• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for April, 2010

Mawi dah tak popular?

Apr26
2010
6 Comments Written by Sekilas

ye…..Mawi dah tak popular.

Mawi kene boo kat ABPBH 2009.

Mawi kahwin dengan Ekin, ramai yang pandang tak best.

*nasib baik la Ekin tak pakai tudung macam Siti Nurhaliza*

Mawi bawa Ekin ke hulur ke hilir pun orang kata.

Mawi dah tak menang apa-apa pertandingan yang ada undian (sebab kata RAJA SMS)

Mawi tipu peminat. dulu kata takde pape ngan Ekin..penyudahnya kahwin jugak.

Mawi kecewakan peminat yang ingat dia tu lurus bendul…tapi kecewakan perempuan jugak!

Mawi dah takde aura.

Mawi dah gemok sket! rambut dah tumbuh tak botak cam dulu. (boleh terima tak alasan ni?)

Tapi kepada yang masih meminati Mawi…jangan amrah ye ape aku tulis ni. Mawi tetap Mawi. tapi dia bukan seperti mula-mula orang minat dulu! Tak macam Siti Nurhaliza yang maintain personaliti dan sikap sebagai artis.

TET!! kenapa aku asyik puji Siti Nurhaliza nih. aku bukan peminat dia pun…

bye..bye!

Posted in Artis - Tagged Ekin Mawi, Mawi, mawi tak popular, Siti Nurhaliza

Dialog bersama Iblis

Apr26
2010
5 Comments Written by Sekilas

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah

Soalan Nabi s.a.w “Siapa yang mencahayakan muka engkau ?”
Jawab Iblis “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji.”

Soalan Nabi s.a.w “Apakah rahsia engkau kepada umatku ?”
Jawab Iblis “Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan NAJISNYA sendiri ke badannya tanpa dia sedari”

Soalan Nabi s.a.w “Jika umatku bersatu dengan isterinya,bagaimana hal engkau ?” Jawab Iblis “Jika Umat Tuan hendak bersetubuh dengan isterinya Serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya.

Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang.”

Soalan Nabi s.a.w “Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau ?”

Jawab Iblis “Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya.”

Soalan Nabi s.a.w “Siapakah orang yang paling engkau lebih suka ?”
Jawab Iblis “Lelaki dan perempuan ! yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari.
Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu.”

Soalan Nabi s.a.w “Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?”
Jawab Iblis “Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu, hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu.

Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya”.

Soalan Nabi s.a.w “Hai Iblis ! Dimana tempat engkau diam ?”
Jawab Iblis “Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, Kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka”

Soalan Nabi s.a.w “Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?“
Jawab Iblis “Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka Ketawa ketika berbuat dosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu”

“Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan”

Soalan Nabi s.a.w “Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar Engkau di atas umatku, kerana Aku telah dibangkitkan ke dunia ini Bagi menyelamatkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang”
Maka Iblis pun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya “Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba Akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menarik sekelian Anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di Dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur Berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya”

Maka firman Allah SWT :

“Hai Malaun (yang dilaknat – Iblis)! Demi kebesaran Ku dan ketinggian Ku ! Bahawa Aku sentiasa sedia Mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepada Ku”.

Maka kata Iblis “Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan Melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaku kasih kepada Allah padahal mereka itu Taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku.

Maka datang firman Allah “Hai Malaun ! Demi kemuliaanKu Dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan;

Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi Maksiat mereka kerana perdayaan mereka Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu”

Setelah itu Rasulullah SAW pun menghalau Iblis. Iblis pergi Dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui Oleh umat Muhammad SAW.

Rasulullah s. a. w. Bersabda :
“Sampaikan dari Ku walau pun sepotong ayat”

Posted in Kisah-kisah itu - Tagged agama, kisah-kisah Nabi, Kisah-kisah teladan

Umie Aida vs Dato Siti Nurhaliza

Apr26
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Kecoh betul dengan kes RBF yang komen pasal majlis kahwin Umie Aida yang kononnya bernikah di Mekah. tetapi masih berpakaian seksi sewaktu majlis persandingan.

Sekarang terbaru punya cerita, Umie Aida dah pakai tudung ala-ala Dato Ct kita tu, Hai..ape kes? aku rasa dia suka cerita dia di jaja oelh masyarakat. penampilan dia memang bagus. tapi nak tiru macam Dato CT tak dapat la kot.


*even lagi banyak rambut Dato Ct keluar, tak seksi pun kan? dia tetap ayu seyh!*

Dato Ct setahu aku tak pernah ler nak pakai seksi meksi macam dia tu. Tengok lah waktu majlis resepsi dia. pakai tudung separuh nampak rambut. kemudian, lihatlah bajunya tu? adoi la…kalau betul nak ubah penampilan sikit-sikit pun agak-agak lah kan.

di ambil dari blog beautifulNara.

Ada artis lain yang berubah jugak..tapi dorang berubah terus. kalau belum bersedia…kumpulkan dulu segala kekuatan dan buat persedian yang baik untuk ke arah kebaikan. jangan separuh-separuh jer kerjanya.

Tapi aku tak boleh terima kenyataan balas Umie dengan RBF. selalu artis-artis ni, kalau terseksi skit mesti nak salahkan pereka fesyen dia. Logik tak ko nak kawen tapi on ur wedding day baru ko tengok baju kawen ko? kita yang orang-orang biasa ni pun tengok banyak-banyak kali takut tak muat nak pakai. Takkan dia yang glamer2 ni takmo tengok baju kawen dia kan..mestilah dia nak yang terbaek.

Teringat Linda Onn punya kes dulu, pasal baju seksi dia tu waktu nak jadi pengacara tu.Salahkan pereka fesyen dia jugak ..hai la artis..alasan tu takleh terima dengan telinga aku dah kot! ko bayar dia…ko client..bukan ke customer always right!

Aku suka tengok muka Umie Aida ni. Cantik jer. pandai jaga muka. hurm..semoga ia bukan sekadar sandiwara. sebab pada pendapat aku, dia masih belum bersedia lagi untuk ke arah bertudung. al maklumlah, sekarang ia masih popular..masih digilai orang. walaupun dah berkawin, tapi aku rasa dia masih diminati kan.

Tahniah di atas perkahwinannya…agar kekal ke akhir hayat. semoga dapat anak cecepat! dan moga dibukakan hati untuk terus berubah.

sekilas : im not perfect too :)

Posted in Artis - Tagged Dato Siti Nurhaliza, Linda Onn, Linda Onn Seksi, majlis resepsi Umie Aida, Umie Aida, Umie Aida berkahwin, Umie aida pakai baju seksi, Umie aida seksi

siapa boleh bantu selesaikan masalah aku?

Apr25
2010
5 Comments Written by Sekilas

Alhamdulillah..aku sudah selamat sampai di rumah. Perjalanan dari Kedah ke KL aku rasa lagi jauh berbanding waktu aku mula-mula pergi. mungkin berjalan di siang hari memberikan kesan terhadap jarak perjalanan tersebut.

Kalau malam kereta tak banyak. boleh jugak nak speed. dan tiada permandangan yang ingin dilihat. kalau siang ada je benda kiri kanan yang menarik perhatian sekaligus menganggu pemandu untuk melihat sama. banyak kereta. dan kebetulan hari Ahad, maka ramai lah orang yang baru pulang bercuti menuju ke KL.

Aku hilang mood nak bercerita tentang trip ke Kedah. dalam hati rasa marah yang teramat terhadap seseorang. bukanlah kata dia tu melakukan kesilapan besar. apa lagi aku juga tak buat silap BESAR! tapi tah kenapa, aku jadi bosan dengan keadaan ni yang tak pernah ada perubahan.

Aku tahu orang tu mesti baca tulisan aku ni. kononnya melihat perkembangan aku dari jauh. Piiiiiiiraaaah!! aku jadi sakit hati dengan sikap dia.

Aku terasa ingin berterus terang dengan korang. tapi aku masih lagi nak menjaga hati dia tuh! aku nak luah kat sape? cuba korang cakap?? susah la…

Kalau boleh aku teringin tanya pendapat orang luar…tapi aku nak post aku menjadi rahsia!..kalau korang sudi…nanti korang leh check private post aku…dan silalah….berikan kenapa korang nak sangat tahu masalah aku dan rasa dapat tolong aku..sila komen di entry ini yer…dan hanya orang yang boleh dipercayai sahaja akan ku benarkan mengetahui masalah ku ini…

kepada dia….siapa suruh bertindak ‘kejam’ dengan aku?

sekian…masa untuk tidur. Bos dah mesej, suruhdatang office tepat pada masanya. ade video conference tomorrow!

sekilas : good night!

Posted in me - Tagged blog, masalah

Aku terfikir : Macam mana dia ambil air sembahyang?

Apr23
2010
15 Comments Written by Sekilas

Pagi tadi aku tengah memikirkan barang apa yang aku kena bawa untuk ke Kedah. Dalam sibuk berfikir aku teringat aku kena bawa telekong. kemudian, aku fikir lagi boleh ke kalau kita sembahyang (wanita) pakai stokin dan hanya sarung telekung muka jela. takyah pakai kain (kalau pakai seluar). lepas tu aku fikir lagi…*banyak sangat berfikir aku ni*…terus aku mengimbau kejadian beberapa tahun lalu..

Waktu tu aku menjalani latihan untuk LIBK (Latihan Intensif Bakal Komander) kat UiTM. eh yeke…? aku tak ingat la kejadian ni time LIBK atau time latihan Jambori Komander. Ketika itu dah masuk azan Maghrib. Kitorang semua pelatih-pelatih ni bergegas masuk bilik berebut mandi, tukar baju solat..sebab jadi komander kononnya kena punctual. takleh lambat nanti kena denda. maka aku dan rakan-rakan bergegas secepat mungkin ni.

*rindu zaman komander*

Tapi ade seorang Komander yang senior la. dia ditugaskan untuk berkawal atau mungkin menjaga kami la pelatih-pelatih ni…dia masih lengkap berpakaian seragam komander masuk surau kemudian dia alaskan tempat kaki dia dengan surat khabar tak silap aku.. *dia memakai pakaian lengkap termasuk kasut boot* Kemudian dia solat. Dia solat dekat-dekat ngan pintu keluar surau tu la.

google sini

Aku pandang dia sembahyang dengan pakaian seragam tu dengan kasut tak buka sebagainya. Lepas sembahyang dia terus keluar dan berada di tempat dia bertugas.

Dalam hati aku bertanya :

Macam mana dia ambil air sembahyang? Dia tak buka dulu ke boot dia tu? atau dia dah ambil siap-siap dan jaga air sembahyang dia?

Tapi aku cuma membuat kesimpulan…Islam itu amat mudah. Di mada sahaja dan dalam apa jua situasi kita dapat beribadah. *insaf kejap*huhuhu…

sekilas : tapi aku tetap fikir, macam mana dia ambil air sembahyang?

Posted in me - Tagged komander, komander kesatria, UITM

Cinta : Mengapa dikau diam?

Apr22
2010
2 Comments Written by Sekilas

Izinkan diriku berjiwang sebentar….

Sayang…
sudah 2 hari daku tidak menerima sebarang panggilan darimu. apetah lagi sms percuma. Bukankah kita sudah mendaftar talian dalam family plan? mengada dikau diam seribu bahasa.

*silalah melanggan MAXIS*

Sayang,
daku disini separuh giler mengontrol cun tiap-tiap kali telefon ku berbunyi. bukan apa…daku ingat dikau yang call. tapi balik-balik adik beradik  je yang call. Padahal mereka tidak termasuk dalam family plan kita. mereka semua pakai Celcom.

Sayang,
Daku mohon maaf kerana mungkin dikau berkecil hati kerana daku akan berangkat ke Kedah esok sedangkan dikau perlu bekerja mencari rezeki. Maafkan daku. itu semua permainan politik di dalam office. Daku perlu beramah tamah dengan ahli-ahli SL untuk mendapatkan kepercayaan dalam melaksanakan tugas di kemudian hari.

 

*nampak tak sg.petani. haa…aku bukan nak pegi situ. tapi nak gi Baling.huhuhu.*

Sayang,
sebelum bil telepon kita kena potong, baiklah dikau menjawab panggilan ku atau mungkin dikau memberi sms sepatah dua agar daku gembira.

*SMS free ke no family plan. sila langgan MAXIS*

Walaupun dikau begitu tegar tidak mahu melayani ku kerana kecewa daku tiada di sisimu…daku pasrah wahai dikau.

Daku mengerti hari konvokesyen mu sudah hampir. dan daku masih belum sempat membeli sebarang hadiah untukmu. tapi daku berjanji akan ada sesuatu untuk dirimu yang ku cintai…

*ini gambar konvo aku. tak dapat pi konvo dia sebab jauh kat Sarawak*

Selamat berangkat ke Sarawak nanti. Luv ya…

*MAAF ADA IKLAN MAXIS PULAK*

sekilas : daku takut tak sempat nak publish..so daku publish awal entry ni. huhuhu. auto publish problem.

Posted in cinta, me - Tagged cinta, love, luahan hati, My Cinta

Jawatan kosong : Penolong Penerbit di Pesona Pictures

Apr22
2010
5 Comments Written by Sekilas

A Film & TV production company in TTDI invites applications from hardworking and dynamic individuals to fill the following positions:-

Production Assistant
(Kuala Lumpur)

Requirements:

  • Fresh graduates / Minimum 1 year experience in drama / film productions
  • Willing to learn and undertake necessary tasks
  • Possess own transport
  • Have good interpersonal and communication skills in English and BM.
  • Applicants must be willing to work in Kuala Lumpur.
  • Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.
  • Salary would be commensurate to position applied, qualifications & experiences.

Interested candidates are invited to apply online, or thru emailed to pesonapix@gmail.com or fax their resume to 03-7729 1586.

Only shortlisted candidates will be notified.

Posted in info - Tagged jawatan kosong, kerja kosong, penolong penerbit, pesona pictures

My Dream Destination

Apr22
2010
2 Comments Written by Sekilas

Ini memang satu tajuk yang menarik perhatian aku. Aku rasa bukan aku sorang jer. semua orang ade destinasi impian. termasuk korang yang baca blog aku ni. aku ni jelajah Malaysia pun tak lepas lagi. tapi aku tetap mempunyai satu destinasi yang aku teringin sangat nak pergi.

korang mesti tahu lokasi ni kat mane kan…aku teringin sangat nak pergi Disneyland….nun jauh di US sana. tapi tu la jelajah satu Malaysia pun tak lepas lagi. camne aku nak pergi sana kan. tapi takpe…impian tetap impian. mana tahu ader rezeki aku nanti kan kan kan. Pada yang pernah pergi tu..bagus dok ado! tapi aku ni mungkin hanya dapat memasang impian. aku tak tahu sana ada ape. tapi yang aku tahu sana tu best! selain daripada aku dapat pergi bercuti aku dapat tengok karakter walt disney yang kiut miut…best kan… Kalau dah impian pe salahnya nak impikan yang gempak-gempak kan.

kalau tak dapat pi kat USA tu pun takpela..dapat gi kat JEPUN pun best jugak kan..akak aku pernah pergi kat JEPUN sebab dia dulu belajar sana. so aku pun nak gi jugaklah kan. tak aci la dia dapat pergi aku tak dapat kan kan kan…hehehe.

takpe kalau ade rezeki nak kumpul dui bebanyak pastu nak travel gi over sea. nak gi sana kena la naik kapal terbang kan…aku akan memilih MAS sebagai pengangkutan aku. hehehe..

lagi untung kalau aku jadi featured blogger ka project alpha…dapat jenjalan travel cam dorang ni..meh kita layan episod 4 dulu.

Ini plak adalah episod 5.layan….

layan episod 6

dan episod 7 untuk anda.

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Posted in contest, Nuffnang - Tagged disneyland, mas traveller, Nuffnang, project alpha season 2

AKU BENCI PEROSAK PERAMPAS SUAMI DAN TUNANG ORANG

Apr22
2010
9 Comments Written by Sekilas

what is that?? semakin berlambak seperti di pasar chow kit page-page yang tidak berguna seperti ini. bukan la aku nak kata aku SUKA perampas laki orang or sape-sape je la. tapi perlu ke korang wat page ni. so, yang join page ni adakah yang pernah merasa orang rampas laki dia or tunang dia. kenapa dorang tak buat skali dengan KEKASIH orang? or..maybe sebab takde ikatan sangat kan…WTF?

pastu tak pasal plak member aku invite aku join page ni. dia dah bertunang. dengan tunang-tunang dia join!! come on la kawan. benda alah ni semua mengarut la. adoi la…

sebenarnya korang ni cuma nak cari tempat untuk meluahkan rasa tak puas hati pada si polan dan si polan yang kebanyakkan korang membahasakan diri perampas-perampas ini seperti betina, perempuan jalang dan sebagainya.. tapi kalau yang takde kaitan tu pun join jugak, saje nak hangatkan keadan kan. menjadi batu api pun banyak juga dosa nak tanggung tu.

Aku bukan nak back up perempuan perampas tuh. tapi orang perempuan memang macam gini la kan. suka nak menambah-nambahkan rasa sakit hati, menambahkan kata-kata tak elok..terus menambahkan dosa-dosa kecil yang mungkin kita tak nampak.

aku simpati kepada mereka yang teraniaya dengan perempuan yang merampas hak mereka. dan aku harap agar yang merampas tu pun, rampas la cara baik. huhuhu…ape da aku merepek ni?

nasihat aku banyakkan bersabar. menyertai page-page macam ni mungkin hanya dapat melepaskan geram korang jer dengan mengata yang bukan-bukan.

apa-apa pun semoga kehidupan korang lebih bahagia!

sekilas : kadang-kadang tak faham mentaliti orang sekarang!

Posted in masyarakat - Tagged perampas, perampas suami, perampas tunang, wanita perampas

Resepi : Ayam goreng berempah

Apr21
2010
3 Comments Written by Sekilas

resepi di ambil dari : lukisandunia

Bahan 1 (dikisar)

1 inci Halia

1 inci Kunyit hidup

3 batang serai

5 ulas bawang putih

Bahan 2

Beberapa ketul Ayam (4 atau 5)

½ sudu jintan manis

½ sudu jintan putih

1 sudu ketumbar

1 biji telur

daun kari

garam

Cara-cara memasak

  1. Perap ayam dengan semua bahan 1 yg dikisar dan bahan 2 selama 45 minit atau sejam.
  2. dengan api yg sederhana, goreng ayam tadi sehingga garing
  3. Sedia dihidang ! sedap dimakan ketika masih panas

p/s : jintan manis, jintan putih dan ketumbar boleh juga ditumbuk (mengikut selera masing2) dan boleh juga digantikn dgn rempah kari ayam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in resepi - Tagged ayam berempah, ayam goreng berempah, resepi, resepi ayam
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress