• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Monthly archives for July, 2010

Kecoh betul kejadian di padang MPAJ

Jul31
2010
1 Comment Written by Sekilas

Ramai giler orang datang tengok. ada yang menjerit. ada yang hilang duit. ada yang tak larat jalan. ada yang duduk berkumpul bersama-sama. ada yang tengok dari kejauhan. kebanyakan dari mereka adalah jiran tetangga aku kat sini sebab memang dekat dengan tempat kejadian.

kejadian yang mungkin orang-orang sekitar sini sahaja yanga tahu atau mungkin 3 pandan sahaja yang tahu…pandan indah, pandan jaya, dan kampung pandan. mungkin!

Ramai orang sebab ada karnival di padang MPAJ. :) untuk belia kalau tak silap aku. berlangsung dari semalam sampai la Ahad iaitu esok.

Ada yang menjerit sebab ade orang duk main kugiran kat pentas MPAJ tuh.

Yang hilang duit, dorang tak kisah pun sebab tempat hulang tu kat tuan-tuan kedai makan kat situ. nasib baik aku tak pergi. kot tak hilang jugak duit aku kat situ. hihihi…macam-macam nak di belinya.

yang tak larat jalan tu yang dah makan macam-macam la.

yang duk berkumpul tu kebanyakkannya macik-macik yang nak tengok persembahan kat situ. duduk la bergosip-gosip di bawah khemah-khemah yang disediakan.

Aku memang tak tengok-tengok pun lagi. mak aku dah 2-3 kali jugaklah berjalan kaki ke karnival tu. dekat je pun. dari rumah aku ni dengar jugaklah pancaragam dorang tu. macma-macam lagu dah dimainkan. suara penyanyi tu pun aku dengar sedap je. tapi tak tahu la sape.

Hari ni Cik Norfa bangun pukul 10 pagi. hohoho…pas smyang subuh tadi, booom tido balik. bangun pagi dah rasa lapar. terus capai tuala mandi manda di bilik air. dah dress up segala bagai..cewah! macam nak pegi mana je. padahal menuju ke dapur…masak nasi. dan mulakan aktiviti memasak. hoho…lapar punya pasal terus dengan aktiviti memasak. takde lagi dah sarapan pagi.

Menu hari ini ialah Ikan bilis dan kentang goreng kicap (Julie selalu buat resepi ini) mak suh bubuh cili api. aku? ..MALAS. hahaha….pastu, masak sayur sawi. dan membakar ikan kembung. nyum3 sedapnya. tapi sorryla…aku lupa amik gambar. sebab lepas masak kelaparan terus makan. haha..tidak tunggu ibu bapa dah. jahat kan aku. kebetulan mak masak lemak sayur ape tah namanya. aku pun lupa dah. buh petai. buh serai, eii..time ni aku lupa. nanti aku tanya mak aku. mak nak buat sedekah kat jiran-jiran. jadi lauk tambahan dari mak. dan mak buat air asam untuk cicah ikan bakarku itu.

Lepas makan baru kemas rumah. boleh? kemas dapur sapu ruang tamu. okey siap! masa untuk blogwalking..yeah!! tak kuasa aku nak gi padang MPAJ tu. kalau ade Fahrin Ahmad takpe gak. hahaha…

Tadi My Cinta ajak shopping baju raya. huhu…bajet sudah lari sikit. abis bayar itu ini..tinggal bape hinggit je kat aku untuk hidup. nasib baik bulan puasa. tapi puasa-puasa pun nak kena gak tu membeli belahan barang masak untuk berbuka kan. harap-harap dapatlah aku survive.

Jadinya tunggu la gaji akan datang untukku membeli belahan lagi. kalau takde baju raya pun aku tak kisah pun. banyak je lagi baju aku yang aku memang jarang pakai. no sweat bebeh! tapi kalau ade orang nak banje..aku terima jek! hihi…weh! puasa dulu oit….menunggu bulan puasa lebih penting  dari segalanya.

sekilas : blogwalking time!

Posted in cinta, family, me - Tagged cuti, karnival, memasak, MPAJ

Nuffnang : Apakah beza View + Unique Visitor

Jul30
2010
11 Comments Written by Sekilas

Aku pasti, mesti ada di antara kita yang masih tak faham tentang perbezaan visitors yang tertera dalam analitik yang disediakan di laman web Nuffnang.

Mungkin aku boleh jelaskan secara slow dan bergaya untuk korang Nuffnangers yang kacak dan jelita.sebelum itu sila lihat analitik aku yang tak sehebat En. Eyriqazz , Puan Sumijelly, mahupun otai-otai yang lain. *saje je sebut dua orang ni, sebab dorang tengah berlatih nak pilih model dan jadi model.* hahaha….

okey sila lihat tanpa meperlekehkan visitor kat blog aku ye. aku sedar blog aku tidak popular, tapi apa yang penting, kepuasan aku sendiri dalam berblogging. bukan sekadar nak capai hit yang tinggi, tapi memang hobi aku. baiklah,  ini sekadar penerangan supaya korang paham, aku pun paham.

ini adalah statistik untuk hari ini 30 Julai 2010 setakat jam 10 pagi. mari aku terangkan dulu maksud-maksud yang ada dalam box tu.

Hour : Merupakan permulaan jam statistik kita, iaitu 12 tengah malam (0:00)

Views : berapa kali orang masuk blog kita.macam hit la.

Uniques : berapa orang yang masuk blog kita menggunakan IP address yang baru. ini dikatakan unique visitors.

tak paham lagik?

okey mari kita katakan pada jam …

12 malam : Mansor, Jamal, Rokiah masuk blog kita. (maknanya ada 3 View dan 3 Uniques )

1 pagi : Azhar, Najib, dan Suraya masuk blog kita ( ada 3 views dan 3 uniques + dengan kat atas tu = 6 views dan 6 uniques)

2 pagi : Mansor dan Najib datang balik blog kita (so…ada 2 views tapi uniques tak dikira sebab dorang dah datang tadikan. jadi 6 views + 2 views = 8 views dan 6 uniques)

3 pagi : Suraya , harun dan latifah datang pulak. (so….suraya dah datang tadi, tak kira uniques kira views je. maknanya ada 3 views dan 2 uniques. jadi, 8 views + 3 Views dan  6 uniques + 2 uniques = 11 views dan 8 Uniques)

pastu jam-jam seterusnya pun jadi macam itu…korang faham tak? kalau aku salah dalam menerangkan tentang unique visitors dalam Nuffnang ni, mungkin korang boleh betulkan. aku kan budak baru belajar. =)

sekilas : sebab tu views aku kekadang banyak, sebab mesti kakak aku je masuk blog aku. hahahaha.

Posted in info, Nuffnang - Tagged analitik nuffnang, perbezaan, unique visitors, view visitors

Drama TV3 : Pengakhiran Ilusi

Jul30
2010
2 Comments Written by Sekilas

Siapa yang selalu tengok cerita Drama slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama ni dah pun menemui pengkahirannya. aku takdelah terpacak depan tv jam 6.30 petang. tapi selalunya aku cuma tengok dekat TV3 online sahaja. hoho…maklum ler, 6.30 kekadang ada akt ofis lagi, dan kadang-kadang dalam kereta lagi. mana nak dan tengok cerita tu. lainla akak aku sumijelly tu yang terkejar-kejar nak balik awal semata-mata Benci Bilang Cinta dia tu. tak kuasa aku!

Okey, semalam rasanya episod terakhirkan? aku tengok online dah episod 23. so kira last episod la tu kan.

Ulasan aku :

Mula-mula tengok cerita tu best. first episod yang aku pernah cerita dulu. Lepas tu aku tengok dan tengok nak tahu aper terjadi. cerita jadi complicated. plot dia semakin rumit nak buat penonton faham.

Watak Rizal yang sebenarnya memang berkomplot dengan ayah dia, macam innocent. Mula-mula nak kesiankan Rizal, tapi akhirnya Rizal yang jahat. Tapi dia macam tak tahu apa-apa, dengan ayah dia, dia marah sebab ayah dia bergaduh dengan Tok Man la. dengan Liza la. tapi last-last dia sendiri yang nak sakiti Liza.

Pastu tak pasal-pasal Rizal gila. dan Dr Imran tu plak naik syok dengan Liza.

senang cerita ending dia tak best, tak mengancam, tak masyukkkk hohoo…dan tak logik! sekian terima kasihan.

sekilas : apa-apa pun pelakon utama ensem dan cantik! :)

Posted in drama bersiri - Tagged drama ilusi, ilusi, ilusi tv3

Nuffnang : kenapa dengan bintang saya?

Jul29
2010
6 Comments Written by Sekilas

Aku tak tahu camne rating bintang yang kat dalam site kita tu diambil kira. sepatutnya kita ade 3 section kan iaitu Leaderboard, Skycraper, dan Large Rectangle. tapi entah mengapa, aku hanya ada 2 section je rating bintang tu.

adakah kerana kedudukan Large Rectangle aku itu dikira salah untuk diletakkan iklan. hohoho.. eniwan can help me tak? i really-really bingung la. lama dah aku tunggu ada satu bintang pun okela. ini takde bintang langsung. apakah yang terjadi wahai en. Nuffnang?

sekilas : BE aku sudah kurang. :(

Posted in info, me, Nuffnang - Tagged Buffered Earning, unit ads

Review : Ong Bak 3

Jul29
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

seperti yang aku bagitahu. aku dah tengok Ong Bak 3 bersama My Cinta. jadi marilah sama-sama kita mengetahui apakah yang terdapat dalam filem ini yang aku nanti-nantikan sejak aku melihat trailer nya di merata tempat.


Sinopsis :

Ong Bak 3 adalah kesinambungan filem terdahulunya Ong Bak dan Ong Bak 2. aku pernah review pasal Ong Bak 2. korang boleh klik kat link tersebut untuk mengetahui aku suka filem tu dan tak sabar nak tengok yang ketiga ni. waktu last scene dalam Ong Bak 2 aku ingat Tien mati. jadi filem ketiga ini banyak mengisahkan penderitaan Tien yang menjadi mangsa belasahan daripada orang-orang Tuan Rajasena. Dia kan nak balas dendam kat raja tu sebab pembunuh upahannya bunuh ahli keluarga Tien. sekarang ade pulak musuh baru Rajasena iaitu Crow Demon. Dia tu pun ada niat nak rampas kuasa Rajasena. Lepas kena belasah teruk, Tien diselamatkan dan memulihkan dirinya di perkampunga Arokaya. Kat sini Tien jumpa girlfriend dia balik. Sementara Rajasena telah dibunuh oleh Crow Demon, kuasa pemerintahan berada di bawah Crow Demon. Crow Demon telah menyebabkan kematian di perkampungan dan mereka yang hidup dijadikan hamba abdi termasuk girlfriend Tien ni. Kesudahannya..hero tetap menang!

okey aku malas nak cerita panjang pasal sinopsis dia. sebab aku sendiri tak berapa nak faham plot cerita ni yang bercampur aduk sampaikan aku tak tahu mana satu flashback atau pun kisah semasa yang sedang berlaku. siap dalam wayang tu terus aku cakap kat My Cinta, “ape ni, tak faham la”

Apa yang menarik :

- seperti biasa aksi berlawan dari Tien memang mengancam. begitu juga aksi dari Crow Demon.

- aku suke watak Crow Demon. buruk, jahat. dan buat aku menyampah dan geli. haha..

- Filem ini mempertaruhkan satu sisi pertarungan melalui gerak tari Khon yang lengkap dengan gerakan karakter jin, monyet dan protagonis.

- props dalam filem ni bagusla. kat perkampungan tu, time kena bakar semua tu. it’s real la memang ade orang bakar. pastu yang gajah batu tu tiba-tiba macam jadi hidup tu. okela..aku nampak smart jugak la.


Apa yang tak menarik :

- Plot cerita tah apa-apa tah. buat aku tak faham. orang lain aku tak tahu la faham ke tak? tapi kejap flashback, kejap macam ada bayangan. entah la..pening aku! kalau korang faham bagusla. aku tak.

- tak konsisten. waktu Tien nak pulihkan diri, berlatih sorang-sorang kejap ade jambang, kejap takde jambang. kalau ye pun nak buat konon-konon dia dah bercukur. tunjuk la sket dia berehat ke ape ke. ini asik berlatih jer, mestila kita ingat dia berlatih tanpa henti. so, takde kesinambungan.

- banyak yang tak logik. Tien dah kena belasah teruk-teruk, dah lunyai la kata orang. kene hentak kat dada, muka, sampai kepala lutut pun kena hentam dengan tukul. kalau betul-betul dah pecah tau kepala lutut tu, dah takleh bangun. tangan kena ketuk lagi, bukan perlahan kuat. itu mahu retak atau patah terus. tapi Dia masih hidup dengna jayanya walaupun keadaan dia lemah giler. tak mampos-mampos jugak.

- time yang sepatutnya Tien kena pancung, tetiba ada perutusan cakap Tien tu milik raja dia. tah ape-ape tah. itu adalah salah satu jalan camne penulis skrip ni nak lepaskan Tien dari mati. tapi memang tak logik. tiba-tiba jerk datang perutusan tu.

- di penghujung babak, ada plak vision dari Tien konon-konon girlfriend dia mati dan dia berlawan sampai kan dia kena bunuh sendiri dengan Crow Demon. aku suka scene ni. tapi itu cuma bayangan dia! kenapa dia tak buat realitinya Tien mesti mati…aku suka je bila crow Demon senang-senang bunuh dia. simple! tapi sayang itu cuma bayangan.

- Gajah-gajah yang dikeluarkan tak membantu langsung, melainkan babak akhir Crow Demon tu mati kena gading gajah tu. macam siut jerk..

- pelakon-pelakon extra yakni, orang-orang jahat yang serang Tien, kena hempuk sekali dua dah tak larat atau mampus terus. tapi Tien yang awal babak tu kene belasah kaw-kaw macam belacan boleh hidup lagi. tak logik!

banyak pulak yang aku tak suka dalam filem ni. senang cerita, pada aku filem ni tak best! aku bagi 2/5. dua tu pun sebab ada aksi sikit jerk. My Cinta pun kata citer ni tak best! hoho…

sekilas : expectation daku jauh sekali terhadap filem ni.

Posted in movie - Tagged Ong Bak 2, Ong Bak 3, sinopsis Ong Bak 3, Tony Jaa

Machine Charger for Handphone

Jul29
2010
8 Comments Written by Sekilas

Last night, i went to the Sunway Pyramid to watch Ong Bak 3. Tengah jalan-jalan pi cari kedai makan yang sesuai dengan perut yang ‘sebu’ — My Cinta gelakkan aku when i said ‘sebu’. he asked me back, ‘Apa tu sebu? tepu ke?’ sabar jela yang oii..

oke…iklan plak. tengah jalan-jalan tu kitorang terberhenti sekejap melihat satu machine kat situ…

Sila abaikan lelaki kacak yang sedang berdiri itu. dia mahu tumpang glamer sekejap. haha…kitorang terpandang Lucky Charger. hoho…machine ni untuk charge bateri. masuk duit dan leh charge dalam 5 – 20 minit.

aku tak ingat bayaran dia berapa? tapi murahlah. kadang-kadang time emergency bateri abis, berguna jugaklah machine ni nak charge sekejap kan. betul tak? kalau pi kedai mau dia charge rm10 untuk 30 minit. huhu…rugi je duit. dan rugi masa. nama pun emergency kan.

so aku fikir semua shopping mall shud have this machine too. memudahkan orang-orang macam aku yang sentiasa kehabisan bateri sebab terlalu popular di hubungi ramai wartawan. *sila muntah*padahal henpon dah tahap baling hanjing dah asik problem jerk. hoho…

sekilas : nak beli la machine ni, pastu buat bisnes..hehe

Posted in cinta, info, me - Tagged shopping mall, sunway pyramid

Tips dan cara membuat syabu

Jul29
2010
1 Comment Written by Sekilas

Jangan main-main, kat blog aku ada tips dan cara-cara nak buat syabu…haa…sebab sekarang ni, aku rasa ramai orang yang nak jadi kaya cepat, nak mati cepat, nak kena hukum cepat-cepat. sebab tu ramai yang duk cari-cari tips dan cara nak buat syabu ni.

ape…?? korang tak caya?  korang ni suka tau tak percaya cakap aku. aku cakap betul la ni. kalau tak kenapa ada orang yang sibuk-sibuk search pasal cara nak buat syabu. ada bukti la..cakap kosong tak main la…hoho..

haa…tak percaya lagi. itu keyword nak ke blog aku yer. sila percaya. kalau keyword ni tipu, maknanya sistem site stats dari Nuffnang la tipu. tapi…aku percaya, Nuffnang tidak akan menipu kite. hihi…i percaya Nuffnang dan i like Nuffnang oke. sila kira ada berapa Nuffnang yang aku dah taip. hoho…mongok nopa ni.

ade ke patut pi search cara-cara nak buat syabu? aiyoo..aku fikir kalau ade polis dah tangkap dah itu orang. sah-sah kalau kita nak jual syabu tu pun tak boleh, nak amik syabu masuk dalam badan pun tak boleh..kejadahnya orang nak upload., cara-cara membuat syabu? giler ke ape?

tapi yang pentingnya dulu kes Benjy dulu dia ada cara-cara membuat syabu yang disimpan dalam pendrive. dia dah download dari internet. nama artikel tu ialah ‘The Secrets of Methamphetamine Manufacture’ so sebenarnya memang ada. tapi bukan dari website Malaysia la. maybe dari luar negara. korang leh baca entri ini untuk ingat balik kes benjy dan pendrive dia tu. huhu..so pasni search keyowrd itu plak eh…korang mesti dapat apa korang nak. tapi bukan dari blog ini..hoho..

sekilas : blog aku paling glamer, kek coklat. hihi

Posted in info, masyarakat, Nuffnang - Tagged benjy, Benjy hisap dadah, dadah, keyword, surat khabar, syabu, zamani ambil dadah

Stupid thieves and robbers!!

Jul28
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Mostly, thieves and robbers are smart as they will do lots of research and study about the targeted environment before their action. However, some are just too stupid and deserved to be caught, haha …

sekilas : tak boleh tahan yang tolak pintu tak boleh tu, padahal pintu tu tarik. hahaha

Posted in lawak - Tagged pencuri, penjenayah, perompak

Do you add your boss as a friend at Facebook?

Jul28
2010
6 Comments Written by Sekilas

Let’s be Friend

credit : here
sekilas : aku pun belum add boss lagi kat FB. takut ar. hoho
Posted in me - Tagged boss, facebook, kerja

English Section : in – at – on (Time & Date)

Jul28
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Preposition Use – in / at / on – prepositions of time and date

IN

Use ‘in’ months and years and periods of time:

  • in January
  • in 1978
  • in the twenties

Use ‘in’ a period of time in the future:

  • in a few weeks
  • in a couple of days

AT

Use ‘at’ with precise time:

  • at six o’clock
  • at 10.30
  • at two p.m.

ON

Use ‘on’ with days of the week:

  • on Monday
  • on Fridays

Use ‘on’ with specific calendar days:

  • on Christmas day
  • on October 22nd

IMPORTANT NOTES!

in the morning / afternoon / evening – at night

We say in the morning, afternoon or evening BUT we say ‘at night’

By Kenneth Beare, About.com Guide

sekilas : i have to sleep at night. ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in english - Tagged at, in, on, Preposition Use
« Older Entries

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 5 Bulan sebelum
  • Hari Kejadian
  • 4 Bulan Sebelum

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress