tapi ada sesetengah part tuh, kalau sepatutnya kau tak jujur..kau tak perlu la jujur kan..hahhaa…
well, aku mungkin agak ketinggalan mengenai cerita Nabil yang dikatakan mengutuk filem dia sendiri. kenyataan ni aku tak baca kat surat khabar…tapi aku baca kat Beautifulnara dengan kenyataan seperti ini :
“Terus terang, saya kecewa dengan filem ini. Apa yang saya harapkan tidak kesampaian. Malah, ketika sesi pratonton baru-baru ini, saya tidak faham jalan ceritanya.”
ha..camno…?tak dapek den nak nolong nyer. mungkn betul ape kenyataan Nabil tu. dah kita sendiri kalau tengok wayang, bila citer tu tak best, maka tak best la jadinya kan.takkan kita nak mengaku best plak kasi orang tengok. Tapi kalau untuk mempromosi filem..citer tu macam gampang sekalipun, ko kenelah cakap best Nabil…ini filem kau. adoilah…
tapi, dengarnya penerbit dan pengarah filem Lu Pikirlah Sendiri ingin menyaman Nabil kerana mengeluarkan kenyataan berikut dan membuatkan ramai orang kat luar sana takmo pergi menonton…Ala, kalau tak Nabil pun yang buat statement tuh…dah memang hakikatnya filem tu tak best..tak best la jugak kan…
Saya dan seorang lagi penerbit filem ini, Datuk Suhaimy Othman tetap akan menyaman Nabil kerana ramai yang enggan menonton LPSdM disebabkan kenyataannya semasa tayangan perdana filem itu. Saya mendapat tahu respons itu menerusi cakap-cakap orang di Internet. Itu pun sudah membuktikan yang penonton tidak mahu menontonnya.
selera Nabil tu dah memang selera penonton yang dahagakan filem berkualiti. Korang bayangkanlah pulak…bila tetiba orang dok kutuk-kutuk filem Lu Pikirlah Sendiri tak best, buruk, macam sampah DLL…mesti Nabil dapat kutukan kan kan kan..so, Nabil dah kaber line dari awal la…filem tu tak best dan dia pun tak paham jalan cerita tu.
Nak salahkan Nabil 100% pun tak leh jugak. tapi kalau setakat komen pembaca dari internet yang buatkan Aminah Rapor jadikannya bukti orang tak pegi tengok sebab statement Nabil…boleh pakai ke eh?? kalau orang memang tak suke Nabil, dia tulis la komen banyak-banyak dengan mengutuk filem tuh….tapi kalau orang suke…Nabil kate tak best pun orang tengok…betul tak??
Dunia-dunia..sikit-sikit nak saman…sebab tu orang kata jangan jadi pengarah syok sendiri…diri sendiri kena tengok sepuas hati dulu..best ke filem awak tu..?? kalau tak best, takyah bikin filem…lagi senang. jimat belanja.baik bagi dana tu kat orang yang betul-betul ade idea bernas untuk bikin filem…..
aku memang teringin tengok filem tu…tapi takde sape nak ajak aku tengok wayang..camno? hahaha…duit takde weyh, nak tengok wayang pun dah tak mampu da..baik aku cari keje dulu.lagi berpekdah.
sekilas : apo nak di kato?





