Selain daripada berita kekalahan England pada malam semalam ke atas German dengan keputusan 4-1. Pasti berita dimuka hadapan akhbar kali ini berkenaan seorang lelaki yang terjun bangunan dan maut kerana lelaki terbabit telah memukul rakan serumah abangnya.

Video terjun bangunan tu pun dapat dilihat di buletin utama semalam. dan kalau ada yang terlepas mungkin boleh ke laman web tv3.com.my untuk melihat berita lepas. mak aku menjeritla tengok lelaki tu jatuh dari bangunan tu.

Apa lagi kisah di dada akhbar hari ini yang mungkin menarik perhatian korang. Seorang wanita berusia 21 tahun, telah menjadi pelacur kerana dikatakan itu adalah saka turun temurun yang perlu dilaksanakan olehnya. Paling best, mak dia la yang suruh anak dia jadi pelacur sebab dia sendiri pelacur sebelum ditimpa sakit. Aku tak tahu ape la yang dia belajar kat sekolah sampai boleh terpengaruh dengan kenyataan saka tuh.
macam-macam la pulak kisahnya…Lagi pasal Victoria dan Beckham yang akan mengakhiri perkahwinan dorang. aku pun tak tahu sebenarnya dorang akan berpisah. ye ye je aritu buat entry pasal beckham..tapi harap-harap itu adalah khabar angin jela ye. dorang kan cocok gitu. anak dah tiga. apa lagi mau kan..
al-kisahnya lagi pasal Putera Willam, kerabat di raja tu..haa…kecian dia kan. nak keluar rumah ngn gelpren pun kena menyamar. pastu lupa plak dia tak bawa wang tunai, terpaksa suh gelpren bayarkan. tapi akhirnya kantoi jugak orang kenal dia kat situ. kalau dah glamer tu takleh wat ape la kan. lagi-lagi awak tu putera kerabat diraja. masih belum berkahwin..hai ramaila gadis2 diluar yang gilakan awak ye william.
semua sumber berita aku baca di METRO. sila la layari untuk lebih lanjut. aku ni buat summary jer..hehe..
sekilas : menunggu masa berlalu dengan tenang.





