• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for June, 2010

apa entri yang dikatakan berilmiah?

Jun29
2010
1 Comment Written by Sekilas

dulu sewaktu aku belajar di UiTM, Pensyarah selalu bising-bising mahukan satu ulasan filem yang berilmiah. Ramai kawan-kawan yang menghantar assigment telah di ‘reject’ oleh para pensyarah ini. aku termasuk daripadanya.ulasan filem satu muka surat pun tulis merapu. paling femes sekali semua nak cerita pasal konti, pemilihan pelakon, lighting, dan kamera. memang itu ilmiah..tapi mereka yang tak belajar filem juga rasanya boleh mengulas seperti itu. aku faham kehendak pensyarah itu. tapi, aku memang tak pandai mengulas. haha…

setahun sudah aku meninggalkan alam universiti. aku sudah lama tidak mengulas filem secara ilmiah. sudah lama tidak mencari quatation yang berguna untuk dibahaskan bersama kawan-kawan. lama juga aku tidak menyentuh aspek-aspek teknikal. dulu waktu masih belajar, kalau menonton wayang, kami bukan sahaja melihat jalan cerita. kami tengok lighting, tengok pergerakan kamea, tengok konti pelakon, tengok letak duduk pelakon, metafora, dan sebagainya.

kalau dulunya arwah Dr. Anuar Rai mengajar, sekecil-kecil benda di dalam filem pun dia masih boleh kaji dan menyatakan ia bersebab di adakan di dalam filem. contohnya babak seorang lelaki minum air dan gelasnya diletakkan di atas meja. persoalan yang akan dikaji, kenapa gelas tersebut diletak di atas meja di bahagian tengah-tengah. pasti bersebab. mula la pelbagai idea kreatif pelajar-pelajar akan keluar…sedangkan pengarah takde nak bawa maksud apa-apa pun. dah takde tempat nak letak, letak jela..kebetulan plak pelakon letak kat tengah2..ye tak? kalau korang apa yang korang fikir? hurm..bergantung jugak pada jalan cerita.

kadang-kadang idea akan diterima, kadang-kadang ada juga pensyarah yang memperlekehkan kami pelajar-pelajar..idea tidak berkembang, tak ilmiah, budak sekolah pun boleh menjawab seperti itu dan sebagainya.

Sekarang ini, kalau aku tengok wayang, aku terus menghayati cerita dan beremosi tanpa memikirkan, pelakon itu memakai baju yang lain dalam babak yang sama, atau cahaya di bahagian mukanya gelap…tahu-tahu aku menangis sebab terlalu sedih heronya mati, atau mungkin gelak ketawa sekuat hati kerana lawaknya cerita itu.

itu bercerita tentang ulasan filem sewaktu aku belajar dulu. rasanya aku tak mampu untuk buat ulasan seperti itu sekaran ini. banyak aje terma-terma yang aku dah lupa. dan tokoh-tokoh filem berapa sangat yang boleh aku ingat. lagi pulak kerjaya aku sekarang tidak menggunakan istilah-istilah filem. huhuhu…semakin aku melupakan pengajian filem ku di universiti. aku kagum melihat kawan-kawan yang berada di dalam industri sebenar yang diimpikan. niat aku masih tak tercapai. dan mungkin jauh perginya dari diri aku ini.

bagaimana pula aku ingin membuat entri yang berilmiah di dalam blog aku ni? siapakah tokoh-tokoh yang perlu aku sebutkan. hurm, rasanya dalam blog bersifat peribadi ini juga tiada entri yang berilmiah. sekadar cakap-cakap kosong dari aku. kisah hidup, kisah cinta, kawan..melepaskankan rasa marah. geram. suka dan duka.  masih adakah pembaca yang ingin mengunjungi blog ini membaca kisah-kisah itu. atau mereka sebenarnya mahukan penulisan yang berilmiah yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

jika itu yang kalian cari, maaflah tiada di sini. aku tiada daya atau lebih kasarnya aku dah tak suka berfikir secara ilmiah. entah kenapa…otak ini tidak mahu belajar mengkaji di sekitar. mungkin perlukan latihan satu hari nanti agar kembali cergas. aku tidak mahu menjadi lembab dicampurkan dengan bodoh kerana tidak dapat berfikir secara kreatif. aku ingin maju kehadapan dan menjadi orang yang berjaya.

sekian sahaja entry yang sebenarnya tiada faedah!

sekilas : lihat..di manakah enrty yang berilmiah?

Posted in me, merapu - Tagged entry ilmiah, ilmiah, ulasan filem

Dah kompom dah kan cerai talak 3

Jun29
2010
3 Comments Written by Sekilas

mungkin cerita ni dah basi..dah lama..tak best lagi nak gembar gemburkan. tapi pedulik hapa aku kan. ko tak suke, toksah baca.. ini kisahnya pasal anne ngasri la ni. kalau korang ade tertengok terlihat buletin utama 25 June yang lalu, korang ader la terperasan pasal cerita dorang sikit. mahkamah dah sahkan Anne diceraikan talak tiga..rupanya dari tahun lepas lagi ko, dia dah ceraikan Anne..berturut2..jadi tiga la ye tak. bukannye sekali terus talak tiga.

Tapi kekejaman tu dirasai waktu anne sedang mengandung. alahai Anne. nengok ko dalam TV ceria jer. macam takde problem je kan. tapi di hati sape yang tahu kan anne. bawa-bawa bersabar. kira anne ni tabah la orangnye sebab mampu berdepan dengan orang ramai dalam keadaan tenang.


Tengokkan bekas laki dia tu Wafi, ape je yang ade kat muka dia. muram jer. ke muke dia dah memang cenggitu..tak reti nak senyum !! huhuhu tapi tengok anne, rilek, gelak ketawa riang. hidup perlu diteruskan. ingat dah kena cerai kita mati ke..tak mungkin la ye cik abang oii. wanita pun ade kudrat walaupun berapa kerat je.

Semoga Anne terus tabah dan dapat meneruskan kehidupan dengan gembira.

sekilas : nyampah plak kat Wafi tu..tapi tak baik membenci kan. =)

Posted in Artis, Isu Semasa - Tagged Anne Bercerai, Anne Ngasri, cerai talak 3, perkahwinan

Bagaimana sekiranya kita disuruh berpindah?

Jun28
2010
7 Comments Written by Sekilas

err…macam mana eh? aku tak sangka pulak persoalan ni menjadi rumit. sehinggakan ade antara pembaca aku yang search benda alah macam ni…pastu link kat aku la. aku takde la cerita pasal pindah-pindah ni. tapi mungkin keyword dia ade sangkut paut, tu yang agaknya sangkut kat blog sekilas ni.

tapi yang bestnya..ader 3 kali orang search pasal ni..? apasal dorang suruh korang pindah? korang tak bayar sewa rumah ker? atau pun korang ni ade buat hal kat kawasan rumah tu? ataupun tuan rumah nak duduk rumah tu semula?

aku ni takdelah pengalaman dihalau tuan rumah or tuan rumah suh pindah. tapi waktu aku duk menyewa kat Resak dulu, ade jugaklah, tuan rumah bagi-bagi hint…”rasanya nanti, saya nak suruh anak buah saya duk sini sebab dia tengah cari rumah sekarang” …lebih kurang macam tu la. memang la dia kata anak buah kan. nampak la sket bukan dia nak duk rumah ni. walhal, dia dah takmo bagi orang sewa dah.

Alhamdulillah, sebab kami orang-orang pompuan kan jaga rumah. elok, bersih, kemas..jadi sambung jugaklah kontrak. dan rasanya sampai sekarang aku dah pindah..rumah tu masih disewakan. ade la kawan aku still duk situ lagik. bagus tuan rumah tu.

tapi yang korang ni ape kes? kena tanya betul2 la apesal korang kena pindah. kalau dah kena pindah tu, pandai-pandai la standby rumah baru. gheti-ghetikanlah diri tu mula mencari kan..takkan nak buat dunno jer kalau tuan rumah dah suh pindah. minta tempoh…bincang cara baik. kalau ader kontrak, pi selak balik kontrak korang. kot-kot leh guna waktu perbincangan. sebab kontrak ni kekadang ade tulis, kena bagitahu sebulan awal untuk pindah. sebab senang nanti korang nak cari rumah baru.

macam expert je aku ni kan. so, nak tanya lebih lanjut…leh tanya kat orang yang pakar. aku ni idok pakar. berdasarkan pengalaman jerk. semoga korang tak jadi pindah la yer.

sekilas : yang penting korang tak buat hal!

