Takziah buat keluarga arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat.
Kejadian berlaku di Teluk Intan ketika umat Islam yang lain sedang bersahur, seorang lelaki hilang kawalan dan mengamuk. Amukkan itu telah membuatkan isterinya parah kerana ditetak dengan parang. sedih sangat sebab anak-anak jadi saksi kejadian itu.

Najihah Natri 13, yang cedera dan putus jari tangannya.
TELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.
Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.
Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.
sumber : utusan
mau tak terkejut oit..mak kena ikat, pahtu ayah duk tetak-tetak mak dia. Lelaki tersebut juga mati kerana ditembak pihak polis kerana enggan menyerah diri dan bertindak untuk menyerang polis. jika lelaki itu masih hidup, mungkin dia boleh bagitahu kita apa yang merasuk fikiran dia tu…tapi Allah dah ambil nyawanya. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui.
sekilas : sekelip mata…






alahai…kesiannye..
@hamzah, sedih tengok. orang tak berdosa menjadi mangsa. apa lagi budak2 yang tak tahu apa-apa.