Salam Jumaat…
sape yang jadikan isu ni pasal bahasa Inggeris ni? memang itu bahasa pertama dunia. kiranya dengan menguasai bahasa Inggeris ia mampu memberikan anda keselesaan apabila berdepan dengan pelbagai situasi.
Tapi adakah anda kelihatan sangat hina + kurang cerdik jika tidak pandai berbahasa Inggeris? perlu ke antara kita ni nak kutuk-kutuk, perli memerli, ejek segala bagai pada orang yang tak pandai berbahasa Inggeris?
Kalau yang cuba-cuba berbahasa Inggeris, tapi masih tak sempurna dalam erti kata tunggang langgang grammar tah ke mana, sebutan pun dah macam-macam…perlu ke kita gelak ketawa kan dia?
Setiap dari kita ni masih lagi dalam proses pembelajaran. kalau seseorang tu tak pandai berbahasa Inggeris tak bererti orang itu tak cerdik. aku mengaku aku pun tak pandai berbahasa Inggeris dengan lancarnya yang macam sesetengah orang yang lebih selesa speaking 24 jam dalam hidup dia. dan aku juga takde lah nak rasa seseorang itu berlagak dengan berbahasa Inggeris 24 jam. itu kelebihan yang dia ada.
jangan pula pada yang tak reti berbahasa Inggeris kita perli dia sebab cakap tak betul, tapi still nak berlagak speaking english…sekurang-kurangnya dia mencuba…
dan jangan pulak pada yang fasih dan lancar berbahasa Inggeris kita kata dia berlagak..sikit-sikit nak speaking. dengan sesama Melayu pun nak speaking. Asalkan dia tak lupa bahasa Melayu tak jadi masalah kan?
Jangan kerana berbahasa Inggeris ini menjadi isu…
Aku ade perasan, sesetengah blog menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, itu cara dia agar blog dia bukan sahaja orang Melayu yang baca, tapi pelbagai bangsa yang memahaminya. itu bahasa dunia kan…
ade juga blog yang campur-campur bahasa Melayu dan bahasa Inggeris..tak salah..sebab ia mampu untuk meransang pembaca lain mempelajari sikit-sikit bahasa Inggeris dan mungkin juga pada tuan blog tersebut.
ade yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya sebab mereka lebih selesa berbuat demikian.
pilihan sentiasa ada…jangan kerana isu itu kita sewenang-wenangnya mencipta dosa kerana memperkatakan tentang hal orang lain. oh ye..kalau kita dah berkata-kata tu, jangan pulak ego untuk meminta maaf….dan tak salah kalau menegur pun demi untuk kebaikan. =)
manusia itukan punya kelemahan masing-masing. mungkin ini salah satu darinya.
sekilas : love peace no war!






biasalah salah pronounce atau grammar…orang inggeris sendiri pun ada gak salah bahasa…
@Fitrihadi.com, betul tu. tapi tahu jela mentaliti orang skarang ni. sikit2 nak perli2.
dah lama jugak x speaking english ni
mst tunggang langgang jugak
uwuwuw~
@ery farieha, hurm post blog bahasa Melayu speenuhnya? ape kata satu hari buat je entry bahasa inggeris. tak slh pon nak cuba kan.
Interesting post !.. saya pun kurang fasih gak dalam bahasa Inggeris tapi masih gak cuba untuk menulis dlm bahasa tersebut. Yang penting kita mencuba kan? Blog saya pun menggunakan bahasa rojak dan malas nak peduli apa orang kata. Kalau kita tak belajar masakan nak pandai.
Apa ada bahasa kalau perangai tak seindah bahasa.. hehe betul ker yang saya tulis ni? hihi.. apa2 pun jangan menghina orang lain. Thanks for sharing
happy blogging ^_^
@Safiena, sama je kita. nanti kita buat hari berbahasa inggeris untuk blogger.hehehe…
wahh header jelita..kagum sih…
@Kancilbiru, header je la jelita kan kan …huhu..member aku yg editkan header ni gunu potocop.
when i blog, i like merapu-rapu. lately i can’t sleep bikos mai mind keep thinking-thinking wat tu blog. is it a disease? plis help me. if not, i go dai.
amacam bersepah tak english? wahaha
@Sky0ne, hahaha….bukan je bersepah, tapi macam hampeh! saba jela.
@Sekilas, hahaha…eh, mcm mana nak letak gamba kat tepi nama aku tu? kasi tutorial sket!
@Sky0ne, ceh apa da…akak aku ade wat tutorial.
http://sumijelly.com/?s=gravatar
@Sekilas, ooo dah bace…tenkiu…heheh…maklumla, aku yang niubi..ahaks
@Sky0ne, pewwiitt..ade gambar la..hahaha
@Sekilas, fewwiitt jugak!! *sambil kebil-kebil mata buat muka inesen* wahaha
aku ngan my honey n anak2 pun pkai basa rojak..
masing2 paham sendiri la…
@sWEeT S*J, yup…rojak buah pun sodap gak.
pegi mampos la bahasa inggeris. belom ada yg mati xpandai bahasa inggeris. lgpun bukan bahasa inggeris yang bg kito makan ye tak?
@zura firdaus, hahaha..itu juga da betulnya.
setuju…..memang perangai org kita, bukan nak bagi support, kutuk adelah …3rd class mentaliti hahaha, english kalau tak di praktis camner nak fluent …biasalah silap tu
@etomyam, 3rd class tu..hehehe tu la kena praktis selalu.
love peace no war!! hahaha..
@akii ahmad, eh eh..apesal gelak eh?
mmg sodap..bunyi basa dia pun sodap…layan jo…