• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Pertemuan bukan kali pertama.

Aug23
2010
20 Comments Written by Sekilas

Test…test…

okey naseb baik boleh taip. hihi

Hai, selamat hari Isnin. Monday Blues ke kalian? harap-harap idok ler. kerja banyak lagi nak setel ni. kang tak raya korang kang. *merujuk pada diri sendiri juga.

Apakah cerita seronok dan beronok-ronok.? hahaha! hampeh je kancilbiru kata siput bronok.

Seperti yang kalian maklumkan daku tak dapat join buka puasa bersama bloggers lain di Setiawangsa pada Sabtu yang lepas. Ini adalah kerana daku mendapat jemputan berbuka di Meru, Klang. apakah jemputan tersebut?

Jemputan berbuka puasa oleh ibu Cinta hatiku. hoho..maka Meru itu adalah lokasi rumah beliau. jam 4 petang, cinta hati sudah datang jemput di rumah. before pergi tu, runsing pala otak nak pakai baju aper. kalau pakai baju kurung kang, nampak sangat ayu *prasan k* kalau pakai jeans kang, tak sopan. kalau pakai seluar slack..nampak mcm nak gi keje. hahaha…

aku siap jugak pakai baju kameja dan slack. tapi last minute terus tukar baju kurung. itupun lepas cinta hati kata dah sampai kat sekolah. hambek ko! terus capai baju kurung dan gosok dengan cergasnya.

Dia sampai je, daku dah tunggu di luar. oh time ni mak tak tahu kita nak buka kat rumah dia. kita cakap kita buka dengan dia je. segan nak cakap. hahaha…

dari jauh dia duk senyum simpul dalam kereta. suka ke perli? masuk je kereta dia cakap   “bagus..bagus!” pastu asik cakap cantiknyee…hai..tak penah tengok orang pakai baju kurung ke yang oii..

tapi hakikatnya cinta hati aku memang suke tgk aku pakai baju kurung. kalau leh dating pun pakai baju kurung. hohoho..aku je degil takmo. kang dia tergoda plak! wakakaka…

Dalam kereta :

Dia : Nanti saya tinggal awak kat rumah pastu saya keluar eh.

aku : ape ni….mana boleh macam tu. segan la!

Dia : hahaha…(gelak perli okey) nanti awak kena masak sambal udang petai.

Aku : issh..awak cakap awak yang nak masak. kalau tahu saya tak request menu tu. pandai-pandai je suh orang masak.

Dia : ala, bukanlah suh masak. suh potong-potong bawang ke ape ke?

Wa…datang bukan untuk makan sahaja okey. datang untuk masak! cis…camne ni…baju dah cantik datang kena masak. hahaha…ngoi nopa ni.

Kitorang singgah kat tesco. aritu kan aku ade wat koktel. cinta hati mau rasa..jadi alang2 mau ke rumah dia, apa lagi beli barang di tesco. sebelum pergi rumah dia, kami singgah rumah macik dia nak amik nenek dia. bawa ngna bibik skali.

Sampai di rumah dia, tlg papah nenek dan memula jumpa la  ibu cinta hati. hoissh! malu ni…dulu datang time raya reramai tak rasa pe. ni sesorang gini, sogan macik haih.

Pas salam cari orang lain lagi di dapur. jumpa kakak ipar dia. semua bahan sudah di hidang di lantai. dalam hati ‘err..apa nak buat ni’

memula daku terus buat koktel. daripada aku duk tercongok kat situ je..beklah aku buat benda yg aku tahu dulu. lepas buat koktel, simpan dalam peti ais. terus mulut gatal tanya “ada apa-apa ke nak kena buat?” “eh takpe, duk je depan, semua dah siap”

aku tengok ape yang siap. siap potong je kot! aje gile aku nak duk depan? ade orang laki je kot. abang, dia dan nenek.

aku tengok cinta hati gi dapur dan menumis sesuatu. haa…start situ aku ramaps sudip dan mulakan aktiviti tolong menolong. pastu tak berhenti okey, sbeba kerja aku menggoreng aje. goreng ketam, goreng ayam, goreng sayur. sayur tu sebab semua dah potong, aku campak-campak kan aje dalam kuali…buh garam siap! hihi….

Tengah hidang-hidang lauk kat atas meja. abah dia balik. “ini ke bibiknya?” merujuk kepada aku okey!! hahaha…sebab bibik jaga nenek tu baru first time datang rumah dia. jadi abahnya pun tak jumpa lagi. tapi tak leh blah, daku dikatakan bibik. hohoho..sabar jela pacik. time salam abah dia tanya ” sapa ni?” “Kawan Fakhri” *malu siot!!

Dia tambah “ala aritu datang tu.” abahnya ,” tak perasan. ” mana nak perasan..pacik ingat saya bibik! waaa….!

lepas siap semua standby depan rezeki. boleh? hahaha…semua ramah tamah termasuk abang dia yang memula aku jumpa dulu rasa segan nak mampu berdepan. kakak ipar dia pun sangat ramah.

Tapi tiba-tiba…….

sebuah kenderaan tiba di perkarangan rumah. ayook!! pacik dia datang. habeh ler daku. ingat makan ngan family dia ni je…skali pacik dia datang bawa anak beranak da….lagi ler daku malu. sebenarnya mmg pacik tu kata nak datang, tapi tak jadi sbeba keretanya rosak. jam pun dah nak pukul 7 petang. ingat tak jadi, rupanya jadi jugak datang. tah nek kete sape tak tahu la.

Aku ni terus terdiam, dan sangat pemalu jadinya. sampai waktu berbuka duk hujung2 meja. nak amik lauk cinta hati tolong capaikan. sebabnya orang dah ramai. kalau tau ramai mungkin makan kat bawah lantai je. *ini meja rendah tu, tapi still duduk kat lantai la.

semua lauk nampak sedap, tapi tak dapat nak nikmati dengan jayanya, sbeba ramai sangat orang kan. dey, segan la. aku tengok orang amik sayur tu makan cam okey je..key jela rasanya kan. tengok koktelku orang makan okey je..okey jugaklah kan.

lepas makan, basuh pinggan sesikit jerk sebab ibu dia kata” takpe norfa, biar bibik buat” huhuhu…dahnya aku nak buat ape..tercongok situ. nak masuk toilet ada orang. penyudah memang kau tercongok pun. kak shida mandi dalam toilet…hurm..

pastu Maghrib…keluar je dari bilik smbahyang…kak shidah tanya “gi terawih tak?” …aku pandang cinta hati. dia tanya aku lagi.

aku okey jer. sebab memang standby bawa telekung. kata dia pada ibu dia, “pas terawih amik lapan je. pastu kitorang balik terus la ibu” ibu dia yang dah standby pakai telekung duk sebelah aku tanya “tak singgah dulu ke makan lagi?” …jeng jeng jeng….perut sudah kenyang ibu dia ajak makan lagi.

“Kalau macam tu, ibu takyah pergi terawih la. datang sesekali gi terawih, tak dapat nak semabng.” ah sudah….penyudah cinta hati pergi terawih aku dan ibu dia lepak rumah. hahaha….

borak?? ape ye kami borak? haha….ini linda ngan faizal sibuk tanya. ape benda yang kami borak. takde ape! sekian…

=) ala..tanya pasal mak ayah, tanya adik beradik, tanya kerja…itu jela..takde ye soalan pandai masak ape? hahaha…lindaa semangat suh aku listkan apa yang aku pandai masak. kalau tak tahu jawab pandai mengurut jerk. dush3..sekeh linda sket.

Lepas cinta hati balik terawih, ibu dia bekalkan lauk pauk untuk dibawa balik. salam-salam kemudian balik! hahaha…

itu sahaja yang terjadi. takde yang misteri atau menakutkan. hohoho…dalam kereta time balik, cinta hati sudah gembira dan tanya macam-macam. patut aku duk tanya dia camne. ini terbalik pulak.

apa-apa pun semua berjalan dengan lancar! sorry takde sebarang gambar sebab nanti nampak jakun plak kat rumah orang. =P

sekilas : hoho terbayang makanan banyak lapar plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • Penangan Singgahsana!
  • Kecoh semua dok citer pasal Ayam Penyet
  • Seronok dan beronok-ronok!
  • Hari ini ada berita gembira + sedih.
  • Sesi berbuka puasa Nuffnang 2010
Posted in cinta, me - Tagged berbuka puasa
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
← Seronok dan beronok-ronok!
Jangan main mercun!! Tak paham lagi ke? →

20 Comments

  1. ReD's Gravatar ReD
    23/08/2010 at 11:07 am | Permalink

    hahahaha…ala.. aku bagi jwpn selamat je kot kau tak tahu nak jawab list masakan.ngeh3..

    ala.. xde pe ke borak2 nya? borak 0 je la..isk3..xpe2..sesi beramah mesra secara x formal..

    fuhh..lega bukan? ngeh2..:P

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      23/08/2010 at 11:18 am | Permalink

      @ReD, lega jer…ala, nak borak ape nya. biasa2 tu jela kan orang nak tanye..

      Reply
  2. Anak Perak's Gravatar Anak Perak
    23/08/2010 at 11:15 am | Permalink

    Dengan tekunnya aku baca.haha..Tapi part paling best..

    “Bibik”

    hahaha…mau keje kat rumah sy buk?

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      23/08/2010 at 11:19 am | Permalink

      @Anak Perak, cisdel ko….tapi takpe..pastu mesti abah dia ingt muka aku. haha…

      Reply
      • Anak Perak's Gravatar Anak Perak
        23/08/2010 at 11:20 am | Permalink

        @Sekilas, ye la igt sbg bibik.haha.. :p

        Apapon tahniah sbb ko berjaya.

        Reply
        • Sekilas's Gravatar Sekilas
          23/08/2010 at 11:22 am | Permalink

          @Anak Perak, haha..ala biasala tu. tak rasa hati pun. janji dorg baik dgn aku…

          thanks!

          Reply
  3. cikhelena's Gravatar cikhelena
    23/08/2010 at 11:21 am | Permalink

    aku baru khatam bace nih..haha

    huii kenapa aku rasa macam ngeri je keadaan tu?hahaha
    takut kot jumpe bakal MIL,.hehehe

    tp alhamdulillah sume berjalan lancar..so soalan maut..

    bila nak kawen?

    kakakakaa

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      24/08/2010 at 9:17 am | Permalink

      @cikhelena, bila kau ade duit ko bagi aku, time tu aku kawen. haha

      Reply
  4. khaizarien's Gravatar khaizarien
    23/08/2010 at 11:25 am | Permalink

    tetibe lak teringat 1st jumpe ngn bakal MIL. 1st jumpe xde pe jumpe time tgah dftr kat U. tp 1st time dtg umah tu kecut gak….siap kene siang ayam sekor & kukur kelapa….. sbb time tu ade moreh so kene tolong2 ape yg patut. tp alhamdulillah xde hal la :)

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      23/08/2010 at 11:28 am | Permalink

      @khaizarien, hah..lagi dasat. siang ayam..kukur kelapa. hihi…ade moreh lagi sibuk la kan. berjaya jgk kan.. =)

      Reply
  5. akii ahmad's Gravatar akii ahmad
    23/08/2010 at 4:44 pm | Permalink

    kui3..cekap jgk nopa ni kt dapor ye..muahahaha..

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      23/08/2010 at 4:48 pm | Permalink

      @akii ahmad, ceh!! buli orang ni…

      Reply
  6. Sky0ne's Gravatar Sky0ne
    23/08/2010 at 6:23 pm | Permalink

    alamak ko ada nickname baru ghopenye…nopa bibik…hahah…

    wehh, apa ni, mana aci crita tanpa gamba..aku demand gamba, segera!! hahaahha

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      24/08/2010 at 9:19 am | Permalink

      @Sky0ne, ngoi la faizal ni..huissh…takde gambar la. kalau ada dh sah2 aku letak. lgpun ko nk tgk ape je?

      Reply
  7. Sumijelly's Gravatar Sumijelly
    24/08/2010 at 8:32 am | Permalink

    ooooo….mak tak tahu yek..
    tak per..tak per..nanti ahkak ko bagi tau kat mak….
    hahahahahaha

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      24/08/2010 at 9:18 am | Permalink

      @Sumijelly, haha…ala, time nak pegi tu mak tk tahu le. dh blk tu of course ler kena bgtahu dahnya nak jawab ape tetiba ade lauk pauk bagai. hoho…bgtahu pun mak dh tahu.

      Reply
      • akii ahmad's Gravatar akii ahmad
        24/08/2010 at 2:26 pm | Permalink

        @Sekilas, hihihi

        Reply
  8. Kancilbiru's Gravatar Kancilbiru
    24/08/2010 at 11:57 am | Permalink

    mana gambaq? hehehe…nak tgk posing ngan mak mentua…eh bakal…mak mentua..:P

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      24/08/2010 at 2:31 pm | Permalink

      @Kancilbiru, gambar takde ar…issh.. malu aku nak amek gambar. lenkali la yer..huhu

      Reply
  9. akii ahmad's Gravatar akii ahmad
    24/08/2010 at 2:26 pm | Permalink

    hihihi..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Perkongsian : Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress