Archive for March, 2010

Apa terjadi kepada Din Beramboi?

Wednesday, March 31st, 2010

Din Beramboi in Critical Condition

Submitted by amir on Wednesday, March 31st, 2010

Wednesday, March 31st, 2010 03:25:00

UPDATED 3.31am

KUALA LUMPUR: POPULAR comedian, radio and TV presenter Mior Ahmad Fuad Mior Badri, better known as Din Beramboi, 43, is facing an uphill battle against two afflictions.

Diagnosed early on as facing infection from rat urine, believed to be Leptospirosis, Din has also been confirmed as also facing dengue hemorrhagic fever.

Youngest sister, Rozana Laili confirmed this with The Malay Mail. “He has been sick for almost a week. We heard he was facing a normal fever. He collapsed last night, and was brought to the hospital before doctors said he had a 50-50 chance of survival.

“It’s a two in one situation, arising from rat urine infection and dengue,” she said.

“We’ve been through a lot and we can’t cry anymore and still so many people are calling and it’s draining but we understand everyone is concerned and worried for Din.”

Din’s mother, Rahmah binti Abdullah Sani, 74, was a composed figure when she spoke to The Malay Mail.

“Right now, he is in coma and under observation to see whether his condition will take a turn for the worse or better,” she said.

“As a mother, I pray that through the grace of God, he will be given an opportunity to open his eyes and be with us again.”

She said she was touched by the love shown by Din’s friends and fans alike and thanked them for their prayers, and support shown last night.

“I thank his fans for the love they’ve shown. Only God can repay their kindness.”

sumber berita : Malaymail

tengah aku sesiap gi keje pagi tadi, mak cakap Din Beramboi koma sebab kena kencing tikus…aku macam tanya balik…”Apa mak?!” tanda tak puas hati la…mak kate kencing tikus la…sama je kan jawapnnye.

aku tak tahu pulak kencing tikus boleh membawa infection yang begitu memudaratkan seeprti yang berlaku pada Din Beramboi. lantas soalan seterusnya ku tanya pada mak “Mana mak tahu ni?” *sebab time tu mak tak dengar ERA pun, mak dengar SINAR FM. huhuhu*

Mak kata Salleh a.k.a jiran aku yang bagitahu. ceh! cepat je mak daapt informasi. mak ade internet bergerak dah sekarang. tapi kira mak lagi advance la kan..hehehe…

Dengarnya kritikal bagai sampai perlukan darah type O dan sebagainya. tengok laporan berita ni pun aku dah begitu simpati pada nasib dia yang kata doktor 50-50. semoga dia selamat dan dapat kembali hidup seperti biasa hendaknya…

JANGAN! jangan sesekali kita mendoakan perkara yang tidak baik pada mereka yang sakit. sebab aku tahu ramai di luar sana yang mungkin tak suka cara dan gaya Din Beramboi…mesti ada yang kata “Padan muka dia.! selalu kenakan orang” dan bla bla bla…No Guys! itu bukan cara kita sebagai umat Islam. kalau kita berada di tempat dia, pastinya kita mengharapkan doa-doa dari orang sekeliling kita untuk sembuh kan…fikirlah bersama.

Dan aku berdoa agar dia selamat…Amin.

Resepi : Kek Batik

Tuesday, March 30th, 2010

Aku teringin plak rasanya nak makan kek batik nih…bila kali terakhir akur asa eh? time-time tensen ni, memang dalam kepala otak aku asik nak makan jer. pastu jalan-jalan dalam tenet ni aku teringat kek batik…sedap ni kalau dapat makan time hujan turun dengan syahdunya….cuaca yang gelap. di dalam ofis yan gekon nya sejuk…time perut tengah lapar..pergh….sape yang dah penah buat..leh la tunjukkan hasilnya…selamat mencuba!!

Bahan-bahan ( loyang 7/8″ )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer…)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.

sumber resepi ku ambil dari sini >>> resepi

sekilas : tensen je makan…!

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Monday, March 29th, 2010

Kalau diberi peluang jadi bintang TV project alpha ni…memang aku takkan lepaskanlah. Biarpun kalau dia suh aku speaking, aku boh aje walaupun ku tahu english aku berterabur. hikhik….Sape tak nak jadi weyh..? kalau korang tahu pasal Project Alpha yang dah memang femes amos di kalangan blogger ni, mesti korang pun akan angkat tangan dan kaki tanda mahu jadi bintang tv project alpha kan??

Pada yang tak tahu, project alpha ni dah masuk musim yang kedua dah tau…haa..tu la korang. takmo tanya-tanya. hehehe…So project ni macam reality tv jugak la…mengenai blogger-blogger yang terkenal dan apa yang dorang buat, life dorang…dan sebagainya la.

so camne sebenarnya caranya untuk korang nak jadi bintang tv ni?  ataupun korang nak jadi blogger yang terpilih dalam project alpha season 3?

ha..ni aku nak ngajo korang nih….cara-caranya ialah…10 biji telur, tepung gandum..*oke tipu je tuh*

  • Mula-mula kena ada ujibakat dulu…ala, nak jadi glamer mestila ade ujibakat yang oiii….
  • Korang kena hantar video selama 60 saat atau kurang daripadanya secara kreatif mengikut cara korang tersendiri dan bagitahu kenapa korang harus terpilih sebagai blogger yang terpilih dalam project alpha ni. kenapa?? bagitahu tau. jangan lupa tu…

cara-cara nak hantar penyertaan pulak ye…sial baca langkah2 berikut :

Langkah 1: Daftar ruumz atau jika sudah ada akaun, terus login ke akaun korang.

Langkah 2: Ikut Project Alpha ruumz group!

Langkah 3: Muatnaik video anda di ‘Auditions’ Album

Langkah 4: Masukkan tajuk dan cerita sedikit tentang video ujibakat korang

Langkah 5: Ajak kawan dan keluarga korang supaya “Like” video korang supaya peluang korang nak menjadi bintang lebih cerah dan berbaloi-baloi la.

Sonang jo kan?? apo laie..pi rakam video korang then hantar seperti yang aku bagitahu kat atas tuh.

Korang nak hadiah tak?? hadiah-hadiah yang bakal menanti korang ialah :

Hadiah Pertama

  • Penginapan di bilik jenis Deluxe selama 3 hari 2 malam di 360 Hotel Kuching, Kuching berserta sarapan untuk 2 orang/
  • Barangan Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (Berserta South Africa 2010 mini ball)
  • P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199

Hadiah Tempat ke 2 dan 3

  • Barangan Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (Berserta South Africa 2010 mini ball)
  • P1 W1GGY Prepaid bernilai RM199
Project Alpha Season 2
is presented by
Adidas Action 3
supported by
P1 and MAS
Auditions are now open! Check it out at
www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

sekilas : beb! takmo cuba ker? lumayan kan …? hihihi…

Kerana derhaka terhadap suami

Monday, March 29th, 2010

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israil berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita disebabkan penyakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.

Satu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekali gus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar perlahan-lahan sebuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusapkan rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi terlupa menunaikan nazar yang dilafazkan ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya.

Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, “Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.” Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidurnya. Beberapa kali dia beristighfar sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Perasaan takut telah menerjah-nerjah nalurinya.

Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. “Nazar apa?” tanya si anak. “Begini… semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,” jelas si ibu. “Apa yang mesti kita lakukan?” tanya si anak selepas agak lama termenung. “Apa lagi galikan sebuah lubang kubur untuk mak!” perintah si ibu. “Gali kubur? Tapi.. bukankah kubur hanya untuk orang mati?”. Soal si anak penuh kehairanan. “Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya Allah mak akan selamat,” ujar si ibu selamba.

Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan air mata, si ibu menadah tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku daripada kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku.”

Dalam keadaan serba salah si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk mengambus lubang kukur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,” bisik si anak mengenangkan nasib sibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa meohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.

Didalam kubur, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luan. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya disebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh. Didapati ada suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila di intainya ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya.

Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: “Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami” pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, seekor lagi datang mematuk- matuk kepala wanita berwajah muram itu.

Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. “Bagaimana kamu memperolehi kemulian ini?” tanyanya lagi. “Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana kamu lihat.” Setelah itu, si ibu tadi bertanya pula kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. “Semasa di dunia,” jawabnya tersekat-sekat, “aku perempuan yang soleh, tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku sering kali derhaka kepada suamiku.” Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku… maka itulah Allah jadikan kubur ini tempat penyiksaan. “Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf.” “Insya Allah,” jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.

Tujuh hari kemudian,setelah tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelaki ibu tadi sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluluh kampung bahawa si ibu telah kembali semula selepas seminggu dikebumikan.

Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara. “Dialah arwah isteri saya” kata lelaki itu sayu. “Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana,” jelas ibu itu. “Baiklah… aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,” sambung lelaki itu lagi.

Aneh, malam itu si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung. “Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu. “Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,” ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.

sekilas : moga kalian di sana menjadi isteri yang solehah..begitu jugak aku satu hari nanti. amin

Protected: Apa maknanya?

Monday, March 29th, 2010

This post is password protected. To view it please enter your password below:


Aktiviti yang bakal dilakukan

Sunday, March 28th, 2010

Aktiviti yang mungkin dijalankan hari ini ialah :

CSI
Yaaaa….masa untuk memacakkan diri depan tv dari jam 12 pm – 3pm…hanya di AXN *itupun kalau episod yang ditayangkan aku belum tengok la*

Movie
klu CSI takleh layan…layan HBO ke…Star Movie ke….dan sewaktu dengannya. biasanya hari Ahad camni banyak citer best2..semalam je pun ade Forrest GUmp. Gile lama tak tengok citer tuh….

Dating
Disebabkan My Cinta sudah pulan daripada bercuti kat TErengganu. Maka dia sudah ada di Klang. Maybe lepas dia jemput abg dia kat airport dia akan datang jumpa aku…dan kitorang nak dating la kan…tapi itu MAYBE la…

Basuh baju
yee…setelah berhari-hari ku longgokkan baju kotor di belakang pintu, maka hari ini adalah hari untuk membasuh baju..huhuhu. so sila kosongkan ampaian ye mak. my turn plak nak membasuh. muahahaha…

hm….kenapa aku dapat tengok TV macam-macam siaran ikut sukahati aku je??

sebabnya mak takde kat rumah, sebab dia gi kursus haji. so..aku dapat tengok TV tanpa gangguan berebut siaran. hihihi…

UPDATE!! 29/03/2010

CSI : berjaya menjalankan misi ini

MOVIE : tak berjaya sebab takde citer best pulak.

DATING : Berjaya keluar dating dan berjaya pulang sebelum 12 mlm…hikhik

BASUH BAJU : sangat berjaya !!  hahaha

sekilas : tapi hari ni kena masak sendiri.

satu petang di pusat Rawatan Bekam

Saturday, March 27th, 2010

Petang tadi, aku gi menghantar ibunda tercinta ke tempat buat rawatan Bekam kat area Melawati tu ha…

Biasanya mak aku akan berbekam dan aku akan menanti duduk di kerusi sambil main-main hp…

Hari ni plak..Ummu dan Ustaz tak kelihatan. Katanya pegi umrah…
so, duty hari ini diambil alih oleh anak-anak ustaz tu la *ekceli, selalu-selalu pun anak-anak ustaz ni memang ade pun*

Dan tempat Ummu ni diganti dengan Ummi. Ummi ni bini uztaz yang pertama la…*aku bukan nak citer pasal Ummi* nak bagi korang paham je.

Lepas mak berbekam ngan Ummi, mak ke belakang untuk buat bayaran lah. Aku dengar la *PERHATIAN : dah cakap kuat, pastu memang kat tepi tu je ha..mmg dengar la kan*

Perbualan antara mak, Ummi dan anak-anak ustza tuh. a.k.a anak-anak Ummi la kan.

Anak Ustaz : Makcik, saya dengar suara makcik kat telefon saya dah tau dah sape.
Mak gelak-gelak je.

Anak Ustaz : Cucu Makcik…issh..malu plak nak tanya. Itu cucu makcik ker?

*Aku kat depan ……WHAT???? (dalam hati jela)*

Mak : eh, itu anak makcik yang bongsu.

Anak ustaz : Umur dia berapa?

Mak : 25 tahun

okey enuff…sampai situ je perbualan yang aku nak tulis. *memang aku terus tekun dengar la lepas tu*

Adakah aku ni TERLALU MUDA atau pun mak aku tu TERLALU TUA sampai dia leh kata aku ni cucu mak?? Ceh!! begitu hampeh sekali pertanyaan itu…

tapi aku pilih aku ni kelihatan terlalu muda kot!! hehehe…anak ustaz tu umurnya 19 tahun. oh dia betulkan 20 tahun. *sumber daripada tekun dengar tadi tula*

tapi aku masih terngiang-ngiang la pertanyaan tu….

sekilas : ini cucu Zabedah & Idris serta Abd. Hamid & Kamariah okey!!

My Date Night

Saturday, March 27th, 2010

Romantik la plak title kali ni yang diberikan oleh Nuffnang. tapi tak mengapalah…demi memenangi 2 tiket FREE untuk tengok wayang, aku rela wahai Nuffnang menjadi jiwang sebentar…

Kalau nak dicerita apakah kenangna paling berharga sepanjang aku mengenali My Cinta dan dating ke sana ke sini..banyak…dan dipendekkan cerita punyalah banyak sampai aku terlupa moment yang berlaku tu bila..sebelum atau selepas..hikhik…teruk kan aku ni? tula My Cinta dah kate..pi makan Kismis bebanyak…

Orait..untuk memudahkan aku bercerita dengan sukahatinya..maka aku memilih pertemuan aku untuk pertama kali dengan My Cinta. korang jangan memain..ini cerita xclusive nih. tak pernah tersiar di mana-mana oke! special di buat untuk Nuffnang punye contest nih ha.

First time aku jumpa My Cinta adalah pada tahun 2007. Time tu aku masih lagi study kat UiTM dan duduk kat Pangsapuri Resak kat Puncak Perdana tuh.

Biasalah first time jumpa malu-malu kucing jer kan..hihihi….*Iklan : itu memang terjadi kepada mana-mana orang yer*

oke..ekceli waktu aku tunggu dia datang pick up aku kat Puncak tu agak lama jugak la. rupa-rupanya dia tak tahu Puncak Perdana ni kat mana. Maka itulah pertama kali dia datang kat padang jarak padang terkukur tu. hihih…dan waktu pertama kali kuar dating tu, aku ajak dia pergi Cineleisure Damansara.

dari Puncak aku rasa itu jela tempat best nak melepak. itu pun nak ajak gi tengok wayang. First time singgah kat Petronas area Subang tu untuk isi minyak *sampai sekarang kalau lalu je Petronas tu mesti dia nak cakap “ingat tak apa jadi kat sini?”* hahaha..takde apa jadi pun. gi isi minyak je pun. tapi sebab itu pertama kalinya..maka itulah yang dia ingatkan kat aku.

Waktu bawa dia gi Cineleisure tu pun dia first time sampai. Jalan pun dia tak tahu tau…*mesti dia malukan* well, aku pun malu jugak. ha…banyak jugaklah yang first timenya dia waktu mula-mula jumpa dengan aku. aku je yang mandai-mandai ajar dia gi sana sini. huhuhu…

Okey…sampai Cineleisure aku ajak gi tengok wayang la kan. *STOP! jangan tanya aku citer ape, memang aku tak ingat* Sementara tu aku ajak dia gi The Curve. jenjalan kat situ. dan dia pun nak cari surau sebab nak sembahyang.

Aku ingat ader surau kat situ pun sebab time gi shooting ngan TRSB kitorang cari surau kat situ. so kira ia telah membantu aku la kan untuk melancarkan pertemuan kitorang tuh. hehehe….

Pas tengok wayang, kitorang balik…Bila balik tu hati dah bunga-bunga riang dah tuh…Giler aper…rasanya cam dah lama tak kuar dating gi tengok wayang. hak hak hak..batak nopa nih! Balik je rumah, aku mintak dia teman aku study…

macam mane?? apa lagi…segalanya dihujung jari.. YM la…so, dia temankan aku study…time tu aku tak tahu la dia ikhlas ke tak nak teman.. tapi kalau dah sekarang jadi My Cinta..mestilah aku cakap dia ikhlas kan kan kan..hikhik…

dan selepas pertemuan itulah menjadikan tarikh 070807 itu sebagai tarikh keramat buat kitorang..tunggu la plak nanti tarikh tunang, tarikh kahwin…errrk..banyak beno tarikh nak kene update nih.

Dan itulah kenangan yang aku takkan lupakan sebab itu first time kitorang kuar date…but not Night Date…Day Date..hehehe….

Entry ini aku buat khas untuk join Nuffnang Special Screening – Date Night pada 13 April 2010 jam 9 malam di TGV 1 Utama…mana tahu rezeki aku kan…

sekilas : harap2 Nuffnang baek hati bagi kat aku tiket tuh..sob’sob’

gelak ketawa sebentar

Saturday, March 27th, 2010

PENGEMIS
Seorang lelaki.. badan gemuk.. muka ceria.. berpakaian koperat..berjalan keluar dari sebuah pejabat besar…

Di luar pejabatnya.. ada seorang pengemis.. agaknya sebaya dengan lelaki tadi..badan kurus kering.. muka comot.. pakaian compang camping dan penuhdebu…

Si pengemis terlihat si lelaki kaya tadi dan berkata..”Tuan kasihani lah saya.. sedekahkan wang 10 ringgit..”

Si lelaki berhenti.. dilihatnya pengemis dan bertanya

Lelaki : “kalau saya bagi RM 10.. adakah kamu akan minum arak?”
Pengemis : “Oh tidak tuan.. saya tidak suka minuman keras”
Lelaki : “Habis tu.. adakah kamu mahu buat berjudi?
Pengemis : “Tentu tidak tuan, saya tidak suka berjudi”
Lelaki : “Mungkin kamu akan bertukar2 perempuan?”
Pengemis : “Tidak, tidak. Seumur hidup saya.. tidak pernah saya main perempuan”

Lelaki kaya itu berfikir sementara lalu berkata lagi

Lelaki : “Begini ajalah.. kamu ikut saya balik.. saya kenalkan dengan isteri saya..setelah itu saya akan kasi RM 10 pada kamu..”
pengemis : “Buat apa tuan?”
Lelaki : “Saya mau isteri saya lihat bagaimana kalau seorang lelaki tidak suka minum arak..tidak suka berjudi.. dan tidak suka main perempuan.. hasilnya adalah seperti kamu ini”

SAKSI YANG PASTI
Di sebuah mahkamah… peguambela sedang mempertahankan anak
guamnyayangdituduh membuhun denganmenanyakan soalan yang bertubi- tubi pada saksi yang juga seorangdoktor…

“Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal dunia, Saudara telahmemeriksa denyut nadinya?”

“Tidak,” jawab si doktor.

“Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut
padabagianlehernya, atau nafaspada hidungnya?”

“Saya tidak melakukannya!”

“Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk memastikan mangsa telah betul-betul meninggal dunia?”

“Sama sekali tidak!”

“Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskanbahwa ianya sudah meninggal dunia?”

“Saya hanya melihatnya saja!” Jawab doktor selamber..

“Hanya melihat saja?” Peguambela itu mula tersenyum
tanda kemenangan..

“Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya melihatnya saja, dan Anda berani mengatakan bahawa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak mungkin sebenarnya mangsa masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?

“sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut
dari badannya dan hatinya telah dikeluarkan…. pasti mengetahui
keadaan mangsa ketika itu”Jawab si doktor.

Lama dah rasanya…

Friday, March 26th, 2010

Dah lama sangat rasanya…

hm…ape yek?

Dah lama rasanya TIDAK :

Membeli make-up!
Last skali aku beli time hari raya la kot. Itu pun beli ngan My Cinta. Ade skali bedak compact aku dah abis, so aku beli satu kat Guardian, Silky Girl. Pun My Cinta temankan. hai…nampak sangat time beli make up ajak dia jer.huhuhu…bila la nak beli lagi agaknya?

Beli pakaian dalam
Muahaha…betul la weyh..rasanya last skali aku beli time gi Penang ngan June. hikihik..itu pun beli ade la kisahnya. apa da nopa ni..tu pun nak pi citer kat orang ker??

Beli Baju jalan
haa…ini jangan salah anggap. aritu aku pi beli baju nak wat interview je. kameja ngan seluar slack. bukan baju jalan eh. so baju nak jenjalan ni lama dah rasanya tak beli. asik2 pakai baju yang sama jerk. Baju yang aku beli interview tu..? skali tu jela aku pakai..huhuhu..rimas benarnya pakai kameja ni. tapi kekadang nanti aku nak pakai gi ofis jela kan..nak pi jalan? kena beli baju baru nih.

Makan Pizza Hut
hikhik…last skali makan ngan Julie and Linda. tahun ni jugak lah..rasanya awal bulan satu. kan nda kan?? linda la yang banje…teringin plak makan pizza. sape nak banje aku plak kali ni?

Naik Motor
ini memang lama dah ni rasanya tak naik…memang paling last skali dengan My Cinta la. Aku suka benarnya naik motor ni. berangin jer duk blakang. hikhik..tapi My Cinta tak suke sebab dia kata panas. Tahun lepas la rasanya naik motor. lama dah tu tak naik kan.

dapat hadiah
memang lama dah tu…last dapat hadiah time besday aku ler kot. ye ke..ntah…aku cuma ingat My Cinta belikan jam untuk besday aku tapi tu 2 tahun lepas tu…hurm..lama dah tak dapat hadiah ni. Nuffnang pun tak bagi aku hadiah lagi ni camne? hehehe…

sekarang jam 4.43 petang. sabar norfa…ko akan pulang kejap lagi..errk…malam nanti. huhuhu…

sekilas : ngok ngek nopa nih.