• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Monthly archives for March, 2010

I’m going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Mar19
2010
2 Comments Written by Sekilas

pergh….semua berebut nampak!! waktu aku dapat email project 400 tu..terkezut jugak kan. betul ker ni Nuffnang anta email kat aku. macam mana tak pelik..nama projek tu sulit plak tu. cis..baru ku tahu sekarang. sesiapa yang masih tertanya-tanya pi la lawat laman web Nuffnang tu. ini kerana projek tersebut ingin mengumpul 400 blogger di Gatsby Deodorant Street Fair. gempak seyh…

di mana?? bila?? aha….mari baca lagi..mari…besarkan biji mata anda. semuanya ada di bawah ini :

Tarikh: 17 April 2010
Masa : 10 am – 5 pm
Lokasi : Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Macam biasa la…Nuffnang sering memberikan yang terbaik kepada blogger-blogger di luar sana. jadi akan ada macam hadiah menanti sana….ini termasuklah cabutan bertuah dan korang bakal menerima macam-macam gadget menarik bernilai sehingga rm15,000….itu kalau korang bertuah la kan…nama pun cabutan bertuah..cewah!

bukan sahaja cabutan bertuah..bermacam permainan akan diadakan di sana seperti “Sumo Wrestling” (in air bag suits!), “gladiator battles” dan pelbagai lagi permainan menarik. bak kata Nuffnang ibarat fun fair la.

aisey..baca entry aku je pun tak guna kan. pe kata korang lawat laman web gatsby oke….

Gatsby Deodorant Street Fair <<<< klik sahaja……aku sudah mudahkan kerja korang dah ni.

beb..aku excited sey nak gi..so korang jangan lupa clearkan kalendar korang pada tarikh itu yer..leh kita beramah tamah di sana.

thanks to Nuffnang dan Gatsby.

Posted in Nuffnang - Tagged gatsby, Nuffnang, streetfair

Kenapa dengan twitter ku?

Mar19
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

aku menjadi pelik…bukan kerana twitter ku tidak berfungsi. tapi kerana ia tidak muncul di blog ku ini.

sebelum ni aku guna widget yang lain. tapi setelah ku tengok blog-blog yang lain gunakan widget ni, so aku nak try la. masalahnye dari hari pertama aku cuba, sampai la hari ni. takde apa-apa update pun yang muncul. kosong jerk.

korang rasa kenapa eh? ada tak sesiapa yang boleh bantu selesaikan masalah problem aku ni. tak besh ar cam ni kan. kekadang aku updet gak twitter aku…ade widget tapi cam takde pekdah je pulak.

please….bantulah aku yang lemah dan lembab ni…sekian.

sekilas : kalau pandai tu pandai la sangat kan..huhuhu

Posted in Uncategorized - Tagged masalah, twitter

Hari ini dalam sejarah

Mar19
2010
2 Comments Written by Sekilas

hehe..setelah genap 10 hari aku bekerja dalam masa 2 minggu ( maklumlah, sabtu ahad cuti), hari ini aku tertinggal kunci office. hahaha….

padan dengan muka ku sendiri. mula-mula waktu aku dah separuh jalan, aku tertinggal duit. aku patah balik. dah sampai office, check handbag aku takde ghupanya kunci office. ceh! sesia ku datang awal dengan berhemah pagi ini. akhirnya terduduk la aku di dalam kete kancil aku seorang diri. Call En. H, dia kate dia kat rumah. belum gerak lagi.

:: memang aku gelakkan diri aku sendiri ::

hurm…kena tunggu da…sambil duk dalam kete dengar HotFM, aku nampak abg Razali mai. dia benti sat blakang kete aku, dia kuarkan kunci dia. oh..begitu ceritanya. maknanya mungkin. En. H dah call sape2 yang mai awal dulu untuk pass kunci kat aku kan kan kan…Dia bagi kunci jer, pastu dia cau pi minum. dia ajak sekali…apakah maknanya air teh o yang ku buat special hari ni (special la…teh o strawberry. korang ade ke? :: giler berlagak aku ni :: )dan siap bungkus bawa gi ofis..jika aku folow dia pi minum kan? jadi, ku tolak sopan. takpe..dah minum.

memang dah minum pun kat rumah. takkan nak minum lagi kan. :-)

so, sampai di office…seperti biasa buka ekon la…panas kot tggu kat bawah tu tadi. dan nah….aku ader di office…kojo Time!! yok…

sekilas : aku akan merindui Anis Suffiyah!!! arrgghhh tidak…

Posted in me - Tagged kunci, office

My Favourite Surfing Spot

Mar18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Ngeee…atas nasihat kakak aku sumijelly tu ha yang begitu setia dengan Nuffnang..aku ingin sekali mengikut jejaknya menceritakan tentang fevret spot untuk bertenet. ape ingat dia aje ke yang ade fevret spot…

oke2…aku ni agak gile jugak menggunakan internet. dulu time belajar, celik je mata buka laptop pastu online. hahah..gila kan. so, kalau time belajar dulu mestila aku punya tempat bertenet kat depan tilam. maklumlah student mana beli katil.duk rmh sewa kan…so bentang tilam, situ la tmpt buat saimen, main internet, situlah kekedang duk kunyah keropok bagai.

sekarang, disebabkan aku sudah bekerjaya (ayat nak muntah sey) …maka my fevret spot to surf internet adalah……….

kat opis…

hehehe..

huahuahua…..ini meja aku. gempak ar tu kan..buat keje guna laptop. dahnye office aku sediakan ini untuk aku, maka aku gunakan lah sebaiknye. meja aku ni macam meja penyambut tetamu jugak tau. tu ade telefon faks, telefon interkom kat tepi tu..nampak tak..kira 3 in 1 la..hehehe..

eh melalut plak. oke…so, sejak bekerja ni, sila la tempat aku menghupdetkan blog aku yang chumel itu. di sini jugak aku cari bahan-bahan untuk research aku buat kerje kat office ni ha…ade jugak bos suh bawa balik laptop ni. ha..kaedahnya..?? nak ke hulur hilir bawa laptop ni..tak kosela..kat rumah pun dah ader laptop…lainlah kalau boss aku nak bagi aku modem P1 Wimax yang terbaru tu…tu baru aku tak segan silu nak bawa balik rumah…hehehe.

 

yela korang tengok jela design terbaru modem Wimax ni ha yang diberi nama WIGGY…comel jer. senang nak bawa ke hulur hilir. so, takyah ler aku susah payah nak surf tenet kat tmpt yg ade Wifi jer. sebab dengan kecomelan modem Wimax yang baru ni, aku juga leh surf internet kat tmpt lain. ni tak..asik2 McD jer…tak pun Bugis Kopitiam tu ha..boring la plak kan. bukan susah pun nak guna macam sesetengah brodband tu. ini cucuk je kat laptop kau..nah guno la.

mungkin aku rasa aku boleh tukar modem lama aku yang besar gabak duk kt rumah abg aku tu…mungkin la kan…kalau abg aku nak byr…so, mungkin itu akan jadi kenyataan la kan..hehehe…kalau korang pun rasa nak sambar WIGGY ni…layari je www.p1.com.my . laman web pun senang je nak ingat…dah sambar bgtahu aku k.

dan jangan lupa layari juga www.facebook.com/projectalpha dan http://twitter.com/ProjectAlphaMY. untuk perkembangan terbaru…

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

sekilas : janji ado

Posted in Nuffnang - Tagged Nuffnang, project alpha, wiggy, wimax

Sekarang Gengster pun guna FB

Mar18
2010
4 Comments Written by Sekilas

Facebook bantu pembunuh ditangkap

ROM – Seorang pembunuh upahan Mafia yang kejam dan menggelarkan dirinya sebagai Scarface akhirnya ditangkap pasukan polis Itali kelmarin selepas dia berjaya dijejaki menerusi laman perkongsian sosial Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.


 

Pembunuh itu, Pasquale Manfredi yang berusia 33 tahun berada dalam senarai 100 orang paling dikehendaki di Itali. Dia diburu selama setahun untuk membantu siasatan atas dua insiden pembunuhan dua samseng.

Bapa dua orang anak itu didakwa menjadi dalang pembunuhan dua samseng yang menjadi pesaingnya, Carmine Arena yang dibunuh pada Oktober 2004 dan Pasquale Tripaldi pada 2005.

Polis mendapat maklumat bahawa Manfredi merupakan peminat Facebook. Menggunakan peralatan pemantauan elektronik yang sofistikated, pihak polis berjaya mengesan Manfredi di sebuah pangsapuri di Isola Capo Rizzuto berhampiran Crotone di selatan Itali.

Manfredi menggunakan nama Georgie dan gambar poster filem Scarface di laman Facebook.

Polis percaya dia menerima arahan berkod melalui laman tersebut selain berhubung dengan beberapa gengster lain. Lebih 200 rakan samseng itu di Facebook kini diteliti polis bagi mengetahui sama ada mereka terlibat dengan aktiviti mafia.

So…hati2 la kalau add kawan2 tuh. biar yg betul2 kenal. mana tahu kot2 korang kawan ngn gengster..kang dituduh bersubahat jadi ahli gengster plak…ayooooo tak tahu….

sekilas : no  comment!

Posted in info, masyarakat - Tagged facebook, pembunuh

tik tok tik tok

Mar18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

setiap detik yang berlalu itu tidak akan pernah berhenti. namun saat aku menoleh ke belakang, ku lihat banyak bezanya dulu dan sekarang. Malah, banyak perkara yang tidak di sangka terjadi dalam kehidupan ini.

Ku renung dan tatap wajah-wajah lama dulu yang pernah bersama-sama denganku mempelajari erti kehidupan dan pembelajaran di alam persekolahan. lantas pabila kaki ini melangkah ke alam kampus, ku temui lagi wajah-wajah lain yang kini aku turut dapat menatapnya melalui kepingan-kepingan gambar yang ada.

ada ketikanya aku tersenyum melihat mereka…dan ketikanya sedih mengenangkan mereka.

pernahkah kalian berfikiran seperti ku?

masa terus berlalu. cuaca terus berubah-ubah. persekitaran semakin berbeda. kontroversi semakin melanda. apa yang ada untuk kita?

Jiwa kacau harus diredakan sebelum fikiran bercelaru menyalahi diri. bisakah yang hitam bertukar putih?

aku menarik nafas panjang dan menhembusnya perlahan agar mendapat ketenangan sambil menyebut-nyebut nama Allah.

aku buntu. termenung dengan fikiran yang kosong. kadangnya memandang ke arah keyboard tapi tiada perasaan. menatap bait-bait kata sendiri dan ia tetap kosong.

apa yang ada sebenarnya? apa kehendakku?

aku hanya menekan huruf-huruf ini menjadi perkataan dan ayatnya. dan ini sahaja hasilnya? kenapa tiba-tibanya fikiran ku kosong? ……

::aku tiada jawapan::

Posted in merapu - Tagged luahan rasa

Raja buah dan 3 orang sahabat

Mar18
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Amat, Daud dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan cannibal.

Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan diberikan.. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutanbersama2 beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu kemudiannya berkata “Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau kamu akan dimakan!”. Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalamlubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli.Belum sempatepal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Daud pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara yang sama kepada Daud. Daud merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat daridalam kawah mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!! LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Daud ketawa terbahak-bahak.

Beberapa minit kemudian Daud diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah besar. “Weiii yang ko gelak apehal???… ko dah nak lepas tadi dah!!” bentak Amat kepada Daud. Daud jawab “takleh tahanla beb…tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2 Budin balik bawak durian 10 bijik”.. 

hahaha…kalau aku pun nak bantai gelak jugak…adeh!!

sekilas : durian masuk dalam bontot?? giler aper.

Posted in lawak - Tagged cerita lawak, lawak

Jangan membenci kucing

Mar17
2010
12 Comments Written by Sekilas
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.

Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.

Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.

Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya, lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.

Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.

Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.

Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.

Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.

Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuhsuspen lagi berdebar-debar…

Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni “

sekilas : aku gelak…kah kah kah

Posted in lawak - Tagged cerita lawak, lawak

Ikan Haruan Kukus

Mar17
2010
Leave a Comment Written by Sekilas

Memandangkan ramai kakak-kakak yang sedang mengandung dan bakal mendapat cahayamata…dan ada juga yang sedang berpantang. Di sini ingin ku berikan satu resepi yang telah ku cilok daripada resepi4u. saje menggoogle kan diri ku ke alam maya ini…

sila tatap ye kakak-kakak sekalian..kerana menurut penulis laman resepi4u, resepi ini sesuai untuk wanita yang dalam pantang…hehehe…kalau nak diet-diet pun leh jugak masak resepi ini. selamat mencuba ye!

Resepi Ikan Haruan Kukus
-sesuai untuk wanita dalam pantang

Bahan-bahan:

500 gm ikan haruan
5gm kulat hitam (dihiris halus)
10 gm bawang putih (dihiris halus)
20gm halia (dihiris halus)
15 ml serbuk ada hitam
1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar (dihiris)

Cara Penyediaan:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan bawang putih, halia dan kulat hitam yarigtelah dihiris halus.
3. Masukkan pula sedikit air ke dalam kuali. Kemudian panaskan.
4. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Sebelum dihidangkan, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Posted in resepi - Tagged ikan haruan, kukus, resepi ikan haruan, resepi kukus

Ucapan TAKZIAH

Mar17
2010
2 Comments Written by Sekilas

Ucapan Takziah

Takziah dari segi istilah bererti menyuruh seseorang dengan bersabar dan mendorongnya dengan pahala yang dijanjikan, memperingati daripada dosa, mendoakan bagi si mati dengan keampunan dan mendoakan bagi orang yang terkena musibah dengan mendapat penggantinya. (Mughni al-Muhtaj: 1/481)

Sudah menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat untuk menziarahi keluarga si mati atau orang yang terkena musibah. Amalan ini amatlah digalakkan oleh Islam.

Hukum Takziah
Takziah itu sunat diucapkan kepada mereka yang ditimpa musibah, sebagaimana Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : “Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah pada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah s.w.t. memberikannya pakaian daripada pakaian kehormatan di hari qiamat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun takziah itu sunat diucapkan kepada ahli keluarga musibah pada keseluruhannya, sama ada terdiri daripada orang dewasa lelaki dan perempuan atau pun kanak-kanak yang berakal. Akan tetapi tidak boleh mengucapkan takziah itu kepada perempuan yang muda melainkan sesamanya perempuan, suami atau pun mahramnya. Ini kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah.

Waktu Dan Jangka Masa Takziah
Sunat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga musibah sebelum dan selepas menguburkan si mati. Adapun lebih afdhal mengucapkan takziah itu selepas menguburkan si mati kerana kesibukan ahli keluarga pada menguruskan mayat si mati. Berlainan halnya jika ahli keluarga itu terlalu sedih dan resah sebelum dikuburkan mayat tersebut, maka afdhal didahulukan takziah itu bagi menghilangkan kesedihan dan keresahannya.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga musibah itu, hendaklah tidak melebihi kira-kira tiga hari lebih kurang. Kerana dalam jangka masa tiga hari itu, ahli keluarga musibah pada kebiasaannya hati mereka sudah mula tenang dan tidak merasa sedih dan resah lagi. Makruh mengucapkan takziah kepada ahli keluarga si mati selepas berlalunya tiga hari agar tidak menimbulkan lagi kesedihan mereka. Jika salah seorang di antara orang yang mengucapkan takziah dan orang yang diucapkan takziah itu tidak ada pada masa tersebut, maka harus diucapkan takziah itu selepas tiga hari.

Menyediakan Makanan Bagi Ahli Keluarga Si mati
Sunat bagi jiran dan kaum kerabat yang jauh menyediakan makanan untuk ahli keluarga si mati, sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda kepada ahlinya ketika mendapat khabar kematian Saiyidina Ja’far bin Abi Thalib: yang maksudnya : “Kamu buatkanlah makanan bagi keluarga Saiyidina Ja’far, sesungguhnya telah didapati mereka itu kesibukan (atas kematian Saiyidina Ja’far).” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Haram menyediakan makanan kepada orang yang meratapi si mati, seperti perempuan yang meraung menangis sambil menampar-nampar pipinya dan merobek-robek pakaiannya. Ini kerana orang yang menyediakan makanan untuk orang yang meratapi itu bekerjasama dalam maksiat. (I’anah At-Thalibin: 2/165)

Adapun bagi ahli keluarga si mati itu sendiri adalah makruh menyediakan makanan dan mengumpulkan orang ramai bagi menjamu jamuan itu, kerana ia boleh menambahkan lagi kesedihan, kesibukan di samping menguruskan jenazah dan ia juga boleh menyerupai perbuatan orang jahiliah dan perbuatan ini juga adalah bid’ah makruhah. Sebagaimana dalam sebuah hadis daripada Jarir bin Abdillah Al- Bajaliy berkata yang maksudnya : “Kami (sahabat) mengiktibarkan berhimpun di tempat ahli keluarga si mati dan mereka (ahli keluarga si mati) membuat jamuan makanan selepas penguburan si mati: itu adalah sebagai satu niyahah (ratapan).” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Adapun jika jamuan makan yang biasa dilakukan itu bertujuan untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t. bagi si mati, maka tujuan itu adalah baik. Jika ahli keluarga si mati itu memberatkan diri dengan berbagai-bagai makanan dengan tujuan riak, bermegah-megah dan perkara-perkara yang boleh membawa kepada riak dan bertujuan untuk meratapi si mati, maka itu adalah perbuatan orang jahiliah.

Lafaz Takziah
Sunat ke atas orang Islam mengucapkan takziah kepada orang yang ditimpa musibah.

Adapun ucapan takziah itu jika ditujukan kepada ahli keluarga yang Islam dan bagi si mati yang Islam, lafaznya adalah seperti berikut : Ertinya: “Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya.”

Ucapan Takziah Bagi Orang Bukan Islam

Harus bagi orang Islam memberi ucapan takziah kepada orang bukan Islam bahkan sunat hukumnya jika mengharapkan Islamnya.

Apabila si mati orang bukan Islam dan ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarganya yang Islam, lafaznya ialah seperti berikut : Ertinya: “Semoga Allah membesarkan pahalamu dan kesabaranmu dan semoga Allah memberimu penggantinya.”

Akan tetapi haram didoakan bagi mayat orang bukan Islam itu dengan memohon keampunan baginya, walaupun ucapan takziah itu ditujukan kepada keluarga si mati yang Islam. Contoh lafaz mendoakan keampunan yang diharamkan bagi mayat orang bukan Islam itu seperti berikut : Ertinya :”Semoga Allah mengampuni si matimu.”

Tidak boleh diucapkan takziah kepada keluarga yang bukan Islam bagi si mati yang Islam itu dengan mendoakannya supaya Allah membesarkan pahala keluarga yang bukan Islam itu. Kerana tiada pahala bagi orang-orang bukan Islam. Tetapi harus diucapkan takziah kepada keluarga bukan Islam itu jika si mati orang Islam dengan lafaz seperti berikut : Ertinya : “Semoga Allah mengampuni si matimu dan membaikkan kesabaranmu.” (Mughni Al-Muhtaj: 1/481-482)

Manakala ucapan takziah bagi ahli keluarga bukan Islam dan si mati yang bukan Islam adalah lebih baik ditinggalkan kerana ianya mendoakan orang bukan Islam dengan berkekalan dan sentiasa dalam kekufurannya.

Sebagaimana penjelasan di atas adalah haram bagi umat Islam mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang bukan Islam dengan mendoakan semoga Allah membesarkan pahala mereka. Begitu juga mengucapkan bagi si mati yang bukan Islam dengan mendoakan keampunan. Kerana mendoakan orang-orang bukan Islam itu ada batasnya.

Hukum Mendoakan Orang Bukan Islam
Adalah haram mendoakan orang bukan Islam sama ada dia terdiri daripada keluarga sendiri ataupun sebaliknya, dengan doa yang berbentuk permohonan keampunan dan seumpamanya yang tidak layak disebut bagi orang bukan Islam. Ianya dilarang sebagaimana firman Allah s.w.t. yang tafsirnya : “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.” (Surah At-Taubah: 113)

Daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa yang berkata yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di majlis Rasulullah s.a.w., dengan tujuan supaya Baginda bersabda dan mendoakan mereka dengan mendapat rahmat Allah – sebagaimana doa bagi orang-orang Islam apabila mereka bersin – Maka Baginda bersabda (kepada orang-orang Yahudi ketika mereka bersin) semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan membetulkan hal ehwal kamu.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa tidak harus mendoakan orang bukan Islam agar mereka mendapat keampunan dan rahmat daripada Allah s.w.t. Rahmat Allah s.w.t. itu khusus bagi orang-orang yang beriman. Akan tetapi harus bagi kita mendoakan orang-orang bukan Islam itu supaya mendapat hidayah, taufiq serta beriman kepada Allah s.w.t.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. berkata yang maksudnya : “Thufail bin ‘Amr datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah menderhaka dan enggan (menerima Islam), Mohonlah (berdoalah) kepada Allah agar ditimpakan keburukan ke atas mereka.” Orang-orang menyangka bahawa Baginda akan berdoa memohon sesuatu keburukan ke atas mereka (kabilah Daus). Maka Baginda bersabda: “Ya Allah! Berikanlah hidayah kepada kabilah Daus dan datangkanlah mereka sebagai orang-orang Islam.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sementara hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a. berkata yang maksudnya : “Nabi s.a.w. pernah minta tolong menimba air, lalu ada orang Yahudi yang menimbakan air untuk Baginda. Maka Nabi s.a.w. mendoakannya: “Semoga Allah menjadikanmu tampan selalu.” Maka orang Yahudi itu sehingga meninggal dunia tidak pernah kelihatan uban dikepalanya.” (Hadis riwayat Ibnu as-Sunni)

Doa-doa seperti di atas ini adalah diharuskan. Tetapi mendoakan orang bukan Islam dengan memohon keampunan dan keselamatan daripada azab dunia dan azab akhirat, maka itu adalah haram.

Pada zaman yang semakin giat membangun ini, bermacam pendapat dan pemikiran yang timbul dan berbagai usaha yang dilakukan terutama sekali dalam strategi-strategi untuk melemah atau menjatuhkan umat Islam, sekaligus terhadap agama Islam itu sendiri.

Budaya-budaya seperti merayakan halloween dan valentine’s day, mencurahkan rasa sedih dengan menghidupkan lilin beramai-ramai, bertafakkur atau senyap dalam beberapa minit sebagai mengingati orang yang telah mati atau berkumpul untuk upacara blessing untuk orang bukan Islam yang telah mati dalam upacara remembrance day dan sebagainya. Istilah beramal turut disalahgunakan seperti konsert amal, fun-fair amal dan sebagainya untuk mengaburi mata orang Islam yang kononnya pekerjaan itu adalah usaha yang berkebajikan. Sama ada disedari atau tidak pekerjaan dan acara-acara itu bercampur-aduk dengan berbagai perkara yang membawa kepada kemaksiatan dan dosa.

Hendaklah kita berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Berfikir panjang dalam membuat sesuatu keputusan sama ada ianya menyalahi hukum Islam atau tidak. Seperti memperingati kematian orang-orang bukan Islam dan sekaligus mendoakan mereka itu dalam keampunan dan rahmat daripada Tuhan. Perkara inilah yang mesti kita ambil kira kerana ianya sudah jelas dilarang oleh Islam.

inf0 di sini <<<<<<< sila klik.

sekilas : sedang muhasabah diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in info, Kisah-kisah itu - Tagged Meninggal dunia, musibah, takziah
← Older Entries Newer Entries →

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?
  • Permata Yang Hilang Kini Ditemui di rumah saya. Terima kasih buat Encik Hamka.

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress