Gembiranya…….
oh ibu kepada cinta hati saya ajak berbuka di rumahnya.
Sedihnya….
saya tak dapat sertai buka puasa bersama blogger yang lain pad ahari Sabtu ini kerana ibu cinta hati saya ajak makan hari Sabtu jugak.
Tapi saya akan raikan yang gembira la …hoyee!! sudah mula fikir nak pakai baju aper? nak bawa buah tangan aper…lalala…
gilak nopa ni.
oh jam dah pukul 4 petang. tahukah anda bahawa hari ini saya tidak sempat mengjenguk blog kesayangan ini. mahunya tidak…menghadap kerja yang rasanya banyak hari ini.
sebenarnya, terlalu terkejar-kejar waktu menjadikan saya kelam kabut, giler…dan serabut. padahal kerjanya sangat senang. maafkan saya encik bos. Mac mini yang baru ini belum dapat membantu saya yang sangat lembab! haha…bukan kesalahan saya sepenuhnya..mungkin kerana tiba-tiba…okey ayat itu tidak dapat dihabiskan. perkataan tiba-tiba sangat menakutkan.
Ahad ini juga saya ada ‘ajakan’ dari kawan-kawan fakulti untuk berbuka di Sunway. oh ye..ex-fakulti saya ketika belajar di UiTM dulu. karang ingat saya masih belajar sekali. Adakah saya ke’teruja’an untuk menghadirinya. jawapannye ialah YA! tapi hati jadi kendur…(boleh ke hati kendur) kerana fikirkan saya akan bertemu dua orang sahabat yang lama sudah tidak bertegur sapa.
kisah-kisah lama itu sudah lama saya lupakan. tapi…entahlah. mungkin mereka pun tidak suka kan saya. jadi…apa yang buleh saya katakan…saya akan berdepan juga dengan mereka. dan kita lihatlah reaksi mereka bila bertemu dengan saya. pasti diam..
saya takde masalah dengan kawan seorang lagi. mungkin ahli sihir mengganggu pemikiran saya. oke sudah! anda tak akan faham apa yang saya tulis.
oh tahukah apa kelainan di entry saya ini…siapa dapat jawab…saya akan lawat blog dia. hahaha….
sekilas : saya nak pergi toilet!






hehehe..gudluk la..siap sedia dengan 1001 persoalan..wakaka
@akii ahmad, issh2…ada sesi soal jawab ke? malunye ai…