Sahabat…
Dulu kita sangat akrab.
Gelak ketawa bersama dah terlalu kerap.
ketika berduka kau jela yang boleh diharap.
Takde benda lain lagi yang paling mujarab.
Sahabat…
Itu dulu sewaktu kita belum ada sengketa.
Sebelum wujudnya pelbagai prasangka.
Sebelum kau memilih kaca dan bukan permata.
Sebelum kau berubah berpaling muka.
Sahabat…
Pernahkah kau ingat lagu-lagu itu?
Pernahkah kau rindu saat-saat yang berlalu?
Pernahkah kau sebut-sebut namaku?
Pernahkah kau menyesal dengan apa yang berlaku?
Sahabat…
Biar kuberitahu mu apa yang kau tidak tahu.
Aku menangis kenangkan diri dan sikapmu.
Kenapa kau sanggup khianati sahabatmu demi sesuatu yang palsu?
Aku sentiasa berdoa agar kau tak lupakan semua itu.
Agar kau tahu, harga persahabatan bukan mampu ditunjuk-tunjuk sebegitu.
Aku hanya aku, punya kelebihan dan kekurangan.
Sekilas : Biar tahu sakitnya aku.