Posted in info - Tagged pengalaman, pindah rumah, rumah sewa, tuan rumah

berita semasa England – Beckham – Saka – maut – William

Jun28
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Selain daripada berita kekalahan England pada malam semalam ke atas German dengan keputusan 4-1. Pasti berita dimuka hadapan akhbar kali ini berkenaan seorang lelaki yang terjun bangunan dan maut kerana lelaki terbabit telah memukul rakan serumah abangnya.

Video terjun bangunan tu pun dapat dilihat di buletin utama semalam. dan kalau ada yang terlepas mungkin boleh ke laman web tv3.com.my untuk melihat berita lepas. mak aku menjeritla tengok lelaki tu jatuh dari bangunan tu.

Apa lagi kisah di dada akhbar hari ini yang mungkin menarik perhatian korang. Seorang wanita berusia 21 tahun, telah menjadi pelacur kerana dikatakan itu adalah saka turun temurun yang perlu dilaksanakan olehnya. Paling best, mak dia la yang suruh anak dia jadi pelacur sebab dia sendiri pelacur sebelum ditimpa sakit. Aku tak tahu ape la yang dia belajar kat sekolah sampai boleh terpengaruh dengan kenyataan saka tuh.

macam-macam la pulak kisahnya…Lagi pasal Victoria dan Beckham yang akan mengakhiri perkahwinan dorang. aku pun tak tahu sebenarnya dorang akan berpisah. ye ye je aritu buat entry pasal beckham..tapi harap-harap itu adalah khabar angin jela ye. dorang kan cocok gitu. anak dah tiga. apa lagi mau kan..

al-kisahnya lagi pasal Putera Willam, kerabat di raja tu..haa…kecian dia kan. nak keluar rumah ngn gelpren pun kena menyamar. pastu lupa plak dia tak bawa wang tunai, terpaksa suh gelpren bayarkan. tapi akhirnya kantoi jugak orang kenal dia kat situ. kalau dah glamer tu takleh wat ape la kan. lagi-lagi awak tu putera kerabat diraja. masih belum berkahwin..hai ramaila gadis2 diluar yang gilakan awak ye william.

semua sumber berita aku baca di METRO. sila la layari untuk lebih lanjut. aku ni buat summary jer..hehe..

sekilas : menunggu masa berlalu dengan tenang.

Posted in info, Isu Semasa, me - Tagged David BEckham, England, Putera William, saka, Victoria

Gara-gara bubur mekdi

Jun27
2010
7 Comments Written by Sekilas

haha..hari jumaat yang lepas, skyone begitu berlagak dengan aku sebab dia makan bubur mekdi. so, balik je kerja..aku dan sahabat mdm june telah singgah di mekdi cineleisure a.k.a eCurve untuk melantak bubur mekdi kegemaran skyone!! hehehe..

dan untuk tatapan mu wahai sahabat..ku lampirkan gambar ni spesel dari cineleisure…. =) nak tunggu kau bawa aku makan bubur mekdi, memang lambat tahap cipan la gamaknye..tapi aku tetap tuntut mekdi dari ko ngan anakperak...

sekilas : lambat plak masa berlalu untuk menerima gajiku.. =P

Posted in friends, me, merapu - Tagged bubur McDonald, Mc Donald

Roaster

Jun27
2010
4 Comments Written by Sekilas

baru balik dari anta mak gi keje. sebelum tu tadi makan kat rumah Kak ida (rumah balqis yang mak jaga dulu). on the way balik tadi…

mak : tadi umairah (anak buah aku) call mak. dia ajak datang rumah.

aku : kenapa?

mak : tah, sibuk dia suh tengok ‘roaster’ dia. Dia cakap, Wa (panggilan cucu kepada mak) datanglah rumah Umairah tengok ‘roaster’ Umairah ni.

aku : ‘roaster’?? ape tu?(dalam hati mungkin ingat toaster)

mak : ala…macam tikus tu. (sambil buat aksi dengan tangan lengoknye)

aku : roaster? tikus? ….(blur kejap)…oh hamster!!! hahahahaha….

mak : tah manalah mak tahu. mak dengar ter ter je….


aku gelak lagi…teringat cerita gigolo aritu…wakaka…

sekilas : selalu la mak ni salah cakap.

Posted in family, lawak, me - Tagged hamster, roaster

Cinta Palsu Kekasih Maya

Jun25
2010
4 Comments Written by Sekilas

Ini adalah tajuk akhbar hari ini. aku takde nak komen sangat dengan cinta maya ni. al maklumlah, sejak menggunakan internet dan zaman-zaman chatting waktu sekolah lagi aku tak pernah rasa mengenali seseorang melalui internet adalah satu langkah yang bijak untuk mencari pasangan. dulu-dulu guna MiRC yang ader Kampung, Mamak DLL.

Waktu guna MiRC dulu lagi susah nak kenal orang, setakak bual2 maya, tanya A/S/L. istilah ni untuk pnggemar chatting pasti tahu. dulu pun aku tak tahu jugak pejadahnye tu. tapi yang tak tahu nak tahu, itu adalah short form untuk Age, Sex, Live.

Tapi kisahnye dengan 2 orang mangsa yang kene tipu dengan seorang wanita bernama Sal Sailani ni, rasa macam sengal jugak. Macam mana lelaki -lelaki ini boleh terpedaya, tertipu, tergoda dengan Sal ni sampai leh masukkan duit dalam akaun orang tu. Mereka tak pernah berjumpa dan sekadar berhubung melalui internet je.

petikan berita :

Wanita terbabit dikatakan menggunakan laman sosial facebook memerangkap mangsa dengan kata-kata manja dan menggoda sebelum mula menceritakan masalah kewangan dihadapinya bagi mendapatkan simpati dan seterusnya bantuan daripada lelaki yang cintakannya.

Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Suresh, 28, berkata dia mula mengenali wanita terbabit melalui laman sosial berkenaan kira-kira enam bulan lalu yang menggunakan nama Sai Sailani, selepas wanita terbabit menjemputnya menjadi sahabat facebook dan mempelawanya untuk berkenalan.

Katanya, pada mulanya dia gembira kerana jika dilihat daripada gambar dilampirkan pada profil, wanita terbabit berperwatakan cantik dan seksi.

“Selepas beberapa minggu berkenalan, saya mula jatuh hati kepadanya yang begitu pandai bermain ayat cinta.

“Namun apabila diajak berjumpa, wanita terbabit memberi pelbagai alasan. Wanita berkenaan juga mula membuat cerita sedih kononnya dia kesempitan wang menjalankan perniagaan sehingga saya tertipu dengan memasukkan sejumlah wang ke akaun banknya,” katanya di sini, semalam.

sumber : Metro

Zaman dulu-dulu kalau tertipu tu takpela…main redah jer, takde gambar. jumpa-jumpa pendek, debab DLL. bila dah up sket…skrang ni, letak gambar cun-cun, hensem-hensem…tapi sedar tak tu semua gambar palsu.  bila jumpa tak macam dalam gambar.

Macam tu pun boleh berlaku, jadi kenapa pulak 2 orang lelaki ini yang konon namanya Suresh dan Jaya ni bebal sangat pi masuk duit kat pompuan yang tak pernah jumpa…dengan alasan, jatuh hati kepadanya sebab pompuan tu pandai main kata. yeke?

hurm, aku ingat pompuan tu pakai bomoh ikut internet tak? hahaha….well, sama-samalah kita berhati-hati dengan stranger ni. jangan bersangka baik pada awal perkenalan. jangan terpedaya jika melibatkan jumlah wang. JANGAN! terutama kaum hawa ni. orang lelaki dorang cuma hilang harta dan duit. orang pompuan ni, hilang kehormatan diri tau, boleh jadi ada plak benih…boleh jadi sampai kes bunuh. siapa lebih dalam bahaya sekarang?

semoga kisah ini akan mendapat iktibar…sama-sama kita menjaga diri dan akhlak.

sekilas : eh, dah macam bagi tazkirah plak..

Posted in Isu Semasa - Tagged cinta siber, penipuan, surat khabar

Semua cakap pasal bola…so?

Jun24
2010
6 Comments Written by Sekilas

so…what? haha…

aku baru sedar hari ini aku tak menghupdet sebarang entry. kemungkinan besar Nuffnang tak sayang aku adalah tinggi kerana tidak rajin menghupdet blog. oh jangan risau sayangku Nuffnang, aku takkan lupakan blog ini dan dirimu yang ingin menempatkan iklan-iklan comel di sini. rasanya BE aku macam tak bergerak je earning tu. kenapa wahai Nuffnang? apa silapku?

okey2..aku takde story sangat hari ini, sebabnya aku leka duk buat satu content untuk laman web kePINTARan..orang genius je boleh buat..okey aku tipu! sebab aku tak genius. staff lain kat SL ni memang genius. aku baru nak merangkak-rangkak lagi. nak guna potocop pun tak reti. tu la dulu Satilah ajar ko main-main nopa.

Berbalik pada tajuk etnry, rasanya ramai duk cerita pasal bola kat blog. pi blog A kutuk-kutuk pasukan bla bla bla..pastu gi blog B kutuk pasukan bla bla bla..gi blog C duk puji pasukan bla bla bla…blog aku takde citer pasal welkap kan? hahaha…blog aku blog wanita yang tidak gemarkan bola sepak.

tapi kalau namanya WORLD CUP…atau di melayukan CAWAN DUNIA…dunia okey, takkan aku tak mahu amek tahu kan. ketinggalan dan rasa tak genius la plak tak amek tahu pasal bola. al maklumlah pasukan kegemaran Perancis sudah bungkus baju bawa balik negara sendiri. kalah kan..haisshh..takpe..masih boleh tukar pasukan..kali ni aku sokong..hurm…Belanda..boleh? eh Belanda masuk world cup tak.? kantoi..nampak sangat tak amek tahu kan. of course la…Belanda masuk kan..sebab-sebab suke Belanda kerana warna jersey dorang ORen…haha..takde kaitan. okey skarang sokong Belanda yer..

ini dia keputusan untuk perlawanan yang baru sahaja lepas…dan lihat jadual untuk perlawanan akan datang. say gol untuk Belanda saya yer…mana ayam belanda aku ni ek…

sekilas : durian belanda?

Posted in Isu Semasa, me - Tagged Belanda, bola, Perancis, piala dunia, world cup

confirm! Polis sahkan itu Ariel Peterpan

Jun23
2010
7 Comments Written by Sekilas

sudah terang lagi bersuluh ye tak? kecoh pasal video lucah Ariel dan Luna yang kedua-duanya artis terkenal Indonesia. sampaikan si Skyone wat entry pengesahan sendiri. boleh baca sini. dia kata dia dah tengok video tuh. huhuhu…jahat kau tengok video lucah. hakhak…dosa tau!

sekarang polis Indonesia sudah mengesahkan memang Ariel dan Luna di dalam video tersebut. Ariel di tahan kerana melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah. oh kelasss betul ayat ni kan. hubungan suami isteri…tanpa nikah. di ulangi..hubungan suami isteri tanpa nikah. ayooo….apekah ini?

dia akan di soal siasat. kata polis tu, bukan Ariel aje..tapi sape2 pun kalau dah berzina di ketahui umum harus dikenakan hukuman. jika tak diketahui umum, maka boleh lagi disorokkan…eh..ade plak camtu ek..huhu saba jela. kalau video tu tak tersebar, kire ariel lepas la kan..

hurm…ini semua aku baca kat blog budiey..so credit to him. mari kite amek petikan berita itu sedikit.

JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.

selanjutnye : budiey

sekilas : moral of the story ape?

Posted in Artis, Isu Semasa, masyarakat - Tagged Ariel Peterpan, Luna Maya, video terlampau

7:27 minit buat tatapan peminat David Beckham

Jun23
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Minat David Beckham? minat Manchester United? Minat England?

bersempena dengan world cup kali ini, mari kita lihat glory2 David yang berjaya menjaringkan gol melalui free kick waktu perlawanan bola sepak yang lepas-lepas dan lepas…

caiyok Beckham..bertuah bini ko kan…ko pun bertuah gak dapat victoria tu.

loving couple! jangan curang ye Beckham…

meh kita layan free kick dari David Beckham!!

sekilas : santai…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, Isu Semasa - Tagged David BEckham, England, Manchester United, Victoria, world cup 2010
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Resepi : Kek Batik
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress