• Home
  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Follow

Sekarang saman bukan sikit2, RM2 JUTA beb!

Mar04
2010
7 Comments Written by Sekilas

Kan aku pernah citer pasal Nabil yang buat kenyataan tak paham jalan cit filem di sendiri tu. boleh baca kat sini kalau nak review balik.  Dengarnya nak di saman…nah…sekarang, dah kena saman dah. surat dah di hantar…tunggu maklum balas Nabil…kalau korang nak jadi artis, stndby je peguam dari sekarang. tak saman tak sah wooo..

Saman Nabil RM2 juta

Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/03/04

KUALA LUMPUR: Gara-gara mengkritik filem lakonannya sendiri, juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, disaman RM2 juta oleh syarikat yang menerbitkan filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie, SDAF Pictures (M) Sdn Bhd.
Mengesahkan perkara itu, pengarah Lu Pikirlah Sendiri, Aminah Rhapor, 44, berkata notis saman berkenaan sudah dihantar kepada Nabil di kediamannya di Sunway Damansara, dekat Petaling Jaya, pada 24 Februari lalu melalui Tetuan Hing & Alvin, Advocates & Solicitors.
Aminah berkata, Nabil diberi masa 14 hari dari tarikh berkenaan untuk memberikan maklum balas serta memenuhi segala tuntutan daripada pihak plaintif ke atasnya.
“Kami terpaksa menyaman Nabil kerana dia melanggar kontrak bersama SDAF. Nabil bukan saja memperlekehkan filem lakonannya sendiri, tetapi juga tidak menjayakan promosi filem ini seperti yang dijanjikan.
“Kesan daripada tindakan Nabil itu, ia memalit imej buruk ke atas filem ini dan menjejaskan reputasi produser serta saya sendiri sebagai pengarah.

Hahaha…kalau dah pengarah tu memang tak bagus, tak bagus la juga. apa yang nak dikatakan reputasi sebagai pengarah terjejas pulak kan. ala dont worry la Puan Aminah, filem itu kalau bagus, anda pasti akan mendapat pujian punya…walaupun sebenarnya bukan anda seorang yang menjayakan filem tersebut kan….krew2 filem yang lain tak pulak dapa nama kalau filem itu berjaya pun…napa tak kata kredibiliti krew2 lain pun terjejas jugak…?? nak makan sorang nampak!

“Bagaimanapun, selepas Nabil mengeluarkan kenyataan mengkritik dan memperlekehkan filem ini, dia langsung tidak datang berjumpa saya. Paling tidak pun, dia boleh berjumpa produser filem itu, Datuk Suhaimi Othman untuk minta maaf,” kata Aminah kepada Harian Metro (HM), semalam. Beliau berkata, pihaknya memahami jika jadual kerja Nabil padat, namun pelakon itu langsung tidak muncul mempromosikan filem pertama yang dibintanginya bersama Mila AF5 dan Lan Meet Uncle Hussain (MUH) itu.

Biar betul Nabil? ekau tak datang langsung ke promosi filem tu? Memang lupo daratan la ekau nih. tak sorik ko dongan artis-artis lain buat hal tak turun padang wey. amek iktibar la sket jang oii…takkan awek ko tak bagi warning kek kau.tapi kalau ekau memang ado datang promosi walau sekali..apo laie..ekau saman yo dio balik…mandai-mandai cakap orang tak join promosi..hehehe….

“Apabila kita bekerja dengan syarikat mana pun, sudah tertulis dalam perjanjian tidak boleh mengutuk tempat kita mencari makan. Itu perkara asas dan ia turut terkandung dalam kontrak filem Lu Pikirlah Sendiri De Movie.
“Sebab itu sebelum Nabil menandatangani kontrak berlakon, saya minta dia bawa balik kontrak itu dan baca dengan betul isi kandungannya. Kalau rasa tidak faham, boleh rujuk dengan peguam. “Kalau tak salah saya, Nabil ada membuat kenyataan dia memang tidak tahu yang dia tidak boleh keluarkan kenyataan memburukkan syarikat. Kalau dia membaca kontrak itu dengan teliti, tentu dia akan tahu semuanya ada.

haha…aku pun tak tahu dalam kontrak filem tak leh burukkan syarikat…hikhik….ala biasa la tu. mana-mana buruk kita orang mesti nak ngata punye. cuma silap Nabil dia burukkan syarikat kat media jer…tapi, itu pun kira memburukkan ke?? Nabil cuma cakap dia tak paham jer jalan cerita…salah ke?? hahaha…kalau tak salah ye Puan Aminah,…kalau salah camne?? Nabil, saman je balik…huahuahua….

aku ni cerita nak gempak je. tapi tengok nye tidak lagi. nanti aku nak tengok, hebat sangat ke filem Aminah Rapor ni sampai nak menyaman orang RM2 juta…abang aku cakap, sekarang macam-macam cerita dah. Ustaz nak saman ustaz pun ade…haa…tau citer pasal Ustaz Asri…?? nanti kita citer pasal tu plak eh…

sekilas : Dunia..dunia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada masa baca yang ini pulak :

  • Susah kalau dah teralu jujur ni
  • Sibuk ke Cik Norfa?
  • Review : The Descent 2
  • update pantas yang pemalas
  • Horey! tanda gembira.
Posted in Artis, movie - Tagged Aminah Rapor, Lu Pikirlah Sendiri, movie, Nabil
SHARE THIS Twitter Facebook Delicious StumbleUpon E-mail
← Tolonglah amek perhatian sikit
Siapa suka makan petai? →

7 Comments

  1. Mus's Gravatar Mus
    04/03/2010 at 1:57 pm | Permalink

    banyak tu..
    boleh buat duit kawen nabil tu..
    kerana mulut badan binasa..
    jadikan pengajaran

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      04/03/2010 at 3:45 pm | Permalink

      @Mus, jangankan duit kawen bang…duit buat rumah, beli kete…seme boleh la….siap leh buat loan kat kawan2 la…

      Reply
  2. Amir Zones's Gravatar Amir Zones
    04/03/2010 at 2:09 pm | Permalink

    kesian kt nabil.. maybe sbb dia jujur sgt.. spatutnya tak payah la nak bgtau kat media… tak pasal2 kena saman.

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      04/03/2010 at 3:42 pm | Permalink

      @Amir Zones, itu kerana dia tidak berfikir sebelum bicara…huhuhu…tapi nanti mesti dia leh fight balik punye…confident jer kan…

      Reply
  3. imran's Gravatar imran
    06/03/2010 at 5:25 pm | Permalink

    Zaman gawat ni la bertambah kes SAMAN. Semua nak ambil peluang dapat duit mudah :D

    Reply
    • Sekilas's Gravatar Sekilas
      06/03/2010 at 7:38 pm | Permalink

      @imran, betul tu.macam-macamcara dah sekarang ni untuk kaut untung..asl boleh je…

      Reply
  4. sWEeT S*J's Gravatar sWEeT S*J
    12/05/2010 at 7:24 pm | Permalink

    xpe si nabil ni dah ckp duit dia nk byr..
    sape srh mulut xleh cover..
    heheheeeee…main lepas jer..jujur sgt..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

I LOVE NUFFNANG!





The time is running

horoscop 2009 free online movies horoscop 2010 | horoscop saptamanal | horoscop zilic | horoscop |

Get Adobe Flash player

Setiap entry yang ditulis ini adalah lahir dari penulis sendiri atau telah di ambil dari mana-mana sumber yang dinyatakan. sekiranya didapati entry anda berada di sini sila nyatakan kepada pemilik blog sekilass.com. Sebarang komen yang diberikan di dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang masalah di kemudian hari bukan tanggungjawab sekilass.com.

Sebarang Post yang ade password, anda di minta untuk menjadi follower saya di twitter @CikNorfa. Sekian terima kasih!

Naskah Coretanku

Love Story

Lilypie Maternity tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

My Pages

  • Persiapan Perkahwinan 2011
    • Perbelanjaan Perkahwinan
    • Hari Kejadian
    • 1 Hari Sebelum
    • 1 Minggu Sebelum
    • 2 Minggu Sebelum
    • 1 Bulan Sebelum
    • 2 Bulan Sebelum
    • 3 Bulan Sebelum
    • 4 Bulan Sebelum
    • 5 Bulan sebelum
  • Soalnya siapa?
  • Blogroll / Link
Dah solat ke belum? kalau belum pi solat dulu, baru baca blog okay... :)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: -Amalan yang mula-mula akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalan yang lain. Dan jika solatnya itu rosak, binasalah segala amalannya yang lain- (HR. Thabarani)

‘LIKE’ this blog?

Top Post

  • Bantuan Baitulmal JAWI
  • Tips dan cara membuat syabu
  • Resepi : Kek Coklat Moist
  • Persiapan Perkahwinan 2011
  • Perbelanjaan Perkahwinan
  • Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan JAWI
  • Resepi : Kek Batik
  • Resepi : Koktel Jimat Ekon (Dessert)
  • Takziah : Achik Spin meninggal dunia.
  • Gossip : Siti Saerah mengandung?

Formspring

Sayang semua!

widgeo.net

Tag Glamer

Aktiviti anak buah Benjy hisap dadah berbuka puasa bestfriend blog blogger Buffered Earning cinta contest cuti facebook giveaway hadiah happy birthday hari raya HotFM jawatan kosong Kawan baik kerja kerja kosong keyword kisah-kisah Nabi Kisah-kisah teladan lawak lirik lagu makan makan-makan masalah meeting Meninggal dunia movie my blog My Cinta Nuffnang pengunjung bertuah peraduan perkahwinan pregnancy project alpha resepi suami isteri surat khabar wanita wedding

EvoLve theme by Theme4Press  •  Powered by WordPress