• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

aku ada benda nak cerita ni.

Jul13
2010
6 Comments Written by Sekilas

Maaflah, seharian tak update blog. sebab ape? ha..sebab ade kerja di ofis. so, lebih mesra alam melayan facebook berbanding blog ini. korang pun nak tak ndak je datang. mood nak update pun semakin mundur. hoho..alasan lagik! jangan beri perlbagai alasan. kalau malas tu katakan je malas. tapi, kalau boleh katakan tidak kepada malas! haha..macam katakan tidak pada rokok la kan. eh, kempen plak yer.

Okey…mari kita mulakan cerita aku ini dengan…..Pada suatu malam.

1…2….3…

Pada suatu malam yang lalu…..ketika suasana kelam lagi suram, aku masih lagi berada di pejabat. jam di tangan menunjukkan angka 8 malam. oh masih muda kata orang. Tapi bagi pekerja yang sepatutnya boleh pulang awal, ia tidak lah kategori malam masih muda. tapi tidak mengapa. aku pun tiada apa yang ingin dikejarkan di rumah. rutin harianku tetap sama seperti selalu. menonton TV jaranglah sekali lantaran si ibu telah menerajui tv tersebut dengan jayanya. maka tiada chance la anak bongsunya ini melihat cerita kegemaran di HBO mahu pun AXN.

keadaan sunyi sepi di dalam pejabat itu. Aku resah gelisah. Ku lihat suhu aircond 16 darjah celcius. tapi, terasa bahang seluruh badan. takkan aircond dah rosak kot! patut takde orang ni la segala kesejukan itu datang pada aku kan. ini terasa bahang pulak. ye…pejabat sunyi kerana tiada orang. tapi telinga ku tidak sunyi kerana mendengar lagu yang ntah apa-apa ntah. semakin rancak semakin galak aku melayari internet. ini tak boleh jadi, aku menukar lagu-lagu yang lebih baik untuk didengar. zikir-zikir memuji nama Allah lebih baik bukan?

tengah syiok melayari internet, tiba-tiba hang pulak laptop tu. haissh..kacau betul la. Dengan kening berkerut, aku bercadang untuk pulang sahaja. tapi bos dan staf lain belum balik makan lagi. kenapa aku risau dorang tak balik pulak kan. macam aku tak boleh balik kalau dorang tak masuk pejabat semula. oh yer..sebenarnya aku malas nak kuncikan alarm kat pejabat tuh. hoho…kalau buka, no problem. tapi nak kunci balik…alahai, macam tak confident jerk. >>> tengok masih dengan alasa. cit poodaahh!

aku shut down laptop yang berskinkan merah jambu di atasnya. aku kemas kertas yang berselerak menandakan aku sibuk pemalas. kemudian, aku mencari kunci kereta di dalam beg yang dah ghope poket doraemon dah. macam-macam khazanah ada dalam beg. lagi besar, lagi banyak la benda mengarut aku sumbat. dapat kunci kereta, aku matikan aircond sambil berkata dalam hati, ‘baik guna kipas jer’ hoho…

mematikan lampu. kemudia mengeluarkan pas dari dalam beg. aku buka pintu dan memasukkan no keselamatan pada pintu. tertutup sudah pintu…pintu hatiku. eh…nyanyi lagu Agnes Monica plak. dah la awek tu cun. aku menyarung kasut tumit yang dah dimamah usia. menekan lif untuk dibuka.

Ting! bunyi lif sampai di tingkat 3 di mana aku sedang menunggu. masuk dalam lif, aku teringat kunci kereta tadi. aku cari-cari dalam beg. pintu lif sudah tertutup.  tapi aku masih mencari kunci…oh, mesti tinggal kat dalam pejabat tadi. baru nak tekan butang ‘open’ lif itu turun. berhenti di tingkat bawah sekali. takde orang. mungkin lif lambat turun, jadi orang tu nek tangga kot. aku biarkan lif tertutup. baru aku nak tekan tingkat 3…lif sudah naik. terus menuju tingkat 3. aik…suspen dah ni! tak tekan lagi ni dah naik tingkat 3. situ ada pejabat aku jer. orang pun takde, sape plak yang tekan. aku duduk je dalam lif. menelan air liur. melihat dulu dengan jelingan manja.

aku langkahkan kaki kanan dengan bacaan Bismillah. terkumat kamit mulut membaca apa-apa yang patut. aku terpandang di depan pintu, kunci kereta ku. oh..lega, takyah masuk pejabat balik. jadi, aku capai kunci kereta tu…tiba-tiba tangan ku di sentuh oleh seseorang.

“pergi mana ni?” aku toleh perlahan-lahan ke arah seseorang itu.

“akak nak pergi toilet ni tau. kunci tak bawa.” kata kakak tersebut.

siapa ni? soal aku dalam hati. aku tak kenal pun. dia kenal aku ke?

“Kenapa diam?” soal kakak tu kepada aku. memangla aku diam, tak kenal. kang cakap kang malu.

“err…ni pejabat akak ke?” soal aku balik.

“Lar…apa ke soalan ko tanya akak ni? akak kan keje sekali ngan kau.” ah sudah! lagi suspen ni…setahu aku ader 2 orang je staff pompuan. aku dan isteri majikan ku.

“yeke? kenapa saya tak perasan akak?” tanyaku berpura-pura lagi. takut pulak orang ni ade niat lain.

“memang la…sebab….sebab….”

aku menanti jawapan kakak tu. sebab ape pulak aku leh tak perasan ni? soal aku kebodohan sendiri.

“Sebab ape eh? akak pun tak kenal kau sebenarnya. ni bukan pejabat Star Regent ke?” soal akak tu.

aku dah pening. giler ape akak ni. “entahlah kak, saya pun tak tahu. saya cleaner je kat sini. tadi bos saya yang suh saya naik amek kunci kereta dia tercicir” jawab aku dalam keadaan binggung.

Kakak tu tengok aku semacam. Apa hal la kakak ni. telefon berdering. yang pasti bukan ringtone aku. Kakak tu keluarkan henpon dia yang kaler pink.ololo..cantik nya. “Helo..ha…apa? ” begitula lebih kurang.

kakak tu letak tepon. dia pandang aku lagi. macam nak telan orang. dia datang dekat dengan aku. aku undur dan undur. dia pegang bahu aku dan berkata ;

“dik, sorrylah. akak salah pejabat la. baru sehari akak keje kat sini. tadi kawan akak call, dia tunggu akak tak sampai-sampai” muka akak tu kemerahan. hohoho………..salah pejabat rupanya! kakak tu pun terus turun menggunakan tangga. ala 3 tingkat je pun. malu sangat la kot.

tapi persoalannya…macam mana aku leh tak perasan dia waktu keluar lif dan macam mana lif tadi leh bergerak dengan sendirinya tanpa di tekan tingkat berapa?? misteri nusantara…………………..

sekian terima kasih.

*cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia.

sekilas : haha..takde idea nak tulih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • Selamat Hari Blues!
  • Terima Kasih Bos!
  • Aku rasa zaman ‘gawat’ dah datang
  • Filem : Penunggu Istana | Pandangan aku
  • Maafkan aku =(
Posted in me, merapu - Tagged kerja, kisah seram
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
← mana menghilang?
kegusaran di hati →

6 Comments

  1. Khairi's Gravatar Khairi
    13/07/2010 at 9:15 pm | Permalink

    haha. kelakar betul. ingatkan ada hantu tadi

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      13/07/2010 at 9:32 pm | Permalink

      @Khairi, cerita spontan yang keluar dari kepalaku ini. tak tahu nak updet entry psl ape. ketandusan idea la skrg.

      Reply
  2. hanif's Gravatar hanif
    13/07/2010 at 9:52 pm | Permalink

    haha..mengelabah je akak tu..rpanye slah pejabat

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      14/07/2010 at 12:59 pm | Permalink

      @hanif, haha….kakak tu memang gelabah. kuang3..

      Reply
  3. zik's Gravatar zik
    14/07/2010 at 12:34 am | Permalink

    hehe.. rupanya.. salah da..

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      14/07/2010 at 1:00 pm | Permalink

      @zik, tau takpe..sape yang malu…akak jugak kan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress