinta hati aku memang suke tgk aku pakai baju kurung. kalau leh dating pun pakai baju kurung. hohoho..aku je degil takmo. kang dia tergoda plak! wakakaka…

Dalam kereta :

Dia : Nanti saya tinggal awak kat rumah pastu saya keluar eh.

aku : ape ni….mana boleh macam tu. segan la!

Dia : hahaha…(gelak perli okey) nanti awak kena masak sambal udang petai.

Aku : issh..awak cakap awak yang nak masak. kalau tahu saya tak request menu tu. pandai-pandai je suh orang masak.

Dia : ala, bukanlah suh masak. suh potong-potong bawang ke ape ke?

Wa…datang bukan untuk makan sahaja okey. datang untuk masak! cis…camne ni…baju dah cantik datang kena masak. hahaha…ngoi nopa ni.

Kitorang singgah kat tesco. aritu kan aku ade wat koktel. cinta hati mau rasa..jadi alang2 mau ke rumah dia, apa lagi beli barang di tesco. sebelum pergi rumah dia, kami singgah rumah macik dia nak amik nenek dia. bawa ngna bibik skali.

Sampai di rumah dia, tlg papah nenek dan memula jumpa la  ibu cinta hati. hoissh! malu ni…dulu datang time raya reramai tak rasa pe. ni sesorang gini, sogan macik haih.

Pas salam cari orang lain lagi di dapur. jumpa kakak ipar dia. semua bahan sudah di hidang di lantai. dalam hati ‘err..apa nak buat ni’

memula daku terus buat koktel. daripada aku duk tercongok kat situ je..beklah aku buat benda yg aku tahu dulu. lepas buat koktel, simpan dalam peti ais. terus mulut gatal tanya “ada apa-apa ke nak kena buat?” “eh takpe, duk je depan, semua dah siap”

aku tengok ape yang siap. siap potong je kot! aje gile aku nak duk depan? ade orang laki je kot. abang, dia dan nenek.

aku tengok cinta hati gi dapur dan menumis sesuatu. haa…start situ aku ramaps sudip dan mulakan aktiviti tolong menolong. pastu tak berhenti okey, sbeba kerja aku menggoreng aje. goreng ketam, goreng ayam, goreng sayur. sayur tu sebab semua dah potong, aku campak-campak kan aje dalam kuali…buh garam siap! hihi….

Tengah hidang-hidang lauk kat atas meja. abah dia balik. “ini ke bibiknya?” merujuk kepada aku okey!! hahaha…sebab bibik jaga nenek tu baru first time datang rumah dia. jadi abahnya pun tak jumpa lagi. tapi tak leh blah, daku dikatakan bibik. hohoho..sabar jela pacik. time salam abah dia tanya ” sapa ni?” “Kawan Fakhri” *malu siot!!

Dia tambah “ala aritu datang tu.” abahnya ,” tak perasan. ” mana nak perasan..pacik ingat saya bibik! waaa….!

lepas siap semua standby depan rezeki. boleh? hahaha…semua ramah tamah termasuk abang dia yang memula aku jumpa dulu rasa segan nak mampu berdepan. kakak ipar dia pun sangat ramah.

Tapi tiba-tiba…….

sebuah kenderaan tiba di perkarangan rumah. ayook!! pacik dia datang. habeh ler daku. ingat makan ngan family dia ni je…skali pacik dia datang bawa anak beranak da….lagi ler daku malu. sebenarnya mmg pacik tu kata nak datang, tapi tak jadi sbeba keretanya rosak. jam pun dah nak pukul 7 petang. ingat tak jadi, rupanya jadi jugak datang. tah nek kete sape tak tahu la.

