Lama tak lama jugak lah aku ni nak menghapdetkan blog. Memandangkan aku tak mempunyai banyak aktiviti kat ofis ketika ini makanya, aku ingin sekali berkongsi pendapat aku dengan korang yang mungkin tidak sebulu dengan aku. Of course la kan, takkan sama plak bulu kita..itu macam perumpamaan jela…
Sejak 2 menjak 3 menjak dan beberapa menjak ni, ramai bebenor orang dok menginvitekan diri aku join program-program menjana duit. Aku ni sejak zaman bercinta dengan orang RTM ‘dulu’ tu, aku cukup tak gemor la nak join benda-benda ni. Kalau dulu orang duk kate sistem Piramid cam MLM la dan yang sewaktu dengannya.
Memang dengar cerita orang gempak abis, daripada seorang despatch yang bergaji RM800 sebulan akhirnya mendapat keuntungan beribu-riban sebulan dan mampu memiliki sebuah BMW, Merc dan yang sewaktu dengannya. Gempak kan?
Budak sekolah umur 15 tahun paling senang terpedaya dengan testimonial yang begitu hebat. Tapi, kalau lah jenis kau tu pemalas nak mampos, tak reti nak wat marketing, tak faham konsep MLM tu jadah apa, tapi ko join dengan syarat kene beli barangan dorang la..every month datang meeting la..pastu korang kena bayar sket la yuran ke apa-apa la…macam mana korang join pun, korang tetap tak dapat untung. Meniaga macam ni kena pandai buat trick macam magik. Sekali buat je orang terus nak percaya..
Dulu ade orang ajak aku join CNI..waktu aku menemankan kawan aku dulu…jenuh dia dok terangkan aku program ni. Aku sedar diri, aku ni tak suka nak berkomunikasi dengan orang berkaitan dengan marketing. Mulut aku tak semanis mulut-mulut gula kat luar sana tu. Jadi, aku tak teringin nak join dan tak pernah terbayang aku akan jadi kaya dengan join benda ni semua.
Aku percaya ada di antara kita telah Berjaya dengan program jualan seperti ini. Tapi berapa ramai yang kecundang dan akhirnya kembali ke fitrahnya yang asal?
Sekarang ni..dah takde orang ajak aku join MLM dah..tapi ajak join program-program yang kau Cuma labur RM20, atau mungkin RM100 dan esok pagi kononnya kau tengok je bank kau, dah ader lebih daripada duit yang kau laburkan tu. Macam mana caranya? Kau daftar..bayar RM100 kat orang yang promote kat kau. Pastu next time kau promote kat orang…orang tu plak bayar kat kau..dan sterusnya sehinggalah duit dalam akaun bank kau mencanak bertambah macam orang kaya.
Program macam ni lagi bangsat! korang toksah la nak berangan duduk je kat rumah goyang kaki tetiba dapat duit berkepok-kepok. Apa faedahnya kau belajar, sekolah, kemudiannya apa faedahnya industry-industri kat luar ni yang disediakan untuk memajukan diri dan Negara. Orang yang paling untung adalah orang pertama yang cipta sistem ni. Nampak memang sangat mudah. Ini pun marketing jugak. Ko kena cari orang jugak. Tapi korang boleh fikir sendiri la.
Bukan senang nak jadi senang. Memang kene usaha dari bawah. Pada orang yang kaya raya dengan cara macam ni, cuba korang Tanya sendiri kat dorang tu..dah cukup bahagia ke hidup dorang?? Dorang takkan pernah puas dengan apa yang ada.
Orang yang hidup sederhana macam kita nilah yang lebih banyak bersyukur. Sebabnya kita ni sedar diri… “oh aku ni tak banyak duit, takleh nak makan mewah-mewah. Dapat nasi goreng kampong kat kedai Pak Halim pun dah kira bersyukur”
Tapi bila kau dah kaya..ada duit lebih sikit… “ala..benda ni bukan mahal pun, apa yang nak dikirakan sangat, beli je…kalau tak sesuai nanti buang jela”
Tengok lain yang aku nak citer lain yang aku taip. Susah kalau tulis beremosi ni. Baru jap tadi ade lagi orang duk invite aku.. “meh join..bayar RM20 je lepas tu korang akan lihat keajaiban.” Bontot ayam la…masuk tandas pun dah bayar 50sen sekarang ni. Tu pun perkhidmatan tak cukup bagus. Ini kau nak bayar RM20 pastu dapat duit beribu-riban. Taik la…baik aku buat tandas je untuk orang.
Aku boleh dengar. Tapi aku takan nak sokong kau join benda alah ni semua. Aku lagi rela gunakan hasil titik peluh aku, berkhidmat, kongsi idea, hasilkan kreativiti sendiri…dan kemudian orang hargai aku. Lebih aku puas hati.
Kalau ader rezeki aku… tak akan kemana. Tiap-tiap orang kat dunia ni dah Allah tetapkan rezeki masing-masing. Tinggal kita ni je nak usaha mendapatkan rezeki itu dengan cara baik dan halal. Lagi lambat lagi besar hikmahnya. Jangan berhenti berdoa dan bersyukur pada Dia.
Nasihat aku….aku bukan orang yang sesuai untuk korang promote sebarang ‘bisnes’ yang macam ni. Sila blah dari kotak mesej, komen dan sebagainya. Aku jelik melihatnya.
Sekian.
Sekilas : dorang ni nak senang dengan cara mudah je!! :: marah ::






wah..marah nampak..buat xlayan jek..
@akii ahmad, memang tak layan pun. tapi lagi kita senyap lagi dorang dok penuhkan inbox..semak je.
aku sokong la sgt..aku klu org dtg nk ajak join..aku angkt tgn suruh diaorg stop dari berckp..coz x brminat..ckp trima kasih jer kt diaorg..