Akhirnya jatuh jugalah talak ke atas pelakon muda kita Anne Ngasri setelah naik turun mahkamah untuk menyelesaikan masalah rumahtangganya ini. 5 tahun usia perkahwinan mereka akhirnya terkubur jugak oleh masalah-masalah yang katanya terlalu peribadi untuk diceritakan. yelah..memang betul pun tindakan Anne untuk tidak membuka pekung di dada. Nak menunding jari ke arah orang lain jugak tidak adil kerana katanya kedua-dua pihak bersalah.
Anne tunai umrah lepas cerai
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
Feride.hikmet@kosmo.com.my
TIADA angin tiada ribut, kebahagiaan yang pernah dicipta pelakon manis, Anne Ngasri atau nama sebenarnya, Nasriah Ngasri dengan suami yang dinikahi sejak 2006 lalu, Abdul Wafi Hassan bertukar menjadi ribut kedukaan.
Pasangan low profile ini mengejutkan khalayak sekitar dua bulan lalu apabila mengesahkan mereka bercerai, namun selepas kes didengar di mahkamah minggu lalu, barulah Anne bersedia untuk membuka mulut berkongsi sedikit kisah perpisahan mereka.
Menjadi ibu tunggal kepada dua cahaya mata lelaki iaitu Abdul Warits dan Abdul Wafri, Anne yang kini baru berusia 25 reda dengan ketentuan Ilahi.
Malah dia sendiri mengaku, sedang mengandung empat bulan anak bekas suaminya itu. Tetapi benih yang ada di dalam rahimnya tidak mungkin diikat semula dengan ikatan rumah tangga kerana dia dan Wafi, 28 tahun, telah bercerai dengan talak tiga.
Sewaktu ditemui pada majlis perasmian dirinya sebagai duta produk Aleema, wajahnya tenang sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun, dalam hatinya, siapa yang tahu bila terpaksa berdepan dengan dugaan besar apabila mahligai perkahwinan yang dibinanya selama lima tahun diakhiri dengan penceraian.
Menurut Anne, setelah gagal mencari jalan penyelesaian, Anne telah memfailkan permohonan lafaz cerai pada 16 April lalu yang mendakwa suaminya ada melafazkan ‘Aku ceraikan kau Anne’ di kediaman mereka di Shah Alam pada pukul 11.20 pagi, 25 Mac lalu.
Pada Khamis lalu pula, Mahkamah Syariah telah menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula pengesahan lafaz cerai pasangan ini.
Walau kelihatan susut kerana alahan mengandung, Anne seperti biasa, Anne sentiasa memberikan senyuman manis kepada para wartawan serta teman-teman yang hadir bagi menjayakan majlis tersebut.
Sebelum menemubualnya, Anne terus berkata: “Kita borak begini lebih elok kan. Masa di mahkamah, saya memang tak boleh nak beri komen apa-apa. Pertama kali katakan, terasa gugup pula.”
Aku respect pada Anne kerana mampu menangani soalan-soalan daripada wartawan. Cuma sayangnya usia muda sudah ebrgelar janda. Anak pula dah nak masuk tiga. Katanya dicerai ketika dia sedang hamil. Lelaki oh lelaki. tidakkah mereka ini terfikir tentang masa depan anak-anak dan kehidupan seorang wanita untuk membesarkan mereka bersendirian.
Semoga Anne tabah menghadapi dugaan dan teruskanlah imej bertudung. takmo le kejap buka kejap tutup. dia tak bertudung lawa..bertudung pun lawa. so, tak perlu risau la. Malah imej bertudung ni menampakkan dia lebih matang sebagai seorang ibu.
Kepada suami-suami dan isteri-isteri di luar..carilah penyelesaian sebaik mungkin. Allah tak suka kita ni bercerai berai…aku ni pun takut la hai…
sekilas : semoga perkahwinan anda kekal ke akhir hayat!








Nak buat cam mne… if dah termaktub jodoh die had tue je.. had tue je la…
kita hanya mampu merancang Dia yang menentukan
@Bro Framestone, yup! sudah ditakdirkan begitu. tapi jauh disudut hati dia mesti sedih kan?
Hmm, ini membuktikan, rupa yang cantik, belum menjanjikan kebahagiaan hingga akhir hayat.
@amirulfaiz, yup..that’s true. ia merupakan pakej untuk suami-suami yang inginkan nye..
takkan takmo dapat isteri cantek kan?
@Sekilas, Em, betul tu,
kecantekan itu tidak sepatutnya dilihat pada rupa paras sahaja, lihat dengan mata hati. Pandangan mata selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki. Kalau HaTi itu BerSiH.
mungkin ade hikmahnya…
siapa tahu kan… ke nk bro pinang he…23x
@Bro Framestone, haha bro..hati2 statement tu..kang bini bro baca..mau berperang kang..tapi kalau bro pinang saya pun nak join rombongan meminang tu…
ops huhuhu he..23x
kauta ade kekosongan huhuhu… shhhhh..!!!
ops amboi nk join as ape nie.. tukang meramaikan ke he…23x
xnk join contest bro ke?? if ada masa la.. if xde xpe
talak 3? mak aih rakus sungguh.. tapi kan ape bro cakap tu, kalau sampai situ je jodohnye memang tak boleh nak buat apa la..
kita just jadikan pengajaran dengan apa yang berlaku..[aku belum nak mask 20 lagi, nak fikir pasal nikah ni macam belum patut je kan? sebab... errr]
@bH, betul..pikir dulu adakah ko mampu untuk bernikah..bukan dari segi kewangan jer..tapi tanggungjawab di masa hadapan. cewah! bagi nasihat plak aku. aku pun belum kawen..hahaha
TALAK TIGA! O_O
@ReD, haaa..tiga teruih..memang tak dpt balik la bini dia ni…
@Sekilas, ntah apa la masalah dorang ni ye… serius terkejut. haihhh
andartu terlampau VS janda meletup!
bila keberkatan tidak difikirkan..
perlu kita ingat dia pun masuk pertandingan tari menari bersama suami
adakah itu dibenarkan dalam Islam?
@Syafrizal, tak elok juga bila fikirkan keburukan bila dia sertai sehati berdansa tu..orang lain tak sertai sehati berdansa pun bercerai jugak..ada lagi yg lebih teruk sebabnya berbanding mereka. at least, mereka tak kecoh mcm sesetengah artis…
@Sekilas, bukan pasal tak elok… dah memang benda tak elok.. kita pun pegi tengok citer2 macam tu… bertambah la dosa kita..
x mmpu aku nk bg komen..kt perempuan…lg ada husband ada anak nk msk 3…jd x berapa berani nk komen..kita sebagai masyarakat perihati beri la sokongan moral dn jangn kutuk dia plak..doakn moga anne sentiasa tabah mnghadapi ujian..ujian yg dtg..ada hikmahnya..INSYA’ALLAH…AMINNNN…
@sWEeT S*J, insyaAllah..amin.