• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for April, 2010

Panas : MOHD SAFUAN HILMI ugut bunuh NIK AZIZ

Apr30
2010
24 Comments Written by Sekilas

aku baru terbaca dari blog Herman Samsudeen mengenai hal ini. Seorang pemuda UMNO dengan berani matinya mengugut untuk membunuh NIK AZIZ dan sanggup dikenakan hukuman gantung untuk itu. Mengucap dik oiii…..Sekarang ni orang suka-suka hati jer nak bunuh-bunuh orang. Hey, dunia-dunia.

Dengarnya Facebook lelaki ini telah ditutup gara-gara komen dia pada wall FB tu la..haa..bahana nya FB ni…pandai-pandai la korang manfaatkannye..dah semakin menjadi-jadi…Aritu pasal Rafiqin…sekarang muncul pulak orang ini.

Hambik…no ic dia pun orang boleh tahu..huhuhu…untuk lebih lanjut sila ke blog Herman Samsudeen.

sekilas : sikap manusia tidak dapat di kawal lagi.

Posted in Isu Semasa, masyarakat - Tagged Facebook Mohd Safuan Hilmi, Mohd Safuan Hilmi, Nik Aziz, Nik Aziz di ugut bunuh, PAS, Pemuda UMNO, UMNO

Di mana Sharlinie?

Apr30
2010
2 Comments Written by Sekilas

Dah lama rasanya tak dengar perkembangan Adik Sharlinie kita. Entah apalah nasib kanak-kanak itu. Sehingga sekarang tiada lagi khabar berita yang kita dengar mengenainya.

Mungkin keluarganya juga sudah hilan sedihnya apabila bicara tentang Sharlinie. Aku simpati dengan keluarganya. Kehilangan Sharlinie tiada penyelesaiannya. KAlau meninggal, tahu jugak kubur kat mane. dapat jugak kita ziarah. tapi hilan secara misteri ni…lain sikit situasi nya..tak tahu hidup atau mati..tak tahu di mana dan sebagainya.

Munkin Adik Sharlinie kita dah berusia 7 tahun dah ketika ini jika dia masih ada di dunia ini…

Bicara tentang poster ni..dah ader orang yang prihatin tukarkan gambar poster ni ke arah yang lebih baik. sebab gara-gara gambar ni, ramai yang mula mengajuk-ngajuk adik kita ni.

ini poster yang lebih baik..

sekilas : Semoga segalanya berakhir dan kita mendapat jawapannya. insyaAllah.

Posted in info, peristiwa - Tagged Adik Sharlinie, di mana adik Sharlinie, penculikan, Sharlinie

Resepi : Sup Pasta

Apr30
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300 g pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 1 keping dada ayam, didadu*
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam*
  • 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
  • 10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
  • 1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
  • 2 liter air
  • 2 kiub ayam “MAGGI”
  • 1 camca teh serbuk lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • BAHAN TUMIS:-
  • 1 inci kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang leek, dihiris halus
  • 4 ulas bawang merah, dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 inci halia, diketuk
  • BAHAN HIAS:-
  • Bawang goreng
  • Hirisan daun sup/bawang
  • Hirisan cili padi (jika suka)

Cara-cara

  1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng utk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.
  2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dgn garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.
  3. PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dgn isi2nya sekali dan hias dgn bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..
  4. Step_by_step_387

    Penggunaan pasta tu terpulang pada kemahuan masing2, apa jenis pasta pun ok. Untuk kali nie mat cuba pasta bentuk kerang yg comel2 (dalam gambar tu pasta yg belum direbus….)

Sumber dari : MATGEBU

Posted in resepi - Tagged Mat Gebu, resepi, Resepi Mat Gebu, Resepi Sup PAsta, Sup Pasta

Dulu Fahrin Ahmad datang rumah aku…sekarang…

Apr30
2010
3 Comments Written by Sekilas

Ingat tak aku pernah post entry pasal Fahrin Ahmad datang rumah aku. Sekarang…dia pulak sibuk-sibuk nak bergambar dengan aku….hakhakhak…

hahahaha..sila jangan jeles dengan aku yek! sebenarnye memang dah lama aku ngidam dapat amek gamabr ngan die ni. tapi dia sombong. sekarang sibuk-sibuk nak amek gamabr dengan aku. hahaha…

ekceli gambar ni di ambil ketika tayangan perdana Andartu Terlampau. belum sempat aku nak update pasal ni. kakak aku sumijelly tu dah sesiap post kat blog dia dulu. mana aci kan…tuan punye gambar tak upload lagi. ceh!

company SL telah dijemput secara rasminya oleh Haliza Misbun untuk menonton tayangan tersebut. aku ni tukang sibuk-sibuk nak pergi jela. Boss ajak..kita gi kan kan kan. tak bek melawan bos. hehehe…

Kitorang tengok kat Cineleisure. Ada lagi gambar bersama Haliza Misbun tapi Kak I pegang kamera..so dia lah yang simpan kan kan…

Kemudian dapatlah bergambar dengan Azhar Sulaiman.

Kalau korang nak tanya aku camne citer tuh..nanti next post aku review ek…huhuhu…aku sekarang tak dapat nak berblogging sangat. banyak no keje nak buat. kang tak siap ape plak kata staff SL…layan blog je keje aku. dah la dorang memang nanti2kan sangat aku updet gambar ni. kalau dorang tengok ni..memang kena bahan jap aku angau ngan Fahrin…yang penting….happy! hehehe…

sekilas : ingin menjernihkan keadaan.

Posted in Artis, me, movie - Tagged Andartu Terlampau, Azhar Sulaiman, Cineleisure, Fahrin Ahmad, Haliza Misbun

Maaf. Kesedihan ini tak dapat dibendung lagi.

Apr29
2010
6 Comments Written by Sekilas

Dalam ku tahan-tahan…akhirnya airmata ini jatuh jua. Bukan aku berniat untuk meraih simpati sesiapa. Tapi dia telah buatkan aku menangis. biarpun tangisanku tidak didengari, namun aku tetap merasa hiba yang teramat sangat.

Bayangkanlah kalau insan yang kita sayang dan cintai akan berkahwin dengan orang lain…mampukah kalian berlagak slumber seperti tiada apa-apa yang berlaku?

Aku tak tahu la korang…tapi hati aku sedih sangat. Apatah lagi jika perkahwinan itu di depan mata. Aku tewas. Akhirnya aku menangis juga.

Itulah yang terjadi di dalam hidupku kini. hari ini aku menangis lagi untuk kali ke berapa. Dah banyak kali aku pesan pada hati, jangan sedih…Jangan menangis. ini bukan kali pertama. Jadi kenapa aku perlu menangis lagi?

Maunya tak sedih…Dia berkahwin dengan orang yang dia tak cintai langsung. Maaf! aku terlalu emosi. Cepat-cepat aku kesat airmata ni supaya budak-budak kat SL ni tak perasan aku menangis.

-
-
-
-
-
-
-

Sebenarnya aku menangis sebab….DEVDAS. Ini bukan pertama kali aku menonton cerita DEVDAS! dah banyak kali..tapi aku tetap sedih dan menangis. nasib baiklah budak-budak SL ni tak prasan aku sedih-sedih depan komputer ni. ahaks!!

sedih woo…dah la hero ngan heroin aku berlakon citer ni. heroin aku yang cantik comel..cewah! aku takleh la tengpk DEVDAS ni. kalau tengok mesti nanges. ini lah cerita hindustan yang paling best skali pada aku. lagu-lagu dalam filem ni pun best giler. dan boleh buat aku nanges walaupun aku layan lagu jerk…huhuu

anda dipersilakan melayan sedikit sedutan filem ini sebelum melayan lagu dia yang buat aku nanges2 walaupun aku tak paham bahasa Hindi. eleh..subtitle kan ade!! moh layan DEVDAS – Hamesha Tumko Chaha.

sekilas : sesekali layan hindustan.

Posted in lagu, movie - Tagged Aiswarya rai, Devdas, Hamesha Tumko Chaha, Shah rukh khan

Dilema Cinta

Apr28
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Sejak dua menjak tiga menjak dan bermenjak-menjak jiwa rasa kacau weyh! kacau dek sebabkan cintaku ini. pikir yang bukan-bukan…menganggu ketenangan hati. rosak! rosak plan..rosak segalanya. Keadaan bukan seperti dulu. kerap bicara sesuatu yang menyakitkan. dan aku pulak tak reti-reti nak tutup mulut dan dengar!

Be a good girlfriend boleh tak? dengar kata…tak membantah! fuh! mungkin apa yang berlaku sebelum ni telah berikan aku sikap macam ni…aku tegar! hakhak..dah macam lagu rossa lak..eh yeke? jom layan perasaan aku ketika ini…

Seberapa salahkah diriku
Hingga kau sakiti aku begitu menusukku
Inikah caramu membalas
aku yang slalu ada saat kau terluka

Seberapa hinanya diriku
Hingga kau ludahi
semua yang ku beri untukmu
Tak ada satu pun perasaan
Yang mampu membuatku begitu terluka

Namun ku terlanjur mencintai dirimu
Terlambat bagiku pergi darimu
Bagi ku terlalu indah perasaan itu
Tak mudah untukku menjauh darimu

Telah ku coba segala cara
tuk bahagiakan kamu merebut hatimu
Namun tak semudah yang ku bayangkan
Bila kau tak inginkan ku tuk disisimu

Tak pernah kurasakan sebelumnya
Menginginkan dirinya hingga ku tak kuasa
Mengartikan diriku bahwa ku mampu berlalu

Posted in lagu - Tagged dilema cinta, lirik lagu dilema cinta, lirik lagu ungu, ungu

Road Trip with My Broadband

Apr28
2010
3 Comments Written by Sekilas

Aku belum lagi berkesempatan nak cerita trip aku ke Kedah. akibat sebab-sebab tertentu mungkin hanya beberapa perkara penting sahaja yang akan aku bicarakan di sini mengenai trip tersebut.

Ini adalah pertama kali aku join company aku untuk pergi jalan jejauh sehingga ke Kedah kerana menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang yang boleh dikirakan staff di SL ni kan. tapi dia ni orang Thailand..so bukanlah majlis kawin macam kita sangat kan ade sanding bagai.

Tapi bercerita tentang trip itu, kami bertolak hari Jumaat. tapi kendurinya Ahad. Aku seronok sebenarnya dapat berjalan jejauh ni. lagi pulak boss yang baek hati telah belanja bilik hotel ku. huhuhu..mekacih yer.

Masalah yang ku hadapi ialah kami tidak lakukan aktiviti menarik pada hari Sabtu. jadi aku kebosanan yang amat. Alangkah baiknya kalau ketika itu aku membawa laptop dan broadband. Sekarang ni banyak dah promosi broadband.

Tapi dalam bebanyak mungkin aku berminat dengan promosi dan kehebatan broadband keluaran P1 Wimax ni ha. maunye tidak…broadband dia punya reka bentuk yang tersendiri. hitam itu menawan ko.

Dengan adanya WIGGY ni mungkin ia akan memudahkan road trip aku di lain hari. pasti dapat mengisi masa lapang aku kerana ke mana sahaja dapat ku bawa dan nikmati perkhidmatannya yang bagus. betul tak? Kalau time aku ke Kedah tu aku bawa laptop dan Wiggy ni..pergh takyah gi keluar makan pun takpela. duk je dalam bilik hotel tuh. kenyang terus. huhuhu…

So korang dah sambar belum WIGGY ni…Aku berharap aku dapat sambar satu. tapi duit tak cukup lagi nak tampung bayaran bulanan. kalau depa nak bagi aku free, aku amik jerk. hehe…

seperti tagline dia tu ha…when bored turn to your WIGGY. claaassss gitew!

Dalam project alpha dorang ade guna tak WIGGY ni? sebab dorangkan berjalan ke sana ke mari..mana tahu ade broadband. jom layan episod-episod di bawah :

Episod 8

Episod 9

episod 10

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Posted in contest, Nuffnang, project alpha - Tagged contest, Nuffnang, p1 wimax, project alpha, project alpha season 2, wiggy, wimax

IP Man 2 & Andartu Terlampau

Apr28
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Pagi-pagi ni ade screening kat Cineleisure filem arahan Haliza Misbun. My boss got the invitation from her. then dia ajak kitorg dak-dak SL follow skali. bak kata PakLeh SINAR “Ai follow” huhuhu…

Sebab itula aku bangun pepagi..basuh kain sesiap. sebab kena keluar awal dari rumah. aku bukan pergi terus Damansara. tapi gi rumah boss dulu. park kete kat situ then nanti gi tumpang dia. Lagipun SL dekat je ngan rumah bos.

Semalam pun ada invitation pergi tengok wayang citer IP Man 2. aku tak tahu la citer ni ada IP Man 1…tapi aku layan jela. Semalam masuk pun dah terlewat gara-gara jalan jem dari Pandan Indah dan mencari parking kat Pavillion. parking situ leh tahan mahalnya ek…best lagi cineleisure sebab parking rate sama je tetiap hari…huhuhu. well takleh nak review sangat citer ni sebab lambat masuk. tapi aku tetap bagitahu best.

Untuk cerita pagi ni yang aku akan tengok dengan boss and rakan-rakan ialah cerita Andartu Terlampau. hurm…aku akan story mory kelak orait!

sekilas : keadaan semakin keruh. Aku tetap dengan pendirian aku!

Posted in movie - Tagged Andartu Terlampau, Cineleisure, Damansara, Haliza Misbun, IP Man, IP Man 2, Pavillion

apa aku layan sekarang?

Apr27
2010
6 Comments Written by Sekilas

Kenapa hari ni aku tak rajin sangat nak wat entry. kerana aku ada beberapa perkara mustahak perlu diselesaikan. hurm…walaupun begitu nampaknya sekilass.com masih lagi dapat menghupdet satu entry sehari. InsyaAllah…cuma kadang-kadang bila aku wat auto publish dia miss schedule. tah kenapa aku tak tahu.

Dalam kesibukan melakukan kerja…aku juga sempat lagi menjengah twitter, Facebook, dan juga blogwalking. Alasan terbaik berbuat demikian untuk menghilangkan stress sebab menghadap kerja tu terlalu lama. aku rasa bos aku leh terima kot! sebab dia pun ada twitternya. lagi pula dia ada iphone yang sangat canggih itu. hehe…

Dalam ber fb’ ing aku sempat jugak main game. haha..orang lain dah berpuluh-puluh ranking..aku ni baru nak bertatih. tetiba macam syok plak.

hehe…dulu syok main pet society..skrg layan mafia wars dah. aku tengok orang len punye level dah beratus ratus dah. aku ni baru 27. saje rileks2 main…

okela sambung buat kerja…kalau boss baca aku duk main game naya je kan. sebab rasa macam dah kantoi ni blog ini di office…love peace no war k…

p/s : pada warga SL yang membaca ni..terima kasih.hehe..sudi jugak jenguk2 yek. tapi ssyhh..jangan bising2..dendiam je yek..huhuhu.

sekilas : telinga bingit dengar bunyi construction entah dari arah mana kat office ni!

Posted in me, merapu - Tagged blgowalking, facebook, mafia wars, office, pet society, twitter

Protected: Hanya aku dan kau sahaja! sila request kalau nak baca. TQ!

Apr26
2010
Enter your password to view comments. Written by Sekilas

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Uncategorized
← Older Entries

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress