Ini adalah tajuk akhbar hari ini. aku takde nak komen sangat dengan cinta maya ni. al maklumlah, sejak menggunakan internet dan zaman-zaman chatting waktu sekolah lagi aku tak pernah rasa mengenali seseorang melalui internet adalah satu langkah yang bijak untuk mencari pasangan. dulu-dulu guna MiRC yang ader Kampung, Mamak DLL.
Waktu guna MiRC dulu lagi susah nak kenal orang, setakak bual2 maya, tanya A/S/L. istilah ni untuk pnggemar chatting pasti tahu. dulu pun aku tak tahu jugak pejadahnye tu. tapi yang tak tahu nak tahu, itu adalah short form untuk Age, Sex, Live.
Tapi kisahnye dengan 2 orang mangsa yang kene tipu dengan seorang wanita bernama Sal Sailani ni, rasa macam sengal jugak. Macam mana lelaki -lelaki ini boleh terpedaya, tertipu, tergoda dengan Sal ni sampai leh masukkan duit dalam akaun orang tu. Mereka tak pernah berjumpa dan sekadar berhubung melalui internet je.
petikan berita :
Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya.
Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan.
Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi.
“Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta.
“Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya,” katanya di sini, semalam.
sumber : Metro
Zaman dulu-dulu kalau tertipu tu takpela…main redah jer, takde gambar. jumpa-jumpa pendek, debab DLL. bila dah up sket…skrang ni, letak gambar cun-cun, hensem-hensem…tapi sedar tak tu semua gambar palsu. bila jumpa tak macam dalam gambar.
Macam tu pun boleh berlaku, jadi kenapa pulak 2 orang lelaki ini yang konon namanya Suresh dan Jaya ni bebal sangat pi masuk duit kat pompuan yang tak pernah jumpa…dengan alasan, jatuh hati kepadanya sebab pompuan tu pandai main kata. yeke?
hurm, aku ingat pompuan tu pakai bomoh ikut internet tak? hahaha….well, sama-samalah kita berhati-hati dengan stranger ni. jangan bersangka baik pada awal perkenalan. jangan terpedaya jika melibatkan jumlah wang. JANGAN! terutama kaum hawa ni. orang lelaki dorang cuma hilang harta dan duit. orang pompuan ni, hilang kehormatan diri tau, boleh jadi ada plak benih…boleh jadi sampai kes bunuh. siapa lebih dalam bahaya sekarang?
semoga kisah ini akan mendapat iktibar…sama-sama kita menjaga diri dan akhlak.
sekilas : eh, dah macam bagi tazkirah plak..






kene berhati2 dlm dunia siber ni..byk dah kot kes2 mcm ni..sabar je lakn..
hahaha..kite kenal cane dlu ek..lalalala
@akii ahmad, entah…syhhh!! sy tak pernah cerita kat orang tau.
heheheheeeeeeeeeee