Aku pasti, mesti ada di antara kita yang masih tak faham tentang perbezaan visitors yang tertera dalam analitik yang disediakan di laman web Nuffnang.
Mungkin aku boleh jelaskan secara slow dan bergaya untuk korang Nuffnangers yang kacak dan jelita.sebelum itu sila lihat analitik aku yang tak sehebat En. Eyriqazz , Puan Sumijelly, mahupun otai-otai yang lain. *saje je sebut dua orang ni, sebab dorang tengah berlatih nak pilih model dan jadi model.* hahaha….

okey sila lihat tanpa meperlekehkan visitor kat blog aku ye. aku sedar blog aku tidak popular, tapi apa yang penting, kepuasan aku sendiri dalam berblogging. bukan sekadar nak capai hit yang tinggi, tapi memang hobi aku. baiklah, ini sekadar penerangan supaya korang paham, aku pun paham.
ini adalah statistik untuk hari ini 30 Julai 2010 setakat jam 10 pagi. mari aku terangkan dulu maksud-maksud yang ada dalam box tu.
Hour : Merupakan permulaan jam statistik kita, iaitu 12 tengah malam (0:00)
Views : berapa kali orang masuk blog kita.macam hit la.
Uniques : berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru. ini dikatakan unique visitors.
tak paham lagik?
okey mari kita katakan pada jam …
12 malam : Mansor, Jamal, Rokiah masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques )
1 pagi : Azhar, Najib, dan Suraya masuk blog kita ( ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)
2 pagi : Mansor dan Najib datang balik blog kita (so…ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)
3 pagi : Suraya , harun dan latifah datang pulak. (so….suraya dah datang tadi, tak kira uniques kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan 6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)
pastu jam-jam seterusnya pun jadi macam itu…korang faham tak? kalau aku salah dalam menerangkan tentang unique visitors dalam Nuffnang ni, mungkin korang boleh betulkan. aku kan budak baru belajar. =)
sekilas : sebab tu views aku kekadang banyak, sebab mesti kakak aku je masuk blog aku. hahahaha.






salam ziarah….terima kasih sebab bagi penerangan yang ringkas dan padat….
@ceritasekupang, sama2…
pergh..banyak gler trafic. famous2.
@aidi-safuan, haha….perli ni aidi ni. datang slalu eh jadi visitor tetap kat sini tau.
@Sekilas, huhu… blog nih ganass la. takut nak baca.
hehehehe..akhirnya baru aku faham..thx dude!
No problem. Time ni aku pun baru paham apa beza view dan unique. Search jugak kat blog2 org lain.
waa..dh phm..thanx ye
Kalau kita sendiri view page kita sendiri… dikira sama dak?
kalau page sendiri tak dikira…
thanks utk penerangan ini..