Sejak mula bekerja…sejak itu aku mula merindui kawan-kawan aku.
kawan-kawan sekolah.
kawan-kawan uitm.
kawan-kawan yang pernah bersama aku susah dan senang.
saat aku rindukan mereka itu, saat itu aku teringat pula pelbagai angan-angan yang aku cipta dulu.
bila sampai saat ini, aku sedar banyak perkara yang tak dapat aku laksanakan.
kiranya banyak cakap..dan akhirnya habuk pun takde.
impian yang hanya tinggal kenangan. pergh..ayat nak sastera sangat aku ni.
ader satu dua perkara..mungkin tiga dan empat atau lima…oke aku tak mahu kira la. banyak sangat kot benda nak buat tapi semua tak jadi…
Wartawan a.k.a Lois Lane & Clark Kent
time kecik-kecik….Waktu mula orang sibuk dok pikirkan apa cita-cita yang nak diberitahu pada cikgu sekolah bila ditanya…aku cuma teringat citer Superman jerk. waktu tu aku tak tahu pun aper kerja dorang. yang aku akan bagitahu…aku nak jadi macam dalam citer Superman tu. entah macam mana aku cari, akhirnya aku tahu watak dalam tu berlakon sebagai wartawan untuk surat khabar.
Aku pun setuju pada diri sendiri aku nak jadi macam dorang. wartawan. sebab dorang ni macam penyiasat pun ada. kerja jadi hero heroin jerk. so aku suka la keje camtu.
tapi bila lihat kerjaya wartawan sebenar sekarang nih…tak macam dalam citer tu pun. citer pasal gossip artis, politik dan sewaktu dengannya.
waktu aku apply masuk Uitm dulu, aku pilih course kewartawanan kat Masscomm, tapi aku gagal. sebab English aku dalam SPM dapat 6. so tak lepas. sabo jela.maka sampai sekarang aku tak tahu ape sebenarnya cita-cita aku…
Kalaulah cikgu aku dulu tengok keadaan aku sekarang…pasti dia akan berkata, “Lupakan jela cita-cita kamu dulu”
Kahwin pada tahun 2008
Aku dan sahabat aku June ada satu keunikkan yang aku tak tahu kat mana. hahaha…kalau time usia 17 tahun dulu kitorang memang kamcing gile…sampaikan orang mesti ingat kitorang ni adik beradik. of course aku jadi adik kan. tengok jela badan si June tu tinggi melampai.
kami ade kegemaran yang lebih kurang serupa. cuma ader certain things yang buat kitorang berdebat sebab tak sama otak. kadang-kadang je la leh buat gado.
Kitorang ader nombor kegemaran masing-masing. dia suka no 5. aku suka no 8. sorang lagi Dayah yang kamceng gak ngan kitorang suka no 4.
alkisahnya, kitorang pernah bincang hal ni kat padang skola menengah Pandan Indah. time tu baru lepas bersukan tak silap aku. Siapa kawen dulu?? aku kata June, lepas tu Dayah kemudian baru aku.
Dan….sebab June suka no 5, dia nak kawen tahun 2005, Aku pulak nak kawen tahun 2008 (23 tahun). dayah..tak pernah cakap plak nak kawen bila.
Akhirnya, hanya june sorang je dapat capai hasrat tu. dia kawen bulan 5 tahun 2005. tahun 2008, aku belum lagi habis study ijazah….Dan sekarang Dayah pun dah kawen Januari 2010.
aku jugak masih bujang… (: insyaAllah…masanya akan tiba jua.
Nak pakai Nissan Sentra
Ini bukan angan-angan. time aku 17 tahun aku bengang dengan sorang brader ni yang mampu pakai kete ni pada usia 22 tahun. So aku nekad…time umur aku camtu, aku nak beli kete camtu jugak.
hahaha..penyudahnya sampai umur aku 25 tahun, keje pun tak menentu lagik. ape kes nak beli kete…Kancil putih yang comot itu je yang mampu aku naiki ketika ini. silalah berangan lagi Norfa. tapi pasni aku berangan tukar kete lain plak..hihihi…
Itula satu dua perkara atau tiga atau empat perkara….uhuk…banyak le plak. itu pun ade lagi nak disenaraikan. tapi..nanti2 la..aku pikir lagi camne nak tulih k.
korang pun ade angan-angan jugak? sibuk je..kongsi la sama k.
sekilas : aku berangan kawen kat hotel…so, agak2 tercapai tak nanti?






hahaha..kalu bab berangan nopa ni mmg no satu..pastu bila org tegur mcm2 alasan dia ckp..xcube xtau la, xnk sapot la dan bla2..lastnya ini la jadi nya..btw i’m still laving yu..kuang3..
@akii ahmad, huhuhu..memang la kena sapot..baru tercapai cita-cita…hakhak…baik! love u too…