semenjak dua menjak menjadi penganggur terhormat ni. keje aku ni asiklah menghadap laptop….main internet…dan main game.
dalam aku layan internet pulak….ader la beberapa laman web dikategorikan sebagai laman web wajib…
pertama-tama sekali…aku musti buka
1) Gmail.
bukan aper…click aje internet explorer aku ni. dah terkeluar la google tu di depan mata. aku plak dah sign ini gmail tu awal-awal…so..click je la kat gmail ye tak? lg pulak gmail ni merupakan email untuk benda-benda mengarut seperti fb dan seangkatan dengannya. aku kene la updet hari-hari. kot tak penuh inbox aku. pe susah. select all…delete. hehehe…
2) Yahoo.
terus taip perkataan yahoo…nak updet plak email kat sini. maunye tidak…ini dikategorikan email wajib. haa…segala surat menyurat meminta kerja secara online…aku gunakan email ni,. mana latahu dipanggil temuduga…tak ke haru sebab aku tak buka email. lagi plak..aku dah lama guna email ni. so…ramai kawan-kawan aku tahu email yahoo aku…
3) Facebook.
haaa….salah satu laman sosial yang melekakan aku. bukan sebab aku duk berhupdet status atau membalas komen. tapi sebab aku dok leka pi main farmville…macam aku cakap la..sejak menjadi penganggur terhormat ni..asik men game jerk..pandai la pulak aku bercucuk tanam. tapi aku ni lemah sket bab-bab decoration. My Cinta pulak yang teror nak menghias-hias ladang nya..tak caya..? tengok ler farm dia…comel jer ha…tu pun aku tlg mainkan sebab dia takleh nak bertenet…al maklumlah dia dapat keje part time skarang…

kalau lah nak dibandingkan dengan aku…kosong je ladang aku tu ha…huhuhu…
4) Berita harian / Harian Metro / Kosmo / segala newspaper online yang aku suka-suka nak baca.
haa..ini pun wajib okey. dah ler kat rumah ni memang jarang beli surat khabar. so..terpaksa la aku merajinkan diri mengetahui perkembangan semasa melalui newspaper online. teknologi semakin canggih kan..informasi di hujung jari jerk…tuuu cuba korang tengok hujung jari korang..ada tak informasi?? hehehe…yang ko tengah baca ni pun informasi la jugak…hahaha…
5) Blog-blog tempatan dan bukan tempatan yang menarik.
ada jugak beberapa blogger yang menjadi fevret aku untuk aku baca coretan dorang. siapa?? hurm..perlu ke aku senaraikan.ala…malu la plak. aku ni pembaca setia tetapi jarang sangat tinggal komen. macam silent reader la konon..hahaha… sebab tu la aku takde ar nak menangis sangat kalau orang tak tinggal komen kat aku. aku paham…mungkin korang macam aku jugak. suka baca jerk..tapi malas sekali nak tinggal komen. so sebab tu aku jugak tak marah kat nuffnang sebab kenapa earning aku tak bertambah..huhuhu….tapi klu tiba time aku rajin..memang tiap blog aku singgah aku komen lar…cuma kadang-kadang ade blog yang takleh nak letak url blog aku….sbb tu aku jadi malas lagi nak komen.kadang-kadang aku siap bg tahu la aku takleh nak komen., terpaksa guna acc gmail aku. sabo jela.
itu adalah antara beberapa perkara wajib yang aku lakukan setiap kali aku mengonlinekan diri aku….hurm…jadi….buat masa ni kalau korang nak ber ym dengan aku pun aku sangat rajin melayan..hahaha…sila la bgitahu aku jika ada kekosongan jawatan yer..dah berpuluh surat anta ni..(yeke berpuluh??) huhuhu…
doakan kejayaan aku la yer….banyak hutang aku nak bayar ni..terutama kat ptptn….
sekilas : jangan mengeluh!















