• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
KEEP IN TOUCH

Lagi kisah Benjy : Isteri dihalau dari rumah sewa & diberhentikan kerja.

Apr13
2010
5 Comments Written by Sekilas

Kesian pulak aku melihat nasib isteri Benjy. bayangkanlah kalau kita ade di tempat dia. Tiba-tiba suami ditahan kerana dadah. suami plak seorang pelakon dikenali pulak tu. Sampai tempat kerja, bos bagi surat resign. balik rumah kena halau pulak dengan tuan rumah.

Alami trauma teruk susulan penahanan suami

KUALA LUMPUR: Isteri Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 32, dilaporkan mengalami kesan trauma yang teruk susulan penahanan suaminya mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 atas dakwaan memiliki dadah.

Difahamkan, Safiya Stephanie, 27, juga tidak sanggup keluar rumah kerana bimbang dicemuh masyarakat, termasuk difitnah bersubahat.

Berikutan itu, beliau dan anak tunggalnya, Firdauz Juan, 4, tidak pernah kelihatan setiap kali pelakon berkenaan dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) berhubung kes berkenaan.

Safiya juga dikatakan tidak pernah melawat suaminya sepanjang ditahan di Pusat Tahanan Reman, Bukit Jalil sebelum ini.

Ibu mentuanya, Azean Irdawaty ketika menghubungi Berita Harian, berkata bukan menantunya itu tidak menyayangi suaminya tetapi sikap masyarakat yang memaksanya bertindak demikian.

“Isteri mana tidak sayang suami. Kak Yan pasti dia dan anaknya merindui Benjy. Namun, apa pilihan yang mereka ada. Jika ke mahkamah atau balai (polis), belum tentu boleh jumpa dan macam-macam orang cakap nanti,” katanya.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, menantunya yang bekerja sebagai guru tadika turut diberhentikan majikannya tanpa dinyatakan sebabnya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan kes Benjy.

“Dia diberhentikan kerja tanpa alasan kukuh. Bila sampai ke pejabat (tadika), dia terus dapat surat berhenti. Ini sekali gus menyebabkannya kehilangan sumber pendapatan, termasuk untuk menyara anak mereka.

“Malah, menantu dan cucu Kak Yan turut dihalau dari rumah sewa mereka di Jalan Segambut kononnya atas alasan kes itu yang mendapat liputan meluas media menjejaskan reputasi pemilik rumah itu,” katanya sambil menahan kesedihan.

sumber : beritaharian

Oii..dugaan besar buat sang isteri. orang kata saat-saat macam suami perlukan sokongan isteri. tapi macam mana nak sokong suami, kalau si isteri pun hidup dalam keadaan tak tentu arah dek kerana suami punya hal. harap-harap isteri Benjy terus kekal di sisi suaminya. Biarpun Benjy mungkin melakukan silap besar di sini, tapi tempat isteri tetap di sisi suami.

Dan aku turut kesian dengan mak Benjy, Azean. sekarang dia pulak yang kena tanggung menantu dan cucu. dia dahlah takde sumber pendapatan tetap sangat pun. sejak sakit lagi pulak banyak kos yang nak keluar. keluh kesah macam mana pun, kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. aku memang tak dapat bayangkan kalau ada kat tempat dorang. memang kalau tak kuat boleh jadi gila memikirkan nasib hidup.

Masyarakat pun diharap janganlah nak mencemuh orang je kejenya. sepatutnya bagi semangat dan sokongan. tak kena kat tempat korang memanglah senang je mulut nak mengata kan…tak paham aku lah.

Takpelah wahai ibu Azean. memang ade hikmahnya. Tuhan sedang menguji kita semua. sama-samalah berdoa untuk Azean Irdawaty dan keluarga. Buat Benjy, biarlah dia dibawa ke muka pengadilan. kita takde hak nak kutuk, hina dan sebagainya. Silap kita sendiri pun kita tak tahu…

sekilas : banyakkan muhasabah diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • Korang nak belajar buat dadah?
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Benjy kena tangkap balik
  • Apa salahku? Apa salah ibuku?
Posted in Artis, Kisah-kisah itu, masyarakat - Tagged benjy, Benjy ditangkap, Benjy hisap dadah, isteri benjy
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
« CONTEST!
» Jawatan kosong : WARTAWAN

5 Comments

  1. MyFunDarkSide's Gravatar MyFunDarkSide
    13/04/2010 at 12:37 pm | Permalink

    ei kalau benji tu jual dadah biarla dia sorang je kene. Selayaknya kene kalau jual dadah tapi isteri tak terlibat dan anak-anak sekali kena apa kes ni.

    P/S: tau tak kita boleh saman employer kita kalau diorang berhentikan kita tanpa sebab munasabah? Gunakan hak anda.

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      13/04/2010 at 12:47 pm | Permalink

      @MyFunDarkSide, betul..kalau ade agreement yg time sign kontrak mengatakan “Majikan berhak memberhentikan anda tanpa notis sekiranya perlu” camne?? haa…by the end, mesti reason yang akan dorang bagi. prestasi kerja anda tidak memuaskan. hurm..tahu jela majikan ni. pandai je nak tutup salah dia.

      Reply
  2. ain's Gravatar ain
    13/04/2010 at 3:59 pm | Permalink

    erm.. kesian pulat..
    ^^ utk benjy tuh ssl dlu pndptan ssl lmbt2 xde gune..
    masyarakat skrg mmg g2..
    walau ad yg + tp xkurang yg -
    mst ibu bapa yg ngadu xnak cg tuh..

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      14/04/2010 at 11:24 am | Permalink

      @ain, kesian kat isteri dia la…tiba2 dpt tempias sikap buruk suami.

      Reply
  3. sWEeT S*J's Gravatar sWEeT S*J
    24/05/2010 at 6:29 pm | Permalink

    manusia skrg mmg mcm tu..jgn d salahkn org yg x mengerti..try to b open minded skit..entah la…ckp pun bkn masyarakat kt ni paham pun..x smua..segelintir je la..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!




The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Al Quran Digital – Dapatkan Sekarang!

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Sekilass.com Contest
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Ujibakat Pengacara Rancangan RTM
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Benarkah Yusry KRU bercinta dengan Lisa Surihani?
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • 4 Bulan Sebelum
  • Hari Kejadian

GengCyber

Naskah Coretanku

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Love Story

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tag Glamer

agama Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik keputusan pemenang kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan project alpha project alpha season 2 resepi Selamat hari jadi surat khabar wanita

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress