Hidupku..diruntun pilu..llrik lagu ala-ala Wali Band la….Terkejut dengan berita semalam (aku kira semalam la, sebab time aku updet ni dah kul 12.10 pagi…15/03/2010) . Tapi, masih belum lagi kita dapat pastikan. tak baik pulak kalau buruk sangka tapi tak tahu hal sebenar kan..

Azean Irdawaty tak sangka anak ditahan kes edar dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Azean Irdawaty yang cuba menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, atau Benjy yang ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil, di sini, sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan dalam kes pengedaran dadah, mengakui hatinya luluh selepas mendengar berita penangkapan anak kesayangannya itu.

“Kak Yan (Azean) nak jumpa dia, nak peluk dia, nak cakap walau apa pun terjadi, Ben (Benjy) masih anak mama… mama tetap sayangkan Ben. “Kak Yan bergegas ke balai, tetapi tidak dibenarkan jumpa Benjy. Hari ini pun (semalam) masih tak dapat jumpa dia. Dia orang (polis) tak bagi jumpa, cuma Kak Yan tahu Ben belum dituduh, masih dalam siasatan,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Berita penuh di sini

Waktu mak aku tahu pasal kes ni…mak aku kata dia termenung kenangkan nasib seorang ibu macam Azean. Bukankah dia sakit kanser, dapat pulak dugaan pasal anak macam ni. Bila baca pasal hukumanyang bakal di kenakan pada Benjy jika di sabit kesalahan..lebih meruntuhkan hati si ibu kan..hukuman pula boleh sampai ke tali gantung.

Persoalan daripada ibu Benjy sendiri masih tiada jawapan. Kenapa? siapa yang dorong? dah berapa lama?

serapat-rapat mak dan anak macam tu pun kita masih belum dapat nak duga sejauh mana sikap anaknya. Beginilah yang dikatakan sebagai split personality yang pernah aku fikirkan dulu. Tak sangka, orang yang kita sayang akan buat begini.

Semoga ibu Benjy @ Azean Irdawaty tabah menghadapi dugaan ini. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

sekilas : Selalu berdoa.

14 Responses to “Apa salahku? Apa salah ibuku?”

Leave a Reply