Aku ni terus terdiam, dan sangat pemalu jadinya. sampai waktu berbuka duk hujung2 meja. nak amik lauk cinta hati tolong capaikan. sebabnya orang dah ramai. kalau tau ramai mungkin makan kat bawah lantai je. *ini meja rendah tu, tapi still duduk kat lantai la.

semua lauk nampak sedap, tapi tak dapat nak nikmati dengan jayanya, sbeba ramai sangat orang kan. dey, segan la. aku tengok orang amik sayur tu makan cam okey je..key jela rasanya kan. tengok koktelku orang makan okey je..okey jugaklah kan.

lepas makan, basuh pinggan sesikit jerk sebab ibu dia kata” takpe norfa, biar bibik buat” huhuhu…dahnya aku nak buat ape..tercongok situ. nak masuk toilet ada orang. penyudah memang kau tercongok pun. kak shida mandi dalam toilet…hurm..

pastu Maghrib…keluar je dari bilik smbahyang…kak shidah tanya “gi terawih tak?” …aku pandang cinta hati. dia tanya aku lagi.

aku okey jer. sebab memang standby bawa telekung. kata dia pada ibu dia, “pas terawih amik lapan je. pastu kitorang balik terus la ibu” ibu dia yang dah standby pakai telekung duk sebelah aku tanya “tak singgah dulu ke makan lagi?” …jeng jeng jeng….perut sudah kenyang ibu dia ajak makan lagi.

“Kalau macam tu, ibu takyah pergi terawih la. datang sesekali gi terawih, tak dapat nak semabng.” ah sudah….penyudah cinta hati pergi terawih aku dan ibu dia lepak rumah. hahaha….

borak?? ape ye kami borak? haha….ini linda ngan faizal sibuk tanya. ape benda yang kami borak. takde ape! sekian…

=) ala..tanya pasal mak ayah, tanya adik beradik, tanya kerja…itu jela..takde ye soalan pandai masak ape? hahaha…lindaa semangat suh aku listkan apa yang aku pandai masak. kalau tak tahu jawab pandai mengurut jerk. dush3..sekeh linda sket.

Lepas cinta hati balik terawih, ibu dia bekalkan lauk pauk untuk dibawa balik. salam-salam kemudian balik! hahaha…

itu sahaja yang terjadi. takde yang misteri atau menakutkan. hohoho…dalam kereta time balik, cinta hati sudah gembira dan tanya macam-macam. patut aku duk tanya dia camne. ini terbalik pulak.

apa-apa pun semua berjalan dengan lancar! sorry takde sebarang gambar sebab nanti nampak jakun plak kat rumah orang. =P

sekilas : hoho terbayang makanan banyak lapar plak.

Posted in cinta, me - Tagged berbuka puasa

Seronok dan beronok-ronok!

Aug22
2010
2 Comments Written by Sekilas

hahaha…title tak boleh blah.

Hari sabtu hari yang seronok buat aku.

hari Ahad adalah hari yang seronok buat aku.

jadi dua hari ini menjadikan hari-hariku beronok-ronok. hahaha…

Terima kasih buat Cinta aku dan terima kasih buat kawan-kawan ex-fakulti aku. later will update the story about them k..

sekilas : Good Night gengs!

Posted in cinta, friends - Tagged Aktiviti, berbuka puasa, Kawan

Giveaway : Pengunjung bertuah!

Aug22
2010
7 Comments Written by Sekilas
*Entry melekat sampai nombor bertuah muncul!

Assalammualaikum…

apa habaq semua? sehat ka? puasa dak ari ni? da solat ka belum?

awat satu pun hangpa tak buat nih?

okey..untuk kali ke berapa ntah, sekilass.com ingin membuat amal jariah, dengan mendermakan topup MAXIS sebanyak RM10 kepada pengunjung bertuah di sekilass.com.

makanya, jika anda menjadi pengunjung bertuah yang ke —————————-

7878

maka andalah yang cari-cari sebagai penerima anugerah topup RM10 itu. hihihi

apa tunggu lagi, takde syarat susah bagai der…yang penting kalau korang pengunjung bertuah tu, sila capture / printscreen/snapshot korang nya nombor bertuah tu dan update kat blog dan tinggalkan link / komen kat bawah ni yer.

ketika entry ni ditulis, jumlah pengunjung ialah 7608…banyak masa lagi ni. Semoga berjaya!

note : kalau takde nombor maxis, korang carilah sape2 yg guna maxis, aku topup kan. nanti korang mintak ar duit kat org tu kan. permintaan no lain tkde, sbb aku setia pada maxis. cewah!
note : kalau takde blog, korang boleh jugak post printscreen tu kat facebook sekilass. so, klik aje sini, nanti korang pergi kat facebook sekilass. korang post kat wall ke picture ke…janji ado bukti eh…
note : maaf, email tidak akan di layan! sekian terima kasihan.

sekilas : Semalam hari yang best! =)

Posted in giveaway - Tagged pengunjung bertuah

Mari dekati Mr. Gonjak!!

Aug21
2010
4 Comments Written by Sekilas

haa….jangan tanya lagi siapa Mr. Gonjak. Sana Sini Situ aku cuba membuat promosi makhluk berbulu ini. hakhak!

Sesiapa yang belum tahu siapa itu Mr. Gonjak, korang boleh la cekidaut kat KayuApi.com. Aku pun pernah buat entry pasal Mr. Gonjak ni sebab nak suh korang klik banner kuning sebelah kiri aku ni kalau nak jadi ‘ kipas susah mati’ (Die Hard Fan).

wokey..hari ini mahu promosi 2 perkara tentang Mr.Gonjak kat korang.

Pertama, sila lihat gambar ini dengan penuh khusyuk dan tawaduk… (kalau time sembahyang pun jgn lupa khusyuk)

credit : KayuApi.com

ololo kiut miut nye gambar ni! sampai nak pengsan rasanya. hihi…okey, kartun ni telah dibuat oleh encik yang bertanggungjawab (Encik Z) terhadap KayuApi.com @ Mr. Gonjak ni. saya telah mempertaruhkan gambar berikut untuk digandingkan dengan Mr. Ginji yakni anak kepada Mr. Gonjak. haha…sebab tu nak pengsan sebab encik Z sangat kreatif! =)

adakah anda juga ingin mempunyai profile meletop seperti ini bersama watak-watak utama di dalam cerita ini..yea…sudah semestinya anda boleh berbuat demikian dengan menjadi ‘kipas susah mati’ di fanpage Mr. Gonjak. hanya klik je Mr. Gonjak ni dan korang akan di link kan terus ke facebook beliau.

keduanya, KayuApi.com  jugak ada menyediakan sampul raya …err…sampul menyelamatkan bumi! hihi…macam sampul duit raya la. so dalam fanpage KayuApi.com ade tab ‘merchandise’ korang leh klik dan tempah sampul raya tersebut. satu plastik sampul berharga RM3 (ini tidak termasuk harga pos tau). satu plastik tu ada 1o keping la . so..kalau benar korang dah jadi ‘kipas susah mati’ Mr. Gonjak, mesti terasa nak beli kan kan kan?

di atas ni adalah design yang ada pada sampul tersebut. so korang bolehla mula membuat tempahan sekarang. nanti dah abis rugi la korang. jangan lupa layari laman web berikut :

Laman web : KayuApi.com

Fanpage FB : Mr Gonjak

Jadi apa tunggu lagi…cepat jadi ‘kipas susah mati’ Mr Gonjak, dan dapatkan gambar meletop itu serta belilah sampul duit tersebut. mari selamatkan bumi……!! yeah!!!

sekilas : apa kaitan aku dengan Mr. Gonjak??? hihi….

Posted in info - Tagged animasi, kerja, komik, Mr. Gonjak

Kisah misteri di bulan Ramadhan

Aug20
2010
6 Comments Written by Sekilas

Di satu malam di bulan Ramadhan, Aku baru sahaja selesai menunaikan solat terawih di surau berdekatan. Untuk ke surau aku cuma perlu berjalan kaki.

hari itu tidak hujan seperti selalu.

“Takmo tunggu ke?” tanya emak.

Aku tengok ke luar surau. “takpela, hari tak hujan lagipun. balik dulu la”

Mak minta aku tunggu untuk moreh di surah. tapi aku berdegil ingin pulang. konon nak tidur awal di rumah.

Memandangkan cuaca cerah hari ini makanya aku tidak mempercepatkan langkah ku. aku berjalan perlahan sambil menghirup udara segar di malam hari.

bunyi katak di dalam longkang semakin menyemarakkan malam itu diiringi bunyi motokar yang sese kali lalu di jalan raya besar. ye..jalan aku tidak sunyi. ada kenderaan yang lalu lalang.

tapi, tanpa aku sedari ada 3 orang kanak-kanak mengkori ku di belakang. mereka gelak ketawa riang.

‘Tak join moreh ke bebudak ni?’ tanya aku di dalam hati.

Mereka semakin menghampiri ku. aku terdengar perbualan mereka.

“ala, bagi la satu” kata seorang budak yang aku kirakan berpangkat adik.

“kau nak buat apa” jawab si abang.

“Ada la..bagi jela satu “

“Tak boleh. mahal ni abang beli. Seringgit satu ni.” balas si abang lagi.

Adiknya masih merengek. semakin dekat dengan aku semakin kuat suara dia.

“Bagi la…” Mereka sudah berjalan bersebelahan dengan aku. aku menoleh dengna jelingan sahaja. Rakannya seorang lagi telah maju ke hadapan melompat-lompat untuk mencapai dedaunan di pokok tinggi.

Si abang memandang aku dan bersuara lagi ” Tak boleh la. Kau nak buat apa?”

Aku intai sikit apa yang diminta oleh adik. ‘Ceh, mercun rupanya. lagi mau tanya nak buat apa. Nak main mercun la abang oi’

Aku cepatkan sikit perjalananku untuk memastikan aku dihadapan. Aku tak dengar adik bersuara lagi. Mungkin sudah dapat apa yang dimintanya.

Baru sesaat aku berfikir soal itu..tiba-tiba….

POM! POM! POM! POM!

“YA ALLAH!!” Terkejut aku ngoi….patutlah beriya mintak mercun kat abang kau. ko nak baling mercun kat aku yer. sengal punya budak-budak. nasib baik la bulan puasa. kot tak aku dah carut-carutkan korang tau.

Naseb takde penyakit jantung tau. kot tak, kat situ jugak aku pengsan nanti. cis…

sekilas : lenkali jangan jalan dekat ngan budak2. banyak helah dorang ni.

Posted in me - Tagged bulan puasa, moreh, surau, terawih

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak matlamat.

Aug20
2010
2 Comments Written by Sekilas

hai adikadik…bersama Kak Norfa dalam rancangan ketuk-ketuk ketampi! hohoho….

salam Ramadhan yang ke 10. puasa tak? kalau tak puasa takpe…aku tkde mslh pun. sbb janji solat. err..ke camne?

okey2…ingat tak aku pernah buat entry Entah bila agaknya nak dapat 200? tak ingat pi baca entry tu balik.

Alhamdulillah selepas membuat entry itu..dari hari ke hari (seperti air laut, ada pasang surutnya) aku telah berjaya mencapai matlamat aku untuk mendapatkan 200 pengunjung blog dalam sehari.

kekadang pengunjung sehari 150…siap menurun lagi. tapi aku faham. tak semua orang hari-hari nak hadap blog aku je kan. kalau ade cerita gosip ke cerita SX ke..laju je korang ni. hehehe….daku ngerti itu.

Apa-apa pun thanks jugak kat korang sebab sudi singgah blog aku yg chumel mcm aku ni. eh eh…perasaan pulak kejap. selain aku sape lagi nk puji kan kan…

okey..selamat bekerja dan berpuasa. buat Afra Yuri, selamat mencari kerja. hahaha

sekilas : tersilap button tadi..err…apa aku buat ni.korg tk phm tkpe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in me - Tagged my blog, statistik, unique visitors
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress