Mungkin aku ni tak reti nak berterima kasih atau bersyukur…mungkinlah kan..mungkin..
Hakikatnya, aku amat menghargainya.
Im so sorry my dear. Mungkin emosi telah mengatasi segalanya. Sepatutnya aku lebih berterima kasih pada dia kerana sudi juga nak tolong aku.kalau nak tunggu aku…lambat lagilah nak bergerak.
Kena salahkan diri aku juga…sape suh aku pi tinggalkan file dalam kete dia. Pelupa nak mam*** betul. Cuba la makan kismis banyak-banyak sket nopa oiii…Dia pun dah pesan dah banyak kali.
Penyudahnya semalam aku rasa tak senang duduk..pastu asik nak salahkan dia je sebab salah pos surat. Hmmm….
Pagi ni aku tambah lagi luahan perasaan kat dia betapa aku tidak mahu merasa sisa-sia dengan apa yang aku buat sebelum ni. Yela..pegi sana pegi sana ..nanti satu apa pun tak dapat.
Akhirnya dia berusaha juga pegi ambil balik surat tu untuk di re-post semula. Dia BERUSAHA norfa…silalah prihatin dan berterima kasih pada dia..miss communication sebenarnya yang berlaku. Aku pun tak cakap terang-terang kat dia kene pos guna AR Registration. Aku cakap pos berdaftar. So dia pun pi la pos berdaftar. Bila tak macam yang aku gambarkan, itu yang aku duk bising-bising kat dia. Tapi tu la…dah jadi.
Billionssss thanks to him. Aku tahu tu semua dah menyusahkan dia sebab terpaksa ulang alik pi pejabat pos semata-mata nak pos surat aku tuh.
Aku pun kalau boleh tak mahu susahkan dia. Tapi sebab dah surat tu TERtinggal dalam kete dia. Nak wat camne…
Sejuta kali maaf aku ucap kat dia. Sebab aku tahu mesti dia terasa hati dengan ‘bebelan’ aku semalam dan hari ini. Lepas dia kata dia re-post balik surat tu…aku ucap thanks…dia terus senyap.
What to do? Mungkin dia ingat aku ni reti nak marah-marah je bila dia salah..walhal aku pun salah jugak. Apa-apa pun harap-harap si dia tak merajuk lama…im sorry again. And thanks because you willing to help me. Love you my dear!
Sekilas : kadang-kadang laut itu bergelora






bagus2… good luck