Entry ini ditulis pada puku 2.30 petang selepas makan tengah hari. Sekiranya time ko baca dah malam..paham-paham je la..aku tengah tulis draft, pastu takde connection internet time entry ni ditulis, aku tunggu bile ade connection je aku publish…so, lu pikir la sendiri!
Hello girls…and boys also..hahaha…based on my poll, most of my readers maybe are girls and students…and…teenagers…wallawee….So..ladies first….
Im home…jobless….nothing to do…I watched movie just now… “Out of Time” (2003). Godek-godek laptop, rupanya banyak lagi movie yang aku belum tengok. Dulu time study copy dari member2 kemain lagi. Siap pinjam external hardisk bagai.

After watched diz movie…aku ader 2 pengajaran berharga. Hahaha…setiap filem kan ader mesej tersendiri. Tapi depends on audience la kan. Kalau pengarah dia sebenarnya nak suh orang insap jangan mencuri…maybe pengakhirannya penonton paham…jangan lah tipu mak bapak. Even ia mungkin bawa kepada mesej yang hampir serupa…tapi tetap berbeza kan.

Movie ni aku tak tahu la pengarah dia nak sampaikan mesej ape…Lakonan Denzel Washington as MattLee Whitlock dan Eva Mendes sebagai Alex Dia Whitlock..Dan John billingsley sebagai Chae…oh ye Dean Cain pun berlakon ye dalam citer ni…tapi watak dia jahat la..bukan tolong orang macam Superman. Muahaha…
Macam aku cakap tadi..citer ni ader 2 pengajaran BUAT AKU. Baca dengan betul : aku je yang rasa camni,orang lain aku tak tahu.
Pertama : Jika anda ada sahabat baik….yang benar-benar anda percaya….yang anda rasa selalu membantu anda ketika anda susah…dan ketika anda senang dia tetap bersama anda..tak kira apa sekalipun….just tell them the story about your life. Becoz…one day..the truth is coming…dan kawan korang tu la yang akan bantu…
tapi pada yang betul-betul kawan baik la..sebab apa kan..kadang-kadang kita ada rahsia yang tak boleh cerita pada family or maybe pada pasangan kita, tapi bila kita bicara dengan kawan baik kita…fuh!! gila lapang rasa di dada. Sebabnya kalau korang still berahsia dengan kawan baik kau…dia akan detect korang and finally, time tu mesti korang menyesal…mesti bestfriend ko akan cakap camni “Apsal la kau tak bagitahu aku awal-awal? Kot tak mesti tak jadi camni. Tengok sape yang tolong kau? Aku jugak…”
Tapi kalau pasangan korang tu jenis terbuka macam kawan baik korang…just tell him/her…mesti dorang pun akan memahami keadaan korang. Tapi kalau dia pun dah macam mak-mak or kakak-kakak korang yang suka membebel..just forget it. Lebih baik pendam je..hahahha..Ada perkara yang sesuai cerita dengan pasangan, ada yang tidak.itu lah gunanya kawan baik yang sejantina dengan kita. J
Kedua : Sayangi lahpasangan kita dengan seadanya. Jangan sekali-kali curang…atau membelakangi si dia. Sebab kadang-kala pasangan kita ni selalu membantu kita tanpa kita sedari. Dan memang hakikatnya dalam berkasih ni akan ade surprise yang kita tak sangka-sangka. Lagi pulak korang tu kan nak sehidup semati…if ade prblem settle secepat mungkin. Sebab in the end nanti,korang mesti menyesal, “kenapa lah aku tak terus terang yang mulut dia bau busuk?” tengok sekarang, siap masuk iklan colgate lagi kat tv. Contoh lah…maksudnya, jangan plak bila ader masalah dengan pasangan,korang terus pi main kayu tiga. Tak patut tau..sebab bila korang furst, korang mesti cari pasangan korang balik…
Itu jela…
Mesti lepas ni korang terus macam nak cari-cari movie yang aku tengok ni kan..hehehe. Ekceli, citer dia takdelah macam pengajaran yang aku dapat tu…aku Cuma memotivasikan diri aku sendiri dengan menokok tambah elemen pengajaran tu je…nanti kang klu korang yang dah tengok citer ni,korang kata “ah,takde pun pengajaran macam yang si Nopa tu cakap.tipu je minah tu..jangan caya dia la weyh lepas ni” ….cian kat aku…
Itu adalah pengajaran versi aku untuk memotivasikan diri.. Faham…? sebarang masalah di kemudian hari, bukan tanggungjawab aku. Huhuhu….
sekilas : baru nak memotivasikan diri dah ade masalah..camne?





