hahaha….mendung berarak mengiringi kabus di waktu pagi dan akhirnya hujannnnnnnnnnnnnnn….yeah! boleh tidur… hohoho…tido la sangat nopa oii. kat tempat kerja kot.
okey2…ape ni cerita pasal SALT ni. bukan ke kuar panggung 29 Julai 2010. haa..tu maknanya ape. aku dapat invitation dari Nuffnang tengok premier la apa lagi. thanks to Nuffnang kerana sudi bagi tiket free dan dapat tengok awal dari orang lain. so jangan jeles eh. walaupun entri aku tak terpilih, tapi ada sorang awek yang terpilih. aku tak tahu apa nama blog dia, tapi namanya Nadrah. betul tak? aku sempat tengok email dia jela. itu pun staff Nuffnang bagitahu. hoho…
aku datang kemain awal, tapi akhirnya beratur dah panjang dah. maunya tidak, sebab pikir terlalu awal dalam 630 kitorang sampai. takdelah jauh sangat dari bukit jalil nak ke Mid Valley tu. ingat kena tempuh jem lagi. tapi rupanya sekejap je dah sampai. haha..aku pergi dengan bestie, Mdm June. husband dia hantar kat ofis aku, then kitorang gerak ke Mid Valley menaiki kancil turbo ku. wakakaka..
konon bajet datang awal, kitorang pergi makan la dulu.. makan dan makan..nak tahu ape kitorang makan.

*aku tak ingat apa nama kedai ni. tapi kat midvalley la*
Lepas makan barula dapat tengok movie SALT. dapat seat K9 & K10. nampak macam jauh, tapi okeyla sebab panggung dia besar kan. so takdela rasa dekat sangat dengan screen. huhuhu…
mari kita mulakan cerita ini dengan sinopsis ringkas ciptaan aku.
Sinopsis :
Evelyn Salt adalah seorang wanita cantik! pewiitt! jadi dia dah kawen dengan orang Jerman, namanya Mike, seorang peminat labah-labah.. Salt ni pernah dituduh sebagai perisik kat Korea dulu. Jadi cerita ini dimulakan dia ingin menyambut ulangtahun perkahwinan dia. Salt seorang agen CIA. tiba-tiba ade orang datang konon nak bagi info kat CIA ni. Salt kira nak soal siasat la. tapi tak pasal-pasal Salt ni pula dituduh sebagai perisik Rusia yang nak bunuh presiden Rusia. Jadi Salt melarikan diri dalam usaha membersihkan namanya sebagai tertuduh. disamping itu juga dia begitu risaukan suami dia yang tercinta. sayang tau dia kat suami. Jadi agent Peabody ngan Winter ni (rakan setugas dia) dok buru Salt ni la. sebab bila Salt lari, lagila dorang syak kan…tapi sebagai penonton kita mesti nak backing Salt ni sebab dia cun. hahaha…
Oke…lebih kurang gitu la sinopsis dia. haha…sekian terima kasih!
sebenarnya aku tak mahu cerita panjang movie ni pasal ape. nanti tak surprise. sebab aku pun surprise dengan plot cerita ni. hoho…mari kita cerita apa yang menarik dan tidak menarik dalam movie ini.

sumber : sini
menarik :
- lakonan Angelina sebagai Evelyn Salt memang best. aku rasa nak curi je bibir dia yang menggoda tu. opss! im not lesbo okey. saya ada My Cinta! yehaa…
- Semangat sayangkan suami itu begitu menebal di dalam diri Salt. kerana hobi Mike adalah mengkaji tentang labah-labah. jadi, korang akan nampak Salt selamatkan labah-labah milik Mike untuk dibawa lari bersama.
- Aksi lompat melompat dia memang bahaya. dari atas jambatan pi terjun atas lori kontena, terjun atas lori tangki, pastu rembat motor orang. pergh! slumber jerk.
- pengarah berjaya twistkan cerita ni dengan cemerlang sekali sehinggakan aku memang tertipu.
- Salt jadi lelaki memang menjadi. hoho…
- tiada adegan seks. bagus ape. barula fokus tengok action movie.

sumber : sini
Tidak menarik :
- ada beberapa babak yang nampak sangat camera trick.
- aksi Angelina Jolie tak berapa ‘kick’
- Salt tu dah sepatutnya injured dah. patah kaki ke..patah tangan ker. dah berapa kali dah dia duk jatuh-terjun-jatuh terjun. sihat walafiat je. paling tidak pun, muka jela cedera. apa barang! hoho..tak logik.
- Mike mati. kesian kat Salt. *emosi*
- ending dah best, tapi tergantung…maknanya akan ada Salt 2…waaaa…kenapakah? presiden Amerika kan ade jadi saksi, dia leh bagitahu sape sebenarnya yang jahat! ..takpe tunggu jela salt 2. hoho..
baik itu saje review tak best dari aku. dan ia bukan lah review ilmiah yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar filem. aku pun dah lupa camne nak wat review ilmiah. hoho…
sekian terima kasihan.
sekilas : tapi aku tetap kata cerita ni best!






sebab ko kata best, maka aku akan p tengok…:) btw hang makan apa weh roti besaq ke tu? hahahah sibuk jer..
@Kancilbiru, haha…aku je kate best. mana tau orang len kate tak best. bek ko pi review dulu. kang ko mrh aku lak.
itu mushroom soup da..letak dalam roti. huhu
ALA…mati pulak laki dia…isk3…
@ReD, laki dia mati. tapi tak sedih, cuma terkilan. camne tu..hahaha
@Sekilas, hahah…sebab bukan laki hang…itu pasal tkilan je;huhu
huhuhu..pegi xajak pown..waaa..xmo kawan
@akii ahmad, hihi…nanti kite tengok ong bak k…kite tak tgk agi kan. :p
yeahhhh..aku dpt tgk..jgn jeles en akii..huhu
@sWEeT S*J,
weeek..aku da tgk ong bak dah walaupon xbape bez..yg penting dinner ktorg lebih RM100 mlm td..huhu..botak2..
Angelina ni kan tomb rider..mestilah power dia berlawan iye dak
@fndrocka, yup. suke bile tengok dia bawa watak aksi. memang menjadi.