Kalau diberi peluang jadi bintang TV project alpha ni…memang aku takkan lepaskanlah. Biarpun kalau dia suh aku speaking, aku boh aje walaupun ku tahu english aku berterabur. hikhik….Sape tak nak jadi weyh..? kalau korang tahu pasal Project Alpha yang dah memang femes amos di kalangan blogger ni, mesti korang pun akan angkat tangan dan kaki tanda mahu jadi bintang tv project alpha kan??
Pada yang tak tahu, project alpha ni dah masuk musim yang kedua dah tau…haa..tu la korang. takmo tanya-tanya. hehehe…So project ni macam reality tv jugak la…mengenai blogger-blogger yang terkenal dan apa yang dorang buat, life dorang…dan sebagainya la.
so camne sebenarnya caranya untuk korang nak jadi bintang tv ni? ataupun korang nak jadi blogger yang terpilih dalam project alpha season 3?

ha..ni aku nak ngajo korang nih….cara-caranya ialah…10 biji telur, tepung gandum..*oke tipu je tuh*
- Mula-mula kena ada ujibakat dulu…ala, nak jadi glamer mestila ade ujibakat yang oiii….
- Korang kena hantar video selama 60 saat atau kurang daripadanya secara kreatif mengikut cara korang tersendiri dan bagitahu kenapa korang harus terpilih sebagai blogger yang terpilih dalam project alpha ni. kenapa?? bagitahu tau. jangan lupa tu…
cara-cara nak hantar penyertaan pulak ye…sial baca langkah2 berikut :
Langkah 1: Daftar ruumz atau jika sudah ada akaun, terus login ke akaun korang.
Langkah 2: Ikut Project Alpha ruumz group!
Langkah 3: Muatnaik video anda di ‘Auditions’ Album
Langkah 4: Masukkan tajuk dan cerita sedikit tentang video ujibakat korang
Langkah 5: Ajak kawan dan keluarga korang supaya “Like” video korang supaya peluang korang nak menjadi bintang lebih cerah dan berbaloi-baloi la.
Sonang jo kan?? apo laie..pi rakam video korang then hantar seperti yang aku bagitahu kat atas tuh.
Korang nak hadiah tak?? hadiah-hadiah yang bakal menanti korang ialah :
Hadiah Pertama
- Penginapan di bilik jenis Deluxe selama 3 hari 2 malam di 360 Hotel Kuching, Kuching berserta sarapan untuk 2 orang/
- Barangan Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (Berserta South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199
Hadiah Tempat ke 2 dan 3
- Barangan Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (Berserta South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199
Auditions are now open! Check it out at
www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups






Cik norfa , kau try la sendiri
ade rezeki manjadi ke ..
hahahak
@Aus, aku tunggu kau je aus…kalau ko join..mungkin aku join skali la..hahaha…aku nk kene tgk video ko dulu..
Lepas ni ada la yang jadi selebriti TV
@imran, hahaha..takdela en.imran..malu je jdi org glamer2 nih..