Selalu-selalu kita tengok seseorang itu untuk menceburkan diri di dalam industri seni kerana melihat kepada bakatnya. tapi selalu jugak kita tengok penyanyi yang suara macam katak, tapi sebab ada muka cantik/hensem dia jadi penyanyi. Lakonan macam haram, tapi jadi pelakon.
Sekarang, orang pasti akan memilih paras rupa dan memandang bakatnya di tempat kedua kerana paras rupa mampu memikat hati tidak kira lelaki atau perempuan.
Tapi pernahkah anda terfikir, menjadi pengemis juga mampu membuat anda popular?
Lihat sahaja di China, seorang pengemis yang merayau-rayau di kawasan NINGBO telah menjadi kaya sekelip mata kerana gambarnya telah tersebar di Internet. Seorang jurugambar amatur telah mengambil cheng guorong yang merayau di bandar tersebut.
Dah ler selekeh, rambut panjang, tapi orang ni kata dia mempunyai wajah yang kacak. jadi sebab tu la ramai wanita-wanita tergoda. pastu tak pasal menjadi simbol seks di kalangan pengguna internet. jangan tak tahu dah ada pengarah nak ambil dia berlakon. hohoho…takleh cari makan la pelakon lain. janji jangan celen Jackie Chan sudah. hero kegemaran ramai tu. =P
nak tengok camne muka pengemis yang hensem ni? bukan aku cakap la….dorang yang cakap.

ensem ke? huhuhu…
sumber : Kosmo
Lepas ni kalau agak-agak muka ko jambu, cun melecun…cuba try jadi pengemis kat tepi jalan. gerenti nanti ada yang prasan. ‘eh dia ni lawa ni, meh amik gambar siar kat internet.’ pastu kompom ada sutradara berminat nak amik ko berlakon. hahaha….nak tahu lebih lanjut pi baca sendiri berita tu. kuikuikui…
sekilas : orang lain susah payah casting, dia sonang je glamer. =) rezeki dia la tu.





