Bagi aku perbuatan mereka ni kejam!! kalau kes buang anak tu dikira kejam…kes buang ibu bapa juga dikira kejam bagi aku!
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Sanggup seorang anak biarkan ibu bapanya menyambut 1 Syawal ni di pusat penjagaan orang tua. Apa jenis anak dia ni?
Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.
Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.
sumber : Metro
aku baca paper hari ni sedih tau tak? dorang ni takde perasaan langsung. tak sedar ke kalau takde ibu bapa tu, dia pun takde kat dunia ni. tak sedar ke, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. tak sedar ke hukum karma itu sentiasa ada di dunia ini. Allah apsti akan tunjuk kan pada dia.
Satu hari nanti aku yakin dia akan merasai apa yang kedua ibu bapa dia rasa ditinggalkan anak. mungkin keadaan dia lebih keji caranya nanti.
Sedih siut..pastu sanggup umpan mak ayah dengan setin biskut??? woit! ko ingat dorang ni sape…mak bapak la…orang yang sepatutnya kita jaga..kita patutnya berbakti pada mereka. stupido betul mamat ni!!
dahlah tak pernah jenguk. time hari raya pun mengadu sibuk. agak2nya lelaki yakni anak orang tua tu baca paper tak? dia insaf tak? aku harap ada la yang bagi dia sedar…
cukup la…aku sedih kenangkan warga-warga emas tu. ada waris, tapi diabaikan terutamanya anak-anak! InsyaAllah, selagi aku hidup, aku tak akan buat ibu bapa aku mcm tu. dan aku tak akan benarkan sape2 pun buat ibu bapa aku macam tu.
sekilas : ingatlah orang tersayang!






Sememangnya akan terbalas perbuatan mereka,tidak akan terlepas hukuman walaupun kesalahan sekecil zarah…selagi mereka tidak bertaubat dan Allah s.w.t tidak memaafkan mereka…sesungguhnya Kasih Sayang Allah s.w.t pada hambanya adalah lebih dari kemurkaan Nya..semoga mereka2 ini insaf dan kembali kepada jalan yang diredhai Allah s.w.t
@norfadli, tak tahu la mcm mana tergamak nya dorang jadi anak derhaka ni…sedih!
Semoga kita dipermudahkan untuk menjaga kedua orang tua kita… ;-p
penyakit zaman moden macam sekarang ni…
kalau dulu yang ada cuma mak bapak buang anak..
sekarang anak-anak buang mak pun ada. Mane silapnya?
Roda kehidupan dah pusing terbalik
mm—ntah2 mak bapak depa nie jahat x dulu–x peduli anak