• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for August, 2010

Semoga Allah membalas perbuatan mereka!

Aug31
2010
5 Comments Written by Sekilas

Bagi aku perbuatan mereka ni kejam!! kalau kes buang anak tu dikira kejam…kes buang ibu bapa juga dikira kejam bagi aku!

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri. Sanggup seorang anak biarkan ibu bapanya menyambut 1 Syawal ni di pusat penjagaan orang tua. Apa jenis anak dia ni?

Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.

sumber : Metro

aku baca paper hari ni sedih tau tak? dorang ni takde perasaan langsung. tak sedar ke kalau takde ibu bapa tu, dia pun takde kat dunia ni. tak sedar ke, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. tak sedar ke hukum karma itu sentiasa ada di dunia ini. Allah apsti akan tunjuk kan pada dia.

Satu hari nanti aku yakin dia akan merasai apa yang kedua ibu bapa dia rasa ditinggalkan anak. mungkin keadaan dia lebih keji caranya nanti.

Sedih siut..pastu sanggup umpan mak ayah dengan setin biskut??? woit! ko ingat dorang ni sape…mak bapak la…orang yang sepatutnya kita jaga..kita patutnya berbakti pada mereka. stupido betul mamat ni!!

dahlah tak pernah jenguk. time hari raya pun mengadu sibuk. agak2nya lelaki yakni anak orang tua tu baca paper tak? dia insaf tak? aku harap ada la yang bagi dia sedar…

cukup la…aku sedih kenangkan warga-warga emas tu. ada waris, tapi diabaikan terutamanya anak-anak! InsyaAllah, selagi aku hidup, aku tak akan buat ibu bapa aku mcm tu. dan aku tak akan benarkan sape2 pun buat ibu bapa aku macam tu.

sekilas : ingatlah orang tersayang!

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged Aidilfitri, surat khabar, warga emas

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53!

Aug31
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Assalammualaikum. dan salam sejahtera.

Hari ini dah masuk Ramadhan yang ke-21. maknanya aku dah puasa 16 hari…wakakaka! al maklumlah..awal puasa je dah ‘uzur’. redha jela kan…korang semua yang puasa penuh teruskan berusaha! hehe..kalau yang perempuan tu, siaplah korang ujung bulan..hehe…

oke2…

hari ni juga kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. so, aku nak ucap selamat merdeka lah ye kepada semua. Bak kata kawan aku Dr. Azizan Osman (Pakar motivasi), “tak payah nak beriya sangat sambut, korang bukan ada pun time tu”

itu ditujukan kepada generasi muda ni la…pada yang memang merasai erti kemerdekaan itu silalah meraikannya! tapi pada anak-anak muda tu, kalau setakat kibar jalur gemilang..pastu nek motor merempit tengah-tengah malam…pah tu terjerit terlolong kat tengah jalan, duk ushar-ushar anak dara orang..atau yang si pompuan duk bergesel sana sini tu…tak payah la. hentikanlah keroje itu yer.

kalau ye nak sambut pun, aku respect je korang kibar jalur gemilang, nyanyi lagu patriotik dan pegang senapang pergi berjuang! hoho…

Memandangkan ni bulan puasa, cukuplah kita fahamkan erti merdeka itu yang mana pada aku, aku sangat bersyukur duduk kat Malaysia ini yang buat masa ni aman damai! buat masa ini maksud aku ialah bukan daripada penjajah luar..tapi daripada sifat-sifat perkauman yang sekarang ni sikit-sikit menjadi pencetus kepada satu ‘peperangan tanpa sedar’ yang pasti dashyat!

aku risau jer kalau kita tak kawal diri, anda tak kawal diri, mereka tak kawal diri, maka isu perkauman akan menjadi semakin besar baik dari kalangan masyarakat biasa apetah lagi dariapda ahli politik khususnya.

Aku syukur sebab Allah izinkan aku ada kat bumi ciptaanNya ini dan berada di negara Malaysia. korang bayangkanlah kalau time ni kita ada kat Palestin  tu ha..perang sana sini..bom sana sini…orang mati sana sini…menangis teriak, laungan Allahuakbar di merata tempat! Ya Allah…mintak dijauhkan dari negara kita dan khususnya negara-negara Islam yang lain.

aku harap negara kita akan kekal aman daripada perkara-perkara macam ni. ! kalau ada yang tak bangga jadi rakyat Malaysia, jangan duduk Malaysia..sila pergi kat negara lain yang korang banggakan tu…lepas tu teruslah hidup di sana.  aku tetap kekal di sini tanahairku!

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53!

sekilas : sedih time bulan puasa pun ada kes buang bayi lagi =(

Posted in masyarakat, peristiwa - Tagged Hari Kemerdekaan ke-53, Merdeka

hangpa ingat tak ade mamat ala2 Jepun bagi ucapan hari Ibu dulu?

Aug30
2010
4 Comments Written by Sekilas

haa..kalau hangpa semua tak ingat leh baca entry aku pasal “Kalau aku jadi mak dia aku ketawa + Terharu” kat situ aku ade post video mamat ni bagi ucapan hari ibu kat mak dia. sempoi la…

kali ni mamat muka ala-ala jepun ni  buat video lagi dengan adik dia. kali ni dia nak bagitahu kita apa aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama adik di rumah. hahaha…slank cakap sudah terang lagi bersuluh la dia ni orang Kedah kan..hehe…

layan kan aje la…

sekilas : cute je dengar mamat ni cakap. hehe

Posted in lawak, merapu - Tagged Aktiviti, ucapan hari ibu

Lirik : 1 Malaysia

Aug30
2010
2 Comments Written by Sekilas

Esok kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. soalan biasa “Merdeka kah kita?” “Apa erti kemerdekaan kepada anda?” Renung-renungkan…hahaha

mai kita nyanyi lagu satu malaysia beramai-ramai. lagu MERDEKA dari Sudirman tu takkan tak tahu lagi kan??

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

sekilas : selamat hari kemerdekaan!!

Posted in lagu, peristiwa - Tagged 1 Malaysia, lirik lagu, Merdeka

Update pantas : 2 kali dalam sebulan??

Aug28
2010
3 Comments Written by Sekilas

apakah itu?

hehe….nama pun update pantas. just nak bagitahu korang….

bulan puasa ni aje dah 2 kali aku pi makan kat The Apartment KLCC tu. hari tu dengan Nuffnang and bloggers terpilih. hari ini dengan my bestfriend Mdm June dan kawan skolah kami, Azu. kenapa Cik Norfa oiii?

kerana…planning nak pergi tempat lain..last minute cancel plak. ingat kat Pavillion ada buffet yang best..tapi nan ado. jadinya, pergi ler kat KLCC. jam dah pukul 6 petang. nak ke tempat lain rasanya jauh dan jalan semakin sesak ketika itu.

ingat dah parking kat Pavi tu nak gi KLCC nek cab. tapi jadah haram punye cab seantero KL. mahal giler nak ke KLCC sahaja RM20!! woitt…toksah ler cekik darah. cuba2 la cari rezeki cara baik sket.

Penyudah kami bayar parking kat Pavi RM3. dan bawa kereta ke KLCC. tau berapa kami kena bayar kat KLCC?? dalam RM7 sahaja. naseb baik kitorang tak giler nak bagi teksi tu RM20 just nak gi KLCC. puas hati dan tak terbang ke orang yang cari rezeki cara yang salah.

rupanya, kat tempat teksi2 tu berhimpun, takleh parking. waktu melewati aksan dorang tu, dah takde dah teksi2 cekik darah tu, sebab ada polis yang dah get ready dengan surat cinta di tangan. hahaha…tula..nak curi duit orang lagi ngan cara camtu. Tuhan tak berkat tau…

okeyla..takde gambar lagi. sebab henpon daku abis bateri. kamera kat Azu. sah2 aku tak transfer lagi. tapi memang seronok! sampai dah tak larat nak buat apa-apa. Oh sempat lagi kami singgha mekdi minum hot coffee! haha..takde keje…

okeylah..sekian terima kasihan! masa untuk tidur, esok nak absuh baju yang berlonggo di balik pintu. wooppss!

sekilas : terasa hari ni macam Ahad jerk!

Posted in friends - Tagged buka puasa, Kawan baik

AC Mizal bakal dipenjarakan akan diputuskan.

Aug27
2010
3 Comments Written by Sekilas

Aku kekadang ada gak tengok tv pasal penafian AC Mizal tentang nafkah anak-anak yang dikatakan oelh bekas isterinya itu. AC kata dia memang bagi nafkah kat anak-anak tiap2 bulan siap ada bukti resit dan sebagainya.

Bekas isteri dia pulak duk komplen siap gi mahkamah kata AC tak bagi nafkah dan berharap tindakan penjara dikenakan kepada AC.

Setahu aku lah, AC kan kaya sejak jual gelang kesihatan tu..huhuhu…kereta pun mewah jer tengok (kat itnernet, dan tv). takkan nafkah anak tak mampu bayar kan?

jadi apa masalah dua orang ni pun aku tak faham. bekas isteri sampai nak suh penjarakan AC. ape faedah dia dapat? Lagi kena penjara AC takleh bagi nafkah..nak ke? hai..ni kes dengki la ni agaknya AC hidup bahagia..jadi dia risau anak-anak tak dapat kebahagiaan sama.

KAJANG: Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini, semalam, menetapkan 28 Oktober depan untuk memutuskan sama ada pengacara popular AC Mizal atau Mizal Zaini dikenakan penjara atau tidak selepas bekas isterinya memfailkan permohonan komital (perintah memenjarakan) berikutan kegagalannya mematuhi pembayaran nafkah dua anak mereka.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah menetapkan tarikh itu selepas pihak AC Mizal, 38 yang diwakili peguam syarie, Siti Aishah Din dan bekas isterinya, Shafnie Zainuddin, 37, yang diwakili peguam syarie syarie, Mohd Ridhwan Husin mengemukakan hujah bertulis masing-masing terhadap permohonan itu, semalam.

korang tolong lah. jangan berkahwin beranak pinak kemudian cerai. sape yang jadi mangsa? anak-anak tau. dan bekas suami jangan plak ingat setelah menceraikan isteri tanggungjawab terlepas. nafkah tetap kena bagi.macam-macam hal la seakrang. mujur aku tak jadi artis, kot tak silap sket semua orang amek tahu.

sekilas : malam ni nak buka puasa ngan kak ida dan kak Shila

Posted in Artis - Tagged AC Mizal, surat khabar

Adakah wajah anda ada di sini?

Aug27
2010
17 Comments Written by Sekilas

Cuba lihat dan perhatikan…mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka di bawah ini.

Ada tak?? kalau takde tu, maknanya tak muatlah semua orang nak duk kat dalam list ni kan.

apa-apa pun aku ucap teirma kasih pada korang yang kat atas ni, ada ynag nampak muka, ada yang tak…sebab korang sudi singgah blog daku ini…

yang takde dalam list tu jgn kecik ati, korang pun aku ucap terima kasih..itu mana yang dan je aku capture..kan berubah2 setiap hari…

dan pada yang bukan nuffnanger pun jangan ler duk kecik ati, sebab korang tak leh ada senarai kat atas tu. terima kasih jugak. sebaba aku tahu kroang singgah. apa kata korang daftar kat Nuffnang…haa..kan best! leh jumpa member2 baru dan leh dapat pendapatan sampingan. hehe…

sekilas : sayang korang!

Posted in friends, Nuffnang

Waheeda sudah rasmi berpurdah

Aug26
2010
4 Comments Written by Sekilas

ingat Waheeda..ingat Wassini….

Isteri kepada penceramah bebas Akhil Hayy dan juga merupakan seorang bekas penyanyi dan pelakon gitu.. katanya dah tak akan muncul pada majlis-majlis hiburan dan meninggalkan dunia glamor itu.

Kata Waheeda, hasratnya untuk berniqab sudah lama iaitu sebelum bernikah lagi.

Bagaimanapun, ketika itu, Waheeda mendengar nasihat ibu dan bapanya yang mencadangkan padanya agar tidak berubah secara mengejut.

“Selepas bernikah, saya berbincang dengan suami. Alhamdulillah dia memberi kebenaran untuk niat baik saya itu.

“Saya meminta kebenaran daripada suami untuk mengenakan niqab. Suami saya tidak pernah memaksa tetapi dia suka kerana saya sendiri yang berniat untuk melakukan perubahan. Dakwaan saya cuba lari dari tatapan umum itu tidak benar,” tegas Waheeda.

sumber : utusan

korang ni..orang buat benda baik pun nak mengata2 lagi. sapa yang mengata tu, pakai tudung ke tak? huhuhu….Alhamdulillah…dari awal lagi Waheeda pun memang dah bertudung litup…dan menjaga penampilan dia. muka cantik dan sore pun sedap. sekarang sudah berpurdah, lagi la bagus kan. harap-harap dorang ni kekal la hendaknya. lebih baik berubah ke arah kebaikan daripada berubah ke arah yang negatif.

Sekilas : hurm…dia pakai purdah pun tetap nampak cantik walaupun tk nmpk dalaman.

Posted in Artis, Isu Semasa - Tagged Akhil Hayy, surat khabar, waheeda

Imam Muda datang surau semalam

Aug26
2010
5 Comments Written by Sekilas

Al-kisahnya…..

Semalam rasa malas-malas je nak gi terawih. sebab seblum buka tu rasa lemau kemain. tapi dah buka, mandi bagai baru terasa segar. tapi gerak lewat sket ke surau. selalu sebelum azan Isyak aku dah tercongok dalam surau tu. tapi kali ni, bila dah azan baru aku gerak dari rumah. ala macam entry aku yang lepas…surau jalan kaki je.

lepas Isyak…baru la terawih kan…kat surau rumah aku buat lapan rakaat je. so, lepas empat rakaan stop kejap sebab ade tazkirah. time ni la baru tahu ada imam muda datang surau. hihi….bukan imam muda yang menang kat rancangan realiti tu. Ini penuntut dari Arab Saudi..dia baru je balik Malaysia semalam. dan surau rumah aku tu adalah surau pertama dia datang untuk ziarah. cewah..dah macam YB plak.

Dengar suara dah macam umur 29-30 tahun. rasa macam suara ustaz2 kat tv atau yang bagi khutbah ari Jumaat tu la. Tazkirahnya seronok jugak dengar.  ada satu part tu katanay ” Jangan jadi hamba kepada bulan Ramadhan, tapi jadi hamba kepada Allah swt.”

Kenapa dia akta gitu? sebab selalu orang kita ni, asal bulan Ramadhan je kang ada la ayat-ayat gini kuar :

“Issh, rasa tak elok la pulak nak ngata orang bulan puasa ni. nanti lain kali la aku cerita kat ko”

“Slumber je dia potong kereta aku tak bagi signal, nasib baik bulan puasa. kot tak aku dah mencarut tadi dah”

dan sebagainya..maknanya bila datang je bulan Ramadhan kita kononnya takmo mengata, mengumpat, lebih banyak bersabar dan sebagainya. mereka-meraka ini termasuk aku kadang-kadang menjadikan bulan Ramadhan sebagai alasan. bukan nya kita nak kata macam ni,

“Issh, tak nak la aku mengata orang, nanti Allah marah pulak”

“Nasib baiklah Allah menuntut kita bersabar, kalau tak aku dah maki-maki orang tu”

contoh jela kan…hihi..memandai je aku. tapi betul kan apa imam muda tu kata.

Mak yang dok dengar Tazkirah minta diri nak pi minum air kat luar. dahaga la konon. rupanya dalam dahaga ada niat lain mak keluar. nak pi jenguk siapakah gerangan imam yang datang dari arab saudi tu. hahaha..

masuk-masuk mak kata umur dia baru 22 tahun, mukanya lawa. hahaha…aik mak. excited lebih nampak!

Aku ni duk dengar suara jela kan sebab tirai antara lelaki dan perempuan terlindung lah . tak nampak sape jadi imam, ustaz mana bagi tazkirah dan sebagainya.

Jadi lepas terawih, aku pun kuar terus dari suaru. tak join la moreh ni. perut dah kenyang. mak ada tadarus plak. jadi dia balik lambat. time aku nak sarung selipar. aku terperasan sorang lelaki. pakai jubah pakai ketayap. ada janggut sikit-sikit. aku ingat sape.

tapi ada 2 orang makcik yang sangat excited duk borak dengna lelaki itu..maka aku sahkan lelaki itu adalah imam muda itu tadi. fewwitt…muka lawa mak! =)

disebabkan dalam surau tu tak ramai anak dara yang excited, jadi mak-mak lah duk borak ngan imam muda tu. makcik teringin buat menantu la tu kan. imam muda tu ada pengajian lagi 3 tahun setengah. bulan 9 lepas raya nanti baru dia dan 13 orang pelajar lain gi sana balik. adalah jugak dia cerita nama universiti dia tapi aku lupa.

katanya, sape nak bayar zakat kat dia pun boleh…sebab dia masih belajar. dia kata kalau dia mintak kat pusat zakat, banyak prosedur dan dapat duitnya lambat. katanya, tak semestinya bayar zakat pada amil jek. boleh terus beri pada mereka yang layak…

begitulah kisahnya…seronok dengar dia bagi tazkirah semalam..seronok lagi makcik-makcik dok borak dengan dia. itu aku tak tahu la tu mak turut sama excited ke tak. sebab aku dah balik dulu..hehehe..

okeylah..itu sahaja untuk entry kali ini.

sekilas : rancangan imam muda aku tak pernah tengok pun. huhuhu

Posted in Kisah-kisah itu, me - Tagged arab saudi, imam muda, tazkirah

duit raya RM500 untuk petugas awam dan pesara

Aug25
2010
8 Comments Written by Sekilas

wah…ghayo sakan la ekau sumo…dapek duit ghayo!

hurm..berita baru updet ni ha. den pun duk baca kat paper online ni… kato Najib duit dari Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 akan diborikan pado petugas awam dan pesaro dari gred 1 – 54. sebelum 1 syawal dapek la korang…

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

sumber :  sini

aku? aku kojo gomen? takdo yo…kojo swasta…

bos takmo bagi duit ghayo ke kat esei ni ha…??

kalau bagi la kan..memang murah rozoki la company tompek den kojo ni. hihi…fuh fuh! bagi la bagi la…haha dah macam jampi serapah pulak.

sekilas : memang tak cukup gaji den nak buek ghayo ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info - Tagged duit raya, kerajaan, pesara, petugas awam dapat duit raya
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress