what is that?? semakin berlambak seperti di pasar chow kit page-page yang tidak berguna seperti ini. bukan la aku nak kata aku SUKA perampas laki orang or sape-sape je la. tapi perlu ke korang wat page ni. so, yang join page ni adakah yang pernah merasa orang rampas laki dia or tunang dia. kenapa dorang tak buat skali dengan KEKASIH orang? or..maybe sebab takde ikatan sangat kan…WTF?
pastu tak pasal plak member aku invite aku join page ni. dia dah bertunang. dengan tunang-tunang dia join!! come on la kawan. benda alah ni semua mengarut la. adoi la…
sebenarnya korang ni cuma nak cari tempat untuk meluahkan rasa tak puas hati pada si polan dan si polan yang kebanyakkan korang membahasakan diri perampas-perampas ini seperti betina, perempuan jalang dan sebagainya.. tapi kalau yang takde kaitan tu pun join jugak, saje nak hangatkan keadan kan. menjadi batu api pun banyak juga dosa nak tanggung tu.
Aku bukan nak back up perempuan perampas tuh. tapi orang perempuan memang macam gini la kan. suka nak menambah-nambahkan rasa sakit hati, menambahkan kata-kata tak elok..terus menambahkan dosa-dosa kecil yang mungkin kita tak nampak.
aku simpati kepada mereka yang teraniaya dengan perempuan yang merampas hak mereka. dan aku harap agar yang merampas tu pun, rampas la cara baik. huhuhu…ape da aku merepek ni?
nasihat aku banyakkan bersabar. menyertai page-page macam ni mungkin hanya dapat melepaskan geram korang jer dengan mengata yang bukan-bukan.
apa-apa pun semoga kehidupan korang lebih bahagia!
sekilas : kadang-kadang tak faham mentaliti orang sekarang!







kenapalah nak rampas hak orang erk..ish ish ish
http://nomborsebelas.blogspot.com/
@sepul, yang penting..lelaki jangan layan. huhuhu
aku juge benci perosak rumah tangga orang. selain itu, aku benci juga kepada perosak tanam-tanaman dan tumbuhan pekebun serta perosak ternakan para petani. kerana aku percaya, sebutir beras ibarat setitik peluh petani.
selamat berbelog. dan semoga berbahagia selalu.
@syira ITIKKEJAM, sempat lagi buat iklan ni ha. thanks or the comment. lawak la…hehehe..nickname pun klako ha..syira itik kejam
haha. mmg tah pape sape yg join group cani kan? n lg tah pape utk sape yg buat group cani. menambahkan dosa tu mmg ya la. dok bg tambah sakit ati lg. adoii.
@Aisyah Ibrahim, toksah layan kalo org duk invite group camni. tak kose la hai…
ah sudah, mcm2 group yang ada skg ni. bersepah. merapu-rapu pun ada. eiii
@mohdisa, biasalah nak dapatkan perhatian..cara ni paling mudah.
Banyak group dan page mreapu je kat FB ni. huhu