Aku sebenarnya tak tahu nak updet ape kat blog…tapi memandangkan ade gambar-gamabr yang boleh di buat cerita, jadi mari kite bercerita.
Hari tu time aku pergi rumah akak aku kat Kuala Lipis, aku request kat dia suh buat kek hari jadi untuk anak buah aku Diyanah. maka, seharianlah sudahnya kerja akak aku pada hari Sabtu tu asik menguli tepung jek..huhuhu..sebab dia bukan sahaja buat kek, tapi buat pizza, buat roti sosej dan lain-lain. tu yang duk ngadap tepung jerk.
Buat punye buat…akhirnya siaplah sudah kek hari jadi buatan kakak aku sendiri. dia kata untuk buat kek besar dia tak belajar lagi kat cekgu. ini main buat jer ni..ikut dan jerk…

Menjadi jugaklah kek ni kan..cantik tak…aku pun tolong jugak buat. tolong sapukan krim atas kek tu, tapi comot lah, pastu aku suh akak aku sambung. letak coklat cip tu…kek ni perisa oren. sodap weyh…kalau akak aku dah betul2 belajar buat kek macam ni, nanti boleh lah korang tempah yer.
selain dari kek besar, akak aku buat cupcake juga, kek span dan macam2 lagila dia dah belajar. ade rezeki nanti dia nak buka kedai. InsyaAllah…aku doakan berjaya lah hendaknya.
Oke..aku nak ucapkan happy birthday untuk Nur Diyanah Zahirah. dah lama dah pun besday dia, tapi baru nak update…semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup. Amin.

Sebelah kiri tu Diyanah, sebelah kanan tu adik dia Qaisarah.
p/s : gambar gelap, malas nak edit.
sekilas : nanti nak suh akak aku wat besday kek aku plak..hehe. okey bayar la..hahaha






huhu..aku smpt rasa kek ni..mmg best