ekceli, aku dah berjanji dengan My Cinta untuk kuar berdating pada hari Selasa ni. memandangkandia dah apply cuti dan dalam amasa yang sama kebetulan pula dia ada interview kat Shah Alam. Tapi akhirnya aku terpaksa batalkan temujanji itu.
bukan last minute punye info eh….hari ni baru Sabtu..so aku dah bagitahu awal. terpaksa menjelaskan sejelas-jelasnya kenapa aku tak dapat mendatingkan diri aku bersama dia. aku memang dah janji dengan Angah nak take over tugas dia menghantar dan menjemput umairah serta isteri kesayangan dia tu balik dan pergi sekolah /kerja ketika dia tiada. tapi seingat aku, dia cakap aritu 25 /02…hari Khamis. memang sah aku ingat 25hb…
tapi tadi petang aku singgah rumah dia nak amik cd windows…dia cakap aku kena ada kat rumah dia Isnin malam. aik…aku terus mencapai hp…padahal abg aku suh amik kalendar atas meja. “Bukan ke 25hb ari Khamis. awalnya nak pi rumah angah?” Dia dengan slumber cakap ” Apa pulak…23hb la” Terus…………..down!
adoi..camno nak explain kat My Cinta. Time angah tengah bagitahu aku jadual yang perlu aku tahu bila nak jemput dan hantar…aku ligat memikirkan…bila la plak leh kuar dating ni?
balik terus aku SMS dengan panjang lebar..dari At0 Z….yang dia reply “Ala…penat je apply cuti” …tapi aku kaber la plak dengan mengatakan aritu dia ader intebiu..so tak sesia la apply cuti tu kan kan kan…Ayat cedapkan ati. tapi betulla dia ade intebiu kat SIRIM.so..aku doa-doakan dia berjaya menempuh temuduga itu..dan semoga dia dapatlh jawatan tersebut. aku pun tak ingat jawatan ape…huhuhu.

sekarang dia jadi abang botak tau…hehehe
Balik je rumah..lepas Magrhib..dia mesej “Hari Isnin tu saya balik awal” …aduh…isnin malam ler aku kene gi rumah angah.terus aku memberikan cadangan drastik.. “Pekata arini kita jumpa..isnin tak dapatla”…
haa….korang rasa aku dapat tak jumpa My Cinta aku….?? dapat tak??? ape kata korang tolong pikirkan untuk aku.
lu pikir la sendiri…hahaha…
sekilas : bosan tahap gaban ni!






hahhaha..dah tau dah jwpn nye ape..xdpt kan..hurm,xpela..next time la kuar..