Tiap-tiap orang dari kita ni ada nasib yang berbeza-beza. Ada yang bernasib baik, ada yang tidak…ada yang hidupnya gembira, ada yang muram.
Keadaan dan orang sekeliling kita juga berbeza. Ada yang mempunyai keluarga bahagia, ada yang kehilangan keluarga, ada yang mempunyai keluarga tapi tidak bahagia.

Yang nyatanya bila bicara soal keluarga, aku bersyukur sebab aku ader keluarga yang serba melengkapi diri aku. ade mak, ayah, abang dan kakak. kecuali adik la..sebab aku anak last kan kan kan. *sila jangan dengki dengan anak bongsu oke*
Aku bersyukur sebab adik beradik aku tidak menyombong, tidak ‘ganas’, tidak derhaka pada ibu bapanya dan segala macam perkara baik. walaupun tidak sempurna mana hidup keluarga ini yang mana ada naik turunnya rasa gembira dan sedih. namun, ia tetap kegembiraan kerana aku tidak berada di tempat orang lain yang mungkin sedang berduka melihat nasib diri dan keluarganya.
Jika kau seorang kakak atau abang…yang mana adiknya berada di dalam keadaan yang kusut dan tertekan..perlu ke kita menambahkan tekanan pada adik sendiri. Baru-baru ini seorang teman menghadiri majlis perkahwinan sepupunya, entah di mana silap salah dan dosanya..dia dituduh merampas suami sepupunya sendiri di majlis perkahwinan itu. walhal, jumpa baru 2 kali, bertegur sapa pun tidak. bayangkan seluruh ahli keluarga sepupunya itu menuduh, memaki dan sebagainya. siapa yang menuduh, seorang nenek yang digelar warga emas dan patut memperbanyakkan ibadah di saat-saat ini. Semoga Allah membalas semula segala fitnah yang dilemparkan itu. tapi di mana adik beradiknya yang sepatutnya menyebelahi adiknya. tiada. malah kakak sendiri memaki adik sendiri dengan statement “perampas suami orang”.

Apa daya seorang adik yang baru berusia 20 tahun dengan kakak yang usianya 26 tahun (juga aku kira mentah lagi sebab dia pun tak kawen lagi). apelagi abang yang sering meminta-minta duit hasil titik peluhnya bekerja.
Bila ayahnya sakit, semua beban diletakkan di bahu adiknya yang baru sahaja berhenti kerja. duit simpanan abis dikeluarkan untuk biayai pembedahan si ayah. abang dan kakak lepas tangan begitu sahaja.
aku hanya mampu mendengar wahai teman. tapi jika ku berada di tempatmu, aku tak duduk diam membiarkan diri dihina dan diseksa. harus bangkit. sebab itu sudah menjadi sifatku. bukan diri aku untuk diperlekehkan hanya kerana aku seorang perempuan dan masih muda di mata masyarakat.
aku ingat ini cerita dalam drama. tapi itulah hakikat yang jadi di dunia. ada insan yang mengalami nasib begini di dalam keluarga. kata teman itu, “di satu sudut lain aku fikir, ini kerja Tuhan.” yer..kerja Tuhan untuk menguji hambaNya.
tiada kerja. dibebani hutang ayah. dibebani fitnah saudara sendiri. dibelenggu dengan nasib diri. tiada kawan yang dapat membantu. kata orang “saat senang semuanya kawan, saat susah tiada satu pun mengaku kawan”
doa aku, semoga temanku ini dipermudahkan urusannya di dunia ini, diringankan beban yang ditanggung seorang diri. dan dikurniakan seorang pasangan yang sudi membimbing dan menghulurkan bantuan di saat genting ini. Amin. Allah itu Maha Mengetahui bukan?
sekilas : kerna itu aku bersyukur dikurniakan abang2 dan kakak2 yang baik.





