hehe…berita baik buat peserta-peserta contest sekilass.com top 20.. :) haha..pdahal memang 20 orang ngam2 je yang join contest tu kan. thanks semua.

Dengan ini aku ingin beritahu korang. hadiah-hadiah untuk pemenang sudah diposkan!! di ulangi SUDAH DIPOSKAN. Memang betul-betul aku bagi kat tangan abang posmen yang kacak tuh. *pengsan jap*

Betul memang kacak abang posmen tu. hehe…

Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah menunggu pejabat pos buka…Semalam tidur lewat tau sebab nak bungkus hadiah korang semua. :P Ade ke Skyone ingat aku tak tidur jiwa kacau. tolong sket…balut hadiah la…lupa la tu aku cakap aku tengah balut hadiah.


Pastu aku terfikir apekah cenderahati yang bakal korang miliki dari aku. surprise!! cenderahati ini hanya untuk 16 peserta yang memiliki bookmark semata-mata. tapi cenderahati aku tu ade 15 jerk…so, akan ada seorang yang tak akan dapat. sorry guys..hari dah malam, aku tak sempat nak keluar pi kedai beli lain. :( sedih plak rasa. Kira aku masuk je semua dalam sampul..so siapa tak dapat tu jangan kecik hati eh..sebab aku bagi bookmark lebih kat ko.

Dan untuk 3 orang peserta yang mendapat hadiah utama tu..

Asya

Anin

IbuEmir

Tahniah! harap-harap sampai la yer. Begitu juga saguhati dari saya untuk Kak Nida.. :) thanks semua.aku guna pos biasa jer. bajet takde la kakak2 dan adik2 sekalian..

Update : aku terlupa inform, seorang je lagi yang tak berikan alamat pada aku iaitu InaSepi. Even dia dah bagi email terangkan keadaan sebenar pun, aku masih tak menerima alamat dari dia. nanti bagi ye cik kak. :) sebab anda seorang sahaja yang saya tak poskan lagi bookmark tu.

Nasib baik aku cepat siapkan semua hadiah2 tu sebelum nak pi letak kat peti pos tu..Maunye tidak..kat rumah takde gam, jadi kat situ la baru nak tepek alamat, setem semua bagai. cepat2 pi kat peti pos tapi tak jadi letak dlm peti tu sebab abang kacak dah nak collet semua surat. Itu yang terus bagi kat tangan dia..takde masa dah nak masuk dalam peti pos tu. terima kasih abang posmen yang kacak. hahaha..jeles nanti My Cinta. Jangan risau sayang…awak lagi kacak dari dia. *time sayang semua indah kan?*

Okeylah hari ni kene follow bos pergi meeting kat Maybank. Malam semalam lagi bos dah call bagitahu suh study ape yang patut. Time to study yo…

sekilas : indahnya kata pabila bicara.

7 Responses to “Berita baik :)”

Leave a Reply