Siapa kenal aku? huhuhu…mestila family aku dan kawan-kawan terdekat aku yang kenal aku kan. kawan-kawan yang jauh tu mungkin kenal gitu-gitu jerk.
so sape yang betul-betul kenal aku, dorang mesti tahu aku ni jenis macam mane. Aku memang seorang yang sangat simple dalam cara aku berpakaian dan juga bermake up ni.
bukan setakat simple tapi memang kadang-kala hancur teruk la dress up aku. kadang tudung oren, baju hijau seluar merah. contoh je tu…
Tapi even cara aku ni sangat simple…aku pun ada caranya untuk menghias diri aku dengan cara tersendiri. korang pun mesti ada kan.
ini adalah tips-tips yang sangat mudah untuk kaum-kaum wanita khususnya dalam menjaga penampilan diri .
1. Memakai pakaian yang sesuai dengan beg tangan atau tudung yang anda bawa. Kalau korang pakai baju sport tak kan nak bawa beg tangan pulakkan…kan..kan..hehehe…
2. Pakai deoderant setiap hari..WAJIB! hehehe..dan kalau boleh letak spare deoderant tu kat dalam kete ke, beg tangan ke..senang! boleh mewangikan diri serta merta.

*kalau pakai deoderant dari ADIDAS pun gempak jugak kan.*
3. Berus gigi setiap hari. engkorang….jangan cakap ngan aku korang tak berus gigi. malu la weyh gigi kuning2. pastu kalau korang baru lepas makan makanan yang mungkin berbau macam petai, silalah berus gigi cecepat.
4. Kalau korang suka sangat dengan minyak wangi..jangan ko pergi sembur satu badan tu sampai abis satu botol perfume tuh. sikit-sikit je letak. sebab kalau letak sikit ia lebih menyerlahkan bau wangee tu daripada buat idong orang bau sengit! tau!
5. Syampu rambut setiap hari akan lebih memberi sinaran kepada kejelitaan rambut. ini khusus untuk orang tidak bertudung…tapi kalau bertudung, pastikan korang ada hair dyer..cepat kering! kang nak pakai tudung kang lembab plak..tak elok untuk rambut korang.
6. ni pun penting jugak. bersihkan kuku korang tu. itam-itam takmo la. kalau boleh kasi potong pendek. baru kemas. nak bela-bela ni..tak elok la orang pompuan. lagi pulak yang beragama Islam tu. issh..toksah la ye!
7. perbanyakkan membelai kulit korang dengan krim-krim lembut tu. kalau kulit kering, sapu je losyen..baru la nampak bersinar-sinar..huhuhu..biasakan kalau kulit kering muka pun nampak pucat.
8. pada wanita di luar yang suka no tindik-tindik idung, bibir la dan sebagainya. kalau boleh buang la. tak sesuai dengan wanita. lagi-lagi kalau kau ialah orang yang berkerjaya. hurm..memang tak sesuai. lagi kalau Islam..tindik kat pusat la..kening la..adeh! tak sesuai k…
9. cakap pasal wanita berkerjaya ni..kalau anda di luar sana yang terlibat dengan presentation atau pun mungkin student-student kat luar tu yang ada presentation kat lecturer atau kat client ke..digalakkanlah kita ni berpakaian korporat…kalau kemeja tu biar pakai kot! haa..baru nampak elegant. ye tak?
10. sekarang ni cara pemakaian membuatkan orang percaya kepada kita. kalau korang ni nak pergi minta kerja ke, nak present something kat client ker, nak tarik perhatian lecturer ke untuk student-student ni…apa yang penting penampilah kita. Bila kita berpakaian kemas, comel…bersih dan nampak menarik barulah nampak kita ni confident. jadi orang pun akan tertarik dengan pandangan pertama.
So..apa lagi wanita-wanita di luar sana. mungkin tips ini dapat membantu anda mengembalikan keyakinan diri. sebagai wanita kita harus untuk menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi yang dah kawen beranak 3-4 orang tuh. jangan kak oii…kang laki cari lain. huhuhu…
Sebelum mengakhiri entry aku kali ini apa kata kita saksikan lebih banyak tips menarik dalam Project Alpha season 2 ini. layan dulu episod pertama.
lepas tu meh tengok episod kedua plak!!
Ada apa pulak di episod 3…jom tengok dorang bersenam!! hehee…
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.






harapnya sempat la jadi atra 50 terawal…hehe
@hemy, Amin…pernah dpt skali je pun. huhuhu….hemy tak try ke??