Semalam merupakan episod pertama drama Ilusi yang ditayangkan di TV3 di slot Akasia pada jam 6.30 petang – 7.30 malam. Secara tak sengaja aku tonton drama ni. aku tak tahu pulak itu episod pertama. al maklumlah, aku ni jarang tengok tv. sebab cuti semalam, jadi berkesempatan jugaklah aku tengok tv.

setakat episod pertama ni, aku rasa ia cerita yang menarik. hurm, sampai buntang jugaklah biji mata aku ni nak fokus tengok citer tu smlm. hehe…
episod pertama semalam mengisahkan tentang Lyza yang bertemu dengan Shahril di perpustakaan. detik pertemuan pertama di kolej tu telah mengeratkan hubungan mereka sebagai sahabat. Lyza juga ade sorang lagi kawan nama dia Rizal. so 3 orang ni macam best friend la. dari zaman universiti sampai la dah kerja. Lyza memang sukakan Shahril. Rizal pulak sukakan Lyza. kira cinta bersegi2 la ni. pastu macam Rizal kasi can la kat Shahril, kira berkorban la cintanya untuk sahabat sendiri. huhuhu…Lyza ni ade satu kelebihan dapat mengetahu sesuatu kejadian sebelum ia terjadi. Rizal plak boleh tahu waktu jam walaupun tak tengok jam. kira macam ade kuasa penentang penjahat…ceh, aku tipu je.
lakonan Diana Rafar dan Ashraff nampak bagus. takdelah macam baca skrip sangat kan. aku suke je dorang dalam drama ni.
kalau cerita sinopsis penuh baca seperti di bawah :
Tiada sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan? Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat. Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.
Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal. Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.
Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Rizal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza. Kebaikan Rizal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman. Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.
Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya? Saksikan Ilusi di TV3.
sekilas : apa lagi…balik keje awal…dan tengok Akasia 6.30 petang – 7.30 petang.






ye la tu..smpai x blh gerak la ko tgk cite ni..
@sWEeT S*J, hahaha…patut aku tka gerak2..episod satu tuh. =)
abis tu episod seterusnya ko dah tgk blm..drama bape episod tu..