ini bukan kenyataan dari aku ye..ini kenyataan dari saksi yang melihat Memey membawa selimut dan tilam ke pejabat Norman.
Bagi yang tidak tahu, kes perbicaraan khalwat antara Norman dan Memey masih lagi berjalan di mahkamah. belum lagi selesai.
Kali ini terdapat saksi yang tampil memberitahu, ketika kejadian (norman dan memey di tangkap khalwat) , dia ternampak Norman dalam cubaan memanjat naik pejabat atas melalui pintu belakang pejabat yang berjeriji besi. paling tak boleh blah, bila saksi cakap hampir setiap hari selama 8 bulan dia ternampak Memey datang ke pejabat Norman dengan membawa selimut dan tilam. rupanya saksi tersebut yang membuat laporan (pengadu) dan tak pasal-pasal kena jadi saksi pula di mahkamah sebab dah hampir 2 tahun kes ni berjalan, banyak benda tak betul yang dilafazkan. (kata saksi la)
NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan?
YUSRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan.
NAZRI: Bila kamu buat laporan ini?
YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat.
NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu?
YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama.
NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu?
YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung.
Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta. Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan.
NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian?
YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat.
Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun.
NAZRI: Selepas itu apa terjadi?
YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun.
NAZRI: Kamu nampak jelas?
YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam.
NAZRI: Kemudian apa terjadi?
YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat.
NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada?
YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka.
NAZRI: Kamu dengar dengan jelas?
YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam.
NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu?
YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk.
Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang.
Saya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu.
Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi.
Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran.
sumber : Harian Metro
Oit…itu dah memang kelakar la kalau betul memey bawa tilam dan selimut ke pejabat Norman. sudah terang lagi bersuluh la kan. kalau benar bagai dikata, apakah motif membawa tilam dan selimut? apkah sebab mahu lari ke pejabat atas? apakah sebab masih menafikan kebenaran? apakah sebab tiba-tiba memang betul bercinta (dan nak kawen pun kan) ? apakah sebab Norman sanggup buat begitu ketika isterinya Abby sarat mengandung? apkah sebab semua ini berlaku????
hanya mereka yang mempunyai jawapannya. baik atau buruk mereka yang tanggun dosa dan pahala. sebagai orang luar, jangan membuat spekulasi. atau ayat mudah. jangan menyibuk!! hoho…lebih baik tidak berkata daripada berkata-kata tentang sesuatu yang tidak pasti.
aku tak mahu komen apa-apa…cuma, jika kebenaran itu pasti. harap menjadi iktibar kepada kita. kata pepatah melayu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. lebih banyak silap ingin ditutup, lebih banyak aib yang akan didedahkan. better jujur!
sekilas : Hari ini Ramadhan ke 4. selamat solat terawih.






patut la memey tu slim kurus jer….exercise hari-hari usung tilam…wakakaka…
@Kancilbiru, haha..ye tak ye jugak kan. ekeke..hampeh ko!..kecik ati dia kalo baca komen ko ni. =P
yg si memey tu g usung tilam bt apa..asal la si norman tu x beli katil siap2 taruk kt off dia kn..xde la org nmpk dia usung tilam..huhu..ngoi gak kn..
@sWEeT S*J, hahah…lagi dasat siap ade katil. nampak sgt tuh merancang… =P