Lafaz niat berpuasa :
“nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa“
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Doa berbuka puasa :
“allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin”
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Lafaz Niat Puasa Untuk Sebulan.

“Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala”
Maksudnya :Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”
p/s : niat puasa sebulan ni adalah untuk Mazhab Maliki. kita ni ikut Mazhab Syafie kena niat puasa hari-hari. tapi disunatkan jugalah untuk berniat puasa sebulan. yang ni kena tanya ustaz untuk lebih kepakaran tentang ilmu agama ye.
Niat di malam hari (sebelum terbit fajar sadik) merupakah salah satu syarat sah puasa Ramadhan. Kalau sesiapa yang tidak niat satu bulan puasa (Mazhab Malik) dan tak berniat puasa pada sesuatu hari tu, maka puasanya pada hari itu dikira tidak sah. Kena la qadha..
Tapi aku teringat mak aku kata dulu, kalau kita dah niat nak puasa esok hari, takpe kalau kita terlupa nak baca niat yang panjang-panjang tu. sebab memang kadang-kadang terlupa nak baca. selalu sebelum tidur dulu, mak pesan, dah baca niat puasa dah? tapi dah besar panjang ni takkan mak nak kena ingatkan pulak kan. so kena pandai-pandai la pasang niat. kalau dah memang berniat nak puasa esok tu, kira sah la puasa kita. kalau memang tak berniat langsung, atau ada niat takmo puasa esok..haa….lu pikir la sendiri. hihi…
p/s : selamat berpuasa pada yang puasa. ladies, kalau tak pose jangan kantoikan diri ye. hihihi
sekilas : banyak pulak entri nak buat malam ni. hohoho.






selamat berpuasa pada awak
@Syafrizal, selamat berpuasa jugak
ok dah niat puasa!
sama2lah kita menjalani ibadah puasa yang telah difardhukan keatas kita semua yang beragama islam ni ye.
perbanyakkanlah amalan sunat dibulan yang mulia ini.
InsyaAllah akan mendapat keberkatan dan keredhaan oleh-NYA.
Selamat Berpuasa! ^^
@kasmin, insyaAllah…
selamat berpuasa!
tenkiu atas segala doa dn niat pose uh,semga pahala kalian brtmbh dn diberkati allah..