bapak banyak….itu pun setelah aku baca utusan online tadi. Kerajaan ingin menghadkan kedatangan pekerja asing sebanyak 1.5 juta menjelang 3 tahun lagi. korang rasa berjaya ker?
PUTRAJAYA 13 April – Kerajaan meletakkan sasaran untuk mengehadkan jumlah pekerja asing di negara ini dalam lingkungan 1.5 juta orang menjelang tiga tahun lagi. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, jumlah keseluruhan pekerja asing ketika ini didapati meningkat kepada 1.8 juta orang ekoran pemulihan sektor industri.
Kalau dah sekarang ni dah 1.8 juta…yang lagi 3 juta pekerja asing tu nak ke dorang balik tempat dorang dalam masa 3 tahun lagi. Yang dah bertapa kat sini macam negara dorang tu macam mana pulak? issk…
Lagi-lagi pulak yang bertapa kat sini tu kebanyakannya penduduk Indonesia. aku sebenarnya boleh consider dengan pekerja asing yang datang sini betul-betul nak cari rezeki dan tanggung anak bini. tapi kalau yang datang nak amik kesempatan nak menipu, merompak semua bagai memang naik lemak la dorang ni.

tengok aje kes pecah rumah dan merompak sekarang ni. rata-rata pekerja asing yang dah tahu selok belok negara kita. Pernah seorang pakcik *bapa kepada seorang penyanyi terkenal* cerita pada aku dan mak aku. katanya waktu dia nak buat rumah, dia layan pekerja-pekerja tu dengan baik. bagi minum makan dan anggap macam kenalan sendiri. Pakcik ni kekadang kesian tengok dorang buat kerja penat-penat. Tapi bila rumah dia dah siap, pekerja-pekerja asing ni merompak balik dia.
Dorang dah tahu dah nak buka tingkap mana, nak masuk ikut mana. dah tahu simpan duit kat mana dan sebagainya. kebetulan pakcik ni pulak ala-ala style lama, simpan duit banyak2 kat rumah. dia pun tak sangka kan…memang pakcik ni kenal betul orang-orang yang merompak dia tu. tapi bila cari kat tempat dorang, semua buat-buat tak kenal dan tak mengaku.
kejam betul dorang ni. kita dah bagi satu tempat untuk mencari rezeki dorang balas benda tak baik kat kita. aku takdelah nak anti sangat, sebab jiran sebelah aku tu asalnya daripada tempat-tempat dorang juga. tapi dia baik. time zaman aku kecik-kecik dulu dorang semua yang datang sini baik-baik belaka. tapi yang ado sekarang ni..orang-orang yang tak baik lepas tu selekeh kemain.
minta maaf pada yang terasa…tapi itulah hakikatnya. memang kedatangan dorang ke sini harus disekat agar tempat kita ni bukan dibanjiri oleh muka-muka mereka sahaja. wahai kerajaan…aku nak pergi mengundi ni..haa..tolong lah dengar rintihan aku ni. cewah!!
apa-apapun di harap di masa akan datang negara kita akan menjadi semakin maju.
sekilas : takut jugak nak kata lebih-lebih!






Kalau takde pendatang ni, tak siaplah kebanyakan rumah, bangunan dan jalan di Malaysia. Ada baik dan buruknya foreigner ni. Tapi majoritinya kurang baik la. huhu
kalau manusia ini semua baik tak perlulah ada polis,
tapi apapun saya sokong anda pendatang sekarang kebanyakan membawa masalah dari kampung datang kesini nak cari rezeki halal tapi bila dah sampai sini macam-macam hal terjadi.