‘Boleh tembak jika diserang penjenayah’
KUALA LUMPUR 9 Mei – Anggota polis hanya boleh melepaskan tembakan jika diserang penjenayah ataupun ketika cuba menangkap suspek kes jenayah berat yang melibatkan kesalahan boleh dihukum mati seperti mengedar dadah.
Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Mohd. Jamil Mohd. Hassan menjelaskan, bagi bukan jenayah berat, anggota polis cuma boleh menggunakan kekerasan yang munasabah tetapi tidak sampai membawa maut bagi menangkap suspek.
“Saya tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak dalam kejadian terbaru di Negeri Sembilan semalam tetapi ingin menegaskan anggota polis tidak boleh melepaskan tembakan kecuali diserang atau mengejar suspek jenayah berat yang melibatkan kesalahan dihukum mati.
“Jika mengikut perintah sedia ada, tembakan ke udara juga tidak dibenarkan tetapi ada juga anggota polis yang buat. Kita tidak tahu di mana peluru itu akan turun dan ini boleh membahayakan sesiapa sahaja yang berhampiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan semua anggota polis supaya menilai situasi sebaiknya sebelum menggunakan senjata api kerana setiap butir peluru itu ‘berhantu’ dan akan mencari mangsanya selepas tembakan dilepaskan.
Polis sekarang ni dah gatal agaknya nak main tembak-tembak. lagipun semua polis muda-muda kan. tak tahu bila leh guna..time tu dorang rasa dah cukup power agaknya nak lepaskan tembakan. Camne la agaknya dorang belajar kat pusat latihan dulu? aku tanye jer…jangan lah marah yek!
sekilas : semoga negara kita kekal aman.






owh yeke , bhye la , hari tu aku g shah alam kat i city .
mas nk on the way , aku tetbe rase menggigil , takut2 kena tahan polis tapi aku tak sedar ke , ape ke , last2 die tembak .
@Aus, aku cuba faham maksud kau ni…ko sedar ke tak? berada di tempat kejadian ke?
no komen..polis skrg main tebak jer..
jadi takut plak kita yg baik2 ni..
konon..hehehee
@sWEeT S*J, eh..kita memang baik..takde konon2 nye…kenyataan tu.muktamad.