Cekik bayi hingga mati
Oleh Junaidi Ladjana
KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.
KEJAM…mayat bayi perempuan cukup sifat dicekik ibunya sendiri sebelum ditanam secara sembunyi.“Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya.
Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.
Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya.
Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk.
Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya.
Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil.
“Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
Ngoi la ibu kepada bayi ini…kasihan bayi yang tak berdosa tu. apesal la pi cekik bayi tu. kalao takmo pun bagi le kat orang kan. yang bestnya wanita berkenaan berusia 33 tahun tau. kalau budak2 remaja tu nampak sangat la bebalnya tak reti nak pikir. ini dah 33 tahun..alahai!
ingatkan dah takde lagi kes buang bayi macam ni. rupanya ade jugak. sedih kan. orang lain berhempas pulas nak dapat anak. eh, macam aku dah kawen pulak. takpe kepada mereka yang masih menanti zuriat, Allah akan berikan jua satu hari nanti…sabar adalah kunci kejayaan. huhuhu kena tak kata-kata tu dengan kes ni. ngeee~~
okey, pasni jangan ade kuar berita buang bayi lagi ek.






Boleh sakit jiwa bila baca berita pasal nih!
@Khairi, sabar..kang kena masuk hospital sakit jiwa plak. lagi susah.
YA ALLAH KAU berikn lah balasan setimpal kepada ibu bapa yg mmbuang bayi mereka dgn kejam..AMIN…